Followers

#Throwback #2015 Hari Terakhir Di Bumi Madinah

Monday, February 29, 2016

Izinkan Cik Darling sambung semula cerita umrah
selepas seminggu Cik Darling bercuti

05-12-21015 merupakan hari terakhir kami di bumi Madinah
memandangkan ianya hari terakhir, maka pagi tu
seawal jam dua pagi kami empat beradik ke masjid

 photo Picture1_zpsz5r0v0d5.jpg
 photo Picture2_zpsoileexnc.jpg

Syahdunya hati bila selesai menunaikan solat subuh terakhir di sini
Allah.. mudah-mudahan masih diberi kesempatan untuk ke sini lagi Ya Allah

Usai solat, kami tak terus balik
kami ambil keputusan untuk terus buat ziarah wida'
Alhamdulillah pagi-pagi orang tak ramai lagi
masing-masing duduk sambil mulut tak henti-henti berzikir
atau pun membaca al quran sementara menunggu pintu Raudhah dibuka jam 7  pagi

 photo Picture3_zpsl9wtwpir.jpg
 photo Picture4_zpsvun2dw3d.jpg

Alhamdulillah selesai ziarah, kami berjalan balik ke hotel
nak mandi sunat ihram dan siap sedia berpakaian ihram

 photo Picture5_zpsxwnmdfby.jpg

Jemaah lelaki ambil kesempatan pergi ziarah perkuburan Baqi

 photo Picture13_zpsmsgsu8ap.jpg
 photo Picture14_zpsn3vnkv6g.jpg
 photo Picture15_zps9wf6ashr.jpg

Oh ya! Sebelum sampai ke hotel, kami sempat singgah sebentar
di Thaqifah Bani Saidah.. nama sebuah taman yang terletak
berdepan dengan hotel kami

 photo Picture6_zpscblscg20.jpg

Kata ustaz, tanah di taman ni bagus untuk dibuat ubat
kami pun ambil la sikit bawa balik bilik
nak sapu kat kaki yang sakit
tapi ye lah.. sekali sapu mana nak sembuh kan?.. hehehe

 photo Picture7_zpswi22w0jb.jpg

Okay! Kami dah ready..!!

 photo Picture11_zps2o0qchsx.jpg
 photo Picture8_zpsadk9aty4.jpg

Dah siap sedia untuk check out dan bertolak ke Mekah
sebelum tu kami akan singgah di Masjid Bir Ali
untuk berniat ihram di situ

 photo Picture9_zps1cumfuvk.jpg
 photo Picture12_zpszqph03gn.jpg
 photo Picture10_zps7z7qnr6d.jpg

Tak jauh pun Masjid Bir Ali ni..
perjalanan dalam 15 ke 20 minit je




...to be continue...










Photobucket

#Throwback #2015 Ziarah Luar Di Madinah

Thursday, February 25, 2016

Hari kedua 04-12-2015 di bumi Madinah kami dibawa ziarah luar

 photo Picture43_zps58g5c7q2.jpg

Destinasi pertama ialah Masjid Quba
masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat ini
di mana Nabi Muhammad S.A.W sendiri turut serta
dalam pembinaan masjid ini

 photo Picture41_zpsrbx69piq.jpg
 photo Picture42_zps9iu3maep.jpg
 photo Picture44_zpsw6t4gofd.jpg

Barang siapa yang solat dua rakaat di sini ganjarannya
sama seperti pahala mengerjakan satu kali umrah

Destinasi kedua kami ialah Jabal Uhud
lokasi yang pernah menjadi medan perjuangan
dan menyaksikan para syuhada gugur pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah
juga merupakan salah satu bukit terbesar dan terpanjang di Madinah

 photo Picture46_zpsemdy7ni9.jpg

Di sini juga tempat persemadian Sayyidus Syuhada Hamzah Abdul Muttalib
bersama dengan 70 orang syuhada yang lain

 photo Picture47_zpszuy0jca5.jpg

Di sini juga terdapat satu bukit kecil yang dipanggil Bukit Memanah
Nabi pernah mengarahkan 50 orang pemanah mengambil tempat
di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam

 photo Picture45_zpslwou91a5.jpg

Di sini juga terdapat ramai peniaga yang berniaga di kaki bukit
dan juga sepanjang jalan menuju ke bukit Uhud
harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan
tapi bargain skill tetap memainkan peranan yang penting

 photo Picture48_zpsehnkqvqp.jpg
 photo Picture49_zpsd8wbcpjf.jpg

Oh! ya jangan lupa makan ais krim sedap ni
kalau berkunjung ke sini.. harga sama saja SR3

 photo Picture50_zpsjhchbapj.jpg

Destinasi terakhir kami ialah ke Kebun Kurma
macam-macam jenis kurma ada di sini
pilih saja mana yang mau ikut harga yang kita mampu
selain kurma, pelbagai jenis buah kering yang lain,
kacang-kacang dan coklat turut di jual di sini

 photo Picture51_zpsxurpxtfa.jpg

Dari Kebun Kurma kami terus balik ke hotel
nak siap-siap untuk solat Jumaat di Masjid Nabawi pula

Berlatarbelakangkan suasana selepas solat Jumaat
dan keadaan payung di luar Masjid Nabawi berkembang

 photo Picture52_zpsyts44dm1.jpg

Aktiviti bebas selepas solat Jumaat hingga ke malam hari
selepas isyak kami berlima pergi shopping
sebab esok kami dah nak bertolak ke Mekah

 photo Picture53_zpsz6td4hhr.jpg

Balik dari shopping, busy packing beg
malam terakhir di kota Madinah
air mata gugur satu persatu
entah bila berpeluang lagi ke sini



...to be continue...









