Friday, August 14, 2009

Artikel Yang Sangat Menarik...

Edit Posted by with 5 comments
entry acu kali nie, bukan le sebab acu nak join politik tapi
acu rasa tulisan Dr Ridzuan Tee nie sangat-sangat la menarik
untuk kita kongsi bersama-sama...
acu tidak menyokong mana-mana parti pun cuma
mari le kita sama2 renung kan apa yang diperkata kan oleh beliau
artikel yang acu amik dari inbox email acu nie
panjang sikit...tapi tak rugi membaca...


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan.
Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan
satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan
punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agardapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti
pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan
mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa
yang salah.Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya
mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik,
yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA,
Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh
membuat pelbagai andaian dengan menudingjari kepada pihak-pihak tertentu,
tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini.
Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati
orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen
seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak
Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock
diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah.
Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau
telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau
anak luar nikah (anak tidak sah taraf).
Berapa ramai lagi anak luar nikahyang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang
menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam,sama ada
secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka?

Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?

Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk
mengesahkan semua hubungan sumbang ini?

Apa pun jua punca kematian BengHock, hubungan yang haram tetap haram,
ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masihhidup,
sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana
ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan
sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah,
apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras danjangan terlalu ekstrem.
Fikirkanlah hati orang lain jua bilamengeluarkan sesuatu kenyataan,
terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut?
Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belummendapat puncanya),
Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.
Mesti ada hikmah di sebaliknya.Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina
dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan
dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu?

Misalnya,pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998.
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka.
Apakah MCA,Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan
pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan
atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.
Adakah MCA, Gerakandan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini?
Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu
bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah?
Sehingga kini, kes kematian Mustakizahmasih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan.
Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan
terutamanya akhbar berbahasa Cina.Dengan rasa bersalah yang teramat sangat,
walaupun belum dibuktikan,kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri,
untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin
timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP,termasuk akhbar-akhbar Cina,
serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang.Setelah siasatan dijalankan,
ternyata gadis yang dipaksa berbogel itubukan warga China tetapi seorang gadis Melayu.
Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan,
malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar,
terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu,
tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India ),
seolah-olah hari sudah hampir kiamat
seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah?
Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari
untuk melihat siapakah yang menang(benar), siapakah yang kalah (salah).
Politik hanya untuk mencarikeuntungan politik atau mendapat undi politik,
sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.Berbaloikah dengan berpolitik sebegini?
Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapiberpolitik secara sempit
mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.
Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi.
Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.

Berapa banyak surau dan masjid dirobohkanuntuk tujuan pembangunan?

Berapa ramai bukan Islam tampilmempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya.
Itulah sikaptoleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuanpembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat,
tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan
memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat
orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada
jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan
dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti
dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan
surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira
sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah,
kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia,
walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus.
Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang,
sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain
tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada
orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India ) tentang pembelaan nasib
umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China .
Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam,
sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad,
berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu
mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad,
hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan
dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka
akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad
dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam,
maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam,
ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal.
Apayang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstremini.
Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kitaberalah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan,
setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamahsyariah)
akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan
kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatanselesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidakmenguntungkan sesiapa.
Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perluditeruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu
ikhtibar untuk kita menerokaiatau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT
berfirman dalam al-Quran,


jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran,
wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia .

Thursday, August 13, 2009

Peristiwa Di Petang Nan Syahdu Lagi Tragis

Edit Posted by with No comments
Tadi petang dalam pukul 6, acu nak balik dari opis
sekali kan, masa acu picit alarm pintu...

"Eh..eh...kenapa tak bunyi apa2 pun?pelik..."

dah berdepan dengan pintu pun, still juga tak terbuka
tak de bunyi apa-apa pun...tik pun tak...tok pun tak...
acu dah musykil....

