Followers

WW#34:: Tak Sabar Nak Tunggu Weekend!!

Wednesday, February 29, 2012

Tiket dah print

Photobucket

Hotel dah booking

Photobucket

Duit dah ready

Photobucket


Yahooo!!!! Weekend nie nak balik "kampung"..!!!!!!





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#33:: Jauh Mai Dari Turkey

Souvenir dari Turkey...bertambah lagi koleksi FM acu dari Turkey nie
paling suka Apple Tea tu...jatuh cinta since acu ke Turkey 3 tahun lepas

Photobucket

Thanks so much kak dan Afiqa



p/s:: lama acu "bercuti" dari berblogging...
insyaAllah nanti acu jenguk blog kawan-kawan ya
banyak benda "basi" yang nak dicerita kan :)



Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tazkirah:: Sebab Hati Tidak Bahagia

Friday, February 24, 2012

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab.








Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Friday, February 17, 2012

Quick Update

Sumber dari kotak email dan juga FB

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan:

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


ADA SESIAPA YANG BOLEH SAH KAN????!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tazkirah:: Adab-adab Makan Menurut Al Quran Dan Sunnah

Photobucket



Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)


Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)


Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)


Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)


Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)


Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)


Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)


Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)


Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)


Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)


Menjawab salam

Imam Nawawi dalam al-Azkar mengatakan makruh hukumnya memberikan salam kepada orang yang sedang makan. Orang yang diberi salam pula tidak wajib menjawabnya.

Beliau menghuraikan apakah maksud hukum makruh itu. Katanya: Hukum makruh itu ialah apabila makanan itu berada dalam mulutnya, jika mulutnya tiada makanan, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab." (al-Azkar, edisi tahqiq 2003, Daar al-Hadith, Cairo. ms 238)


Bercakap ketika makan

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, "Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam "Bab memuji makanan". Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan." (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut. (tambahan compiler)


Cuci tangan sebelum dan sesudah makan

Aisyah ra mengatakan, bahwa Rasulullah bila hendak tidur dalam keadaan junub maka beliau berwudhu terlebih dahulu, dan apabila beliau hendak makan maka beliau mencuci kedua tangannya terlebih dahulu." (HR Nasa'ie no. 256, Ahmad, 24353, dan lain-lain)

Mengenai mencuci tangan sesudah makan, Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang tidur dalam keadaan tangannya masih berbau daging kambing dan belum dicuci, lalu terjadi sesuatu, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri." (HR. Ahmad, no. 7515, Abu Dawud, 3852
Berwudhu jika berjunub

Aisyah ra menyebutkan, bahawa Rasulullah saw jika dalam keadaan junub lalu hendak makan atau tidur, maka beliau berwudhu terlebih dahulu, seperti berwudhu untuk solat." (HR Bukhari, no. 286 dan Muslim, no. 305)


Tak melengahkan makan setelah terhidang

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, "Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam." (HR Bukhari dan Muslim)


Jangan tergesa menghabiskan makan

Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan." (HR. Ahmad)


Mengambil makanan yang jatuh

Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah saw bersabda, "Jika makanan salah satu daripada kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah ia dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan" Dalam riwayat yang lain dinyatakan, "sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakani syaitan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah." (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218)


Tidak mengambil makanan lebih dari satu

"Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya." (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, "Hadith ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari satu, maka berarti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang lain." (Kasyful Musykil, 2/565)


Menyantap makanan setelah dingin

Dalam Zaadul Ma'ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, "Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas."






