Monday, March 29, 2010

Rakaman CCTV Kemalangan Arwah Yusri

Edit Posted by with 9 comments
Kawan2...

arwah Yusri meninggal sebab kena langgar di stesen minyak
oleh pemandu MABUK....

menurut cerita dari kawan2 yang sempat menziarah::



dia dan keluarga baru lepas isi minyak di salah sebuah stesen minyak
di Bandar Tasik Pemaisuri kalau tak salah acu..
masa dia nak masuk ke dalam kereta tetiba
datang satu Honda jazz yang di pandu oleh pemandu MABUK
merempuh dia...nau'zubillah...kesian nye pada arwah yg tak berdosa tu...
nie acu letak kan video rakaman cctv yang menunjuk kan arwah di langgar





petikan dari akbar harian metro::


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang sedang mengisi minyak
keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang
terbabas akibat satu kemalangan di sebuah
stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah,
dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur,
Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata mangsa,
Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
dan disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi
akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu,
mangsa baru sampai ke stesen minyak itu dan
kemudian keluar untuk mengisi minyak
keretanya jenis Proton Iswara.


"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba
datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa
dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya."
"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang
dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas
selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta
di jalan raya berhampiran stesen minyak itu
namun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.


Polis sedang mengambil keterangan dari pemandu
kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat
di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama



semoga roh arwah aman di sana...amin


9 comments:

  1. seram giler tengok kak...

    al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  2. azrul::

    ngeri kan...acu tgk pun smp skrg terketar2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Sebak tgk anak dia keluar dari kereta, didukung seseorang dan masih menangis nak pergi ke arah kereta....

    Moga keluarganya tabah menerima ujian besar ni.

    ReplyDelete
  4. Kesiannya.. Inilah yang dikatakan malang tak berbau.. :(

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kesian..
    semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  7. Kawan Acu ke ni? Tragis kat. Ni kat stesen minyak Taman Midah. Anak ngn wife dia ada dlm kete tu jugak kan. Tapi nampk mcm arwah baru kluar kereta. Klw dia still duduk dlm kereta tu lg mgkin dia masih hidup lg. Kejadian sekelip mata je. Sesungguhnya mengingtkan kita unt sntiasa brsedia unt mati. Al-fatihah buat arwah. Muda lg. Kesian wife dia. Sedih klw duduk ditempat dia.

    ReplyDelete
  8. fazemy::

    a'ah...classmate acu masa sekolah dulu...dia dah abis isi minyak dah.
    masa nak masuk keta tu dia kena langgar...

    ReplyDelete