Friday, March 9, 2012

Tazkirah:: 9 Jenis Syaitan Yang Sering Mengganggu Anak Adam

Edit Posted by with 5 comments

patutla..bila emak-emak zaman dulu-dulu marah anaknya
suka kata "kau nie nak jadi apa???..nak jadi anak setan??!!

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

5 comments:

  1. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari hasutan dan godaan syaitan yang direjam.

    ReplyDelete
  2. Kakak nie acu rasa was-was ada bersarang tau. Betul syaitan sentiasa menggoda hatta ketika dlm solat. Kadang tu eh 2/3 rokaat nie... Jahat betul syaitan kan...

    ReplyDelete
  3. Assalam,
    bila baca ni, teringat pesan dato Dr fadilah kamsah suruh bg salam n baca bismillah 3x dan sennyum sebelum masuk rumah untuk elak dari syaitan yg duk kat pintu rumah spy x memporak purandakan rumah tangga + keluarga... nice posting... jemput singgah kat blog amy ya, http://pengantinbudget2.blogspot.com/ untuk cari bantal nikah kaki kerawang erk...

    tksh

    amy pb2

    ReplyDelete