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Pertemuan Dengan DJ Shaz

Thursday, February 16, 2012

Sms yang acu terima jam 4.11 petang Khamis (09-02-2012)

Photobucket

Alhamdulillah dapat juga acu bertemu dengan
si comel lote nie...DJ Shaz a.k.a Wani tuan punya blog [sini]

Seperti yang dijanji kan jam 6 petang acu tunggu Wani kat lobi hotel
dari jauh Wani tersenyum manis dalam kereta
Wani tak keseorangan, tapi berdua...dengan si kecil yang comel tu

Photobucket


Wani bawa acu ambil angin petang di Pantai Cahaya Bulan
sepanjang jalan, dengar Wani bercerita..pasal kerja, pasal keluarga
ya...acu menjadi pendengar setia :)

Photobucket


Pertama kali acu minum air kelapa susu...Wani yang ajar

Photobucket


dan pertama kali juga acu cuba "colek" nie...pun Wani yang ajar

Photobucket

Dating kami tak lama...dalam satu jam lebih saja
masa nak berpisah kat lobi, hati acu jadi sayu pula
bila si kecil tu menangis nak ikut acu :(
terpaksa Wani pujuk, keluar kereta bawa dia tengok air pancut kat depan hotel

Buah tangan yang Wani bawa untuk acu
thanks a lot ya Wani :)

Photobucket

Untuk yang rindu pada Wani, nie acu tempek dua keping gambar dia
tatap lah sepuas-puas nya ya :)

Photobucket


Photobucket






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#32:: "Bersikap Berhati-hati Dengan Lelaki"

Wednesday, February 15, 2012

Berdasarkan status nie

Photobucket

dengan menggunakan gambar nie

Photobucket


Acu minta Abang Dul teka

Photobucket

Nie hasil nya

Photobucket

Erk..."bersikap berhati2 dengan lelaki"
ada kemungkinan tak tu salah satu sebab acu belum berkahwin???
emmmm...




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Panggilan daripada DJ Shaz

Tuesday, February 14, 2012

Terkejut!!!

Tu perasaan acu masa jawab panggilan daripada nombor 09+++++

Panggilan istimewa datang daripada DJ Shaz a.k.a Wani..DJ Hot FM Kelate yang popular tu

Wani minta acu cerita kan pengalaman acu ketika berkunjung ke Kelantan minggu lepas

Gabra..!! Suara bergetar..maklum le first time suara "masuk" radio..hehehee

Apa-apa pun thanks so much to Wani sudi call acu tadi...sampai sekarang senyum sorang diri..kelakar dengar suara acu dalam radio...hahaahahaaaa


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Kat Rumah

Sunday, February 12, 2012

Quick Update

Alhamdulillah malam tadi acu & kawan-kawan selamat landing jam 10 malam..

Hari nie seharian kat rumah. Terasa kepenatan selepas seminggu berseminar di Kelantan. Lepak kat rumah cover balik tidur yang "hilang" selama seminggu tu..hahahaha

Esok insyaAllah acu akan bekerja semula seperti biasa. Ikut hati macam nak ambil cuti je tapi mengenangkan ada kerja yang belum selesai, niat terpaksa di batal kan :(

Lagi pun tahun nie kena manage cuti betul-betul takut nanti tak cukup lak...hehehhheheee

Ok lah..nak keluar cari makan. Perut dah menyanyi riang nie. Sebutir benda pun belum masuk dalam perut nie lagi...huhuhu


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Memang Rezeki Kami...

Friday, February 10, 2012

Quick update:

Alhamdulillah sudah tertulis petang semalam "rezeki" untuk kami berjumpa....

Kami??? Siapa "kami" tu???

Seperti yang acu maklum kan dalam entri sebelum nie
Acu teringin nak jumpa dengan Wani a.k.a DJ Shaz dari stesen radio Hot FM Kelate...

Maka nya Pantai Cinta Berahi menjadi saksi pertemuan empat mata kami...eh silap-silap pertemuan enam mata...
terlupa pula dengan si kecik yang comel dan manja tu

Walau pun cuma sekejap je tapi cukup lah sebagai pelepas rindu..heheheee

Banyak perkara yang Wani cerita kan dalam masa yang sekejap tu
Sedih pun ada gak bila tengok si kecik tu...pasti nya dia merindui ayah dan kakak dia kat KL sana nu...