Photobucket

WW#94 #Throwback #2015 Suasana Raudah

Wednesday, February 24, 2016

Suasana Raudah di bahagian jemaah lelaki
gambar-gambar diambil oleh Habib; my anak sedara

 photo Picture35_zpsmjeqg2mi.jpg
 photo Picture36_zpss8icpbsg.jpg
 photo Picture37_zpsu6ykh64s.jpg
 photo Picture38_zps4nmimomc.jpg
 photo Picture39_zpsuhqiwk9y.jpg
 photo Picture40_zpsleej5kva.jpg












Photobucket

#Throwback #2015 Bumi Madinah

Tuesday, February 23, 2016

Kami sampai di bumi Madinah selepas masuk waktu Subuh
tak dapat lah kami solat subuh di Masjid Nabawi
jadi, pagi tu kami solat kat hotel saja
suasana bilik kami empat beradik.. abaikan keadaan bilik tu ye

 photo Picture15_zpspphix6rf.jpg

Lepas sarapan, dalam pukul 7 pagi kami semua berkumpul
untuk pergi ziarah di Masjid Nabawi
Alhamdulillah jarak hotel dengan masjid cuma 150 meter sahaja

 photo Picture16_zpsdpjy3zti.jpg

Tempat pertama yang dituju semestinya Makam Nabi Muhammad S.A.W
di belakang Cik Darling tu ialah jalan masuk ke Raudah

 photo Picture17_zps4pg9y3qu.jpg

Beza sangat dengan Cik Darling pergi sebelum ni
kalau sebelum ni Cik Darling pergi bulan Mac [sini] dan April [sini]
pergi bulan Disember ni mudah.. jemaah tak ramai
Alhamdulillah tak teruk nak berebut bersolat di Raudah
mengalir air mata terkenangkan arwah emak
teringat kenangan terakhir Cik Darling bersama arwah di sini

Usai, solat sunat dan berdoa di Raudah
kami keluar untuk beri laluan kepada jemaah lain pula

Bergambar sebagai tanda kenangan kami empat beradik
belakang kami tu lah laluan keluar dari Raudah

 photo Picture18_zpsu1csjvko.jpg

Ni gambar Cik Darling bersama Ustazah Fazilah
ustazah yang menjadi ketua untuk lawatan kami ni

 photo Picture19_zps49gijgrz.jpg

Keluar dari Raudah, Ustaz Nasri yang menjadi mutawif kami dari Malaysia
minta kami semua berkumpul di dataran Masjid Nabawi

 photo Picture20_zps7drt3o46.jpg

Di sini kami diberi ceramah ibadah mengenai Kelebihan Bumi Madinah
kemudian kami mengabadikan kenangan bergambar bersama ahli rombongan

 photo Picture21_zps8oobujs9.jpg

Cik Darling pun tak lepaskan peluang bergambar bersama ahli keluarga

 photo Picture22_zpshoh2svwp.jpg

Selesai lawatan di Masjid Nabawi, kami berjalan menuju ke muzium
muzium yang menceritakan sejarah bumi Madinah, kisah Nabi
dan juga muzium nama-nama Allah
kedudukan muzium cuma bersebelahan dengan Masjid Nabawi
tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ni

 photo Picture24_zpsfqienqpq.jpg
 photo Picture23_zpssnul7luk.jpg
 photo Picture25_zps7guzdpb6.jpg

Habis melawat muzium kami terus balik ke hotel
nak rehat sebelum datang semula untuk solat zohor
petang nya acara bebas sehingga waktu solat Asar

Selepas solat Asar, kami semua berkumpul di tempat makan
ada ceramah ibadah kedua.. ulangkaji ibadah umrah

 photo Picture28_zpstik7rezi.jpg

Selesai ceramah, Cik Darling bersama Kak Leeza dan Habib
keluar jalan-jalan ke mall sementara nak tunggu waktu Maghrib
dua orang lagi kakak berehat kat bilik je.. tak nak ikut

Singgah ke butik... survey jubah.. rambang mata
semua nya cantik-cantik.. siap duit je laaaaaaa

 photo Picture30_zps646gsnaf.jpg

Sempat juga kami mencuba pizza Arab.. Kak Leeza belanja

 photo Picture29_zpskyiznqvl.jpg
 photo Picture31_zpsmcgl1xui.jpg
 photo Picture32_zpsvzsmjmd7.jpg

Sebaik habis makan, terdengar azan Maghrib
kami bertiga terus bergegas ke masjid
janji nak datang semula bersama dengan dua orang lagi kakak

Berlatarbelakangkan suasana orang ramai keluar dari masjid
Allah.. syahdu sangat dengan cuaca yang dingin

 photo Picture33_zpsgjuye90m.jpg
 photo Picture34_zpsscw4bhui.jpg

Kami berlima pusing-pusing dalam mall
survey harga untuk barang apa yang berkenan
kemudian berjalan kaki balik ke hotel

Lepas dinner, naik ke bilik.. rehat
kemudian tak sedar jam berapa semua dah zzzZZZZzzzzzz...




...to be continue...












Photobucket