Nanti lah acu story mory lagi ya
Gambar pun insyaAllah nanti acu upload kan

Yang pasti, acu dah peluk cium Wani untuk kawan-kawan yang rindu kan dia :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kalau Ada Rezeki

Thursday, February 9, 2012

Quick update

Malam tadi acu sempat ber"sms" dengan DJ Hot FM Kelate yg comel lote tu..sapa lagi kalau bukan Pn.Wani kita

InsyaAllah if ada rezeki, petang nie kami jumpa..harap-harap ada la masa untuk kami nanti

Terima kasih Kakcik sms kan no hp Wani pada acu :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Negeri Cik Mek Molek

Wednesday, February 8, 2012

Quick update

Acu sekarang nie berada di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dah 2 hari acu kat sini
Ada urusan kerja kat sini

Emmm..dah ada kat sini terniat gak di hati nak jumpa DJ Hot FM Kelate yang tengah hot tu..hehehehe
Tapi malu pula, takut mengganggu pun iye gak.. :)

Dah 2 hari tapi masih belum ada masa nak pegi jalan-jalan lagi
Pagi tadi je acu curi masa dalam 2 jam jengah ke Pasar Khadijah
Beli barang yang mak acu kirim..

Ok lah..nak siap-siap nie
Tunggu maghrib pastu nak turun dinner..
Ada masa insyaAllah acu update lagi :)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rindu Mak..Rindu Kampung..Rindu Family...Rindu Semua

Friday, February 3, 2012

Malam nie insyaAllah acu akan bertolak pulang ke kampung halaman
owh...seronok nya...tak sabar pulak nak tunggu habis waktu kerja

Photobucket

Rindu dengan mak acu yang comel macam anak dia nie..ngeeeeee


Photobucket



Dah planning nak selebret birthday dengan family
(birthday lagi...tak habis-habis lagi birthday acu nie)
hahahahaa...jangan muak ya dengar perkataan birthday dalam blog nie
acu nie memang macam tu...perasan selebriti...hahahaaa
setiap tahun sambutan birthday tu belanjutan berbulan-bulan
walau pun birthday nya cuma sehari saja dalam setahun

Emmm...nak request kek apa ya pada kakak acu nie??
acu senang, sebab ada kakak yang pandai buat kek
cakap saja nak kek apa...insyaAllah pasti dapat

Photobucket

Biasa nya selebret kat kampung bermula dengan makan tengahari
tengahari biasa nya makan special daripada biasa
samada nasi tomato, nasi ayam, nasi beriani
kalau nasi putih, lauk nya pasti special..biasa nya lauk burung merpati
tapi makanan tu semua ikut selera ramai la...

Pagi-pagi dah mula "merewang" untuk masak
riuh rendah dengan suara anak-anak saudara acu
mengalahkan nak kenduri saja...hehehehee

Lepas Asar, baru majlis bermula
setakat potong kek saja..tak ada tiup-tiup lilin pun
tapi suasana tetap meriah...

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Iskh...tetiba rasa tak sabar pula nak balik
rindu nya dengan keluarga acu
kalau ada sayap, sekarang juga acu terbang ke kampung :(







Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Satu Lagi Kejutan Dua Dua Dua Kosong Satu Dua

Thursday, February 2, 2012

Tolong ngaku sapa hantar
12 kuntum roses + seekor beruang kecik

Photobucket


Sapa pun pemberi nya, acu ucapkan terima kasih




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Asyik Ke Majlis Kahwin Orang Je...Diri Sendiri Bila Ye??

Majlis Nikah 28-01-2012

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Majlis Sanding 29-01-2012

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Nie majlis pernikahan dan persandingan Maria adik kepada Suria
Untuk Maria dan Fitri, selamat pengantin baru
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#31:: Rindu..!!!!!!!!

Wednesday, February 1, 2012

Lambat lagi nak fly...rindu nya..!!!!

Photobucket






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"