"Apa hal lak nie?..alarm rosak ke?"

akhir nye, acu amik keputusan buka pintu guna kunci je
yang acu pelik, alarm acu langsung tak berbunyi
walau pun acu buka pintu menggunakan kunci...

bila acu masukkan kunci untuk hidup kan enjin
sekali acu terpandang benda alah nie tak menunjukkan sebarang nombor

sepatut nye, if normal dia akan menyala dan tunjuk kan nombor macam nie


"Ah...sudah...apa hal lak nie?? tak kan kong lak??"

acu pun apa lagi...terus je la call jejaka opis yang belum balik lagi
nasib baik le ramai lagi yang dok main ping pong
so, diaorang le yang datang tolong

korang nak tau sebab apa?
nie ha...bende alah nie weak...

sebab apa weak??
sebab acu lupa tutup nie....

hahahaha...padan muka...sapa suruh lalai...
nasib baik le ada jejaka2 nie semua
thanks a lot to

En. Nordin
memula guna keta kancil dia untuk jump start
tapi ye la..cc kancil kecik dari cc keta acu
so, bateri nye tak kuat untuk charge bateri keta acu

pastu datang le En. Rahmat
konon2 nye nak tolong tolak keta acu
tapi tak jadi...

pastu datang pulak En. Aris
ingat nak jump start dari keta waja dia
tapi tak jadi sebab keta yang paling dekat
ialah keta wira En, Ramli

maka nye, jump start dari keta wira dia je la
yang paling penting, nasib baik le acu ada jumper dalam keta
kalau tak..haru di buat nye...hahahaha

dah lepas jump start, benda alah nie dah back to normal

dan keta pun dah boleh jalan semula....
terima kasih ye semua....



terima kasih daun keladi
jangan serik untuk tolong lagi...
hehehehe

Wednesday, August 12, 2009

Doa Kan Aidah

Edit Posted by with 7 comments
Tadi tengahari acu pegi menziarah kawan acu; Aidah
di Hospital Serdang...
she's pregnant dan positif influenza
cuma belum confirm lagi samada H1N1 atau tak..

sekarang nie dia kena kuarantin lah kat situ..
huh...macam penjara je rasa nye...
duduk dalam bilik dikelilingi konkrit..TV pun tak de..

nak masuk jumpa dia, kena pakai apron plastik, mask & glove
seperti yg digaya kan model gemok di bawah nie...ahaks...

2 org je sekali masuk...tak leh masuk ramai2..
pastu sebelum & selepas masuk kena cuci tangan guna pencuci yg disediakan

masa call tadi, Aidah bagitau dia nak makan sup ayam
so, on the way ke hospital tu singgah le beli sup ayam & nasi putih untuk dia
kena turuti selera orang mengandung nie...
nasib baik le tak kena tahan dengan nurse sebab bawa makanan luar masuk...

acu mohon kawan2 tolong doakan
semoga Aidah & kandungan nye selamat daripada virus H1N1...Amin...

Berkongsi Maklumat H1N1

Edit Posted by with 5 comments
amalkan do’a/zikir ini yg shabit dari Nabi SAW.


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari,
maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310.
Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859.
Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088
dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655.
Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani
di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655.
Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.
Sama-sama la kita berdoa mohon kepada Allah
semoga dijauhi dari penyakit nie...
Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1.
Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1)
yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung
dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja)
dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host'
yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia
dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi
supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus?

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan
diudara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut
ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....
akan 'bersih' dr virus tersebut.


Asal virus ini?

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum
terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO.
Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US
mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.


Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari .
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti
paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 .
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko,
ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal,
ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara Serangan?

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan .
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) .
Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'.
Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang
paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi .

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi
(menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup
suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)


* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.


Simptom-Simpton

Day 1 --Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 --Selsema, batuk dan demam yang kekal
(demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 --Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 --Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 --Lung collapse @ koma


Langkah - Langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan
(kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul,
jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa)
jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask'
(sekurang - kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas,
segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup'
kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!! !!!!!!!.
Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @
ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.
Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran
badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober
dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia.
Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample.
Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul.
Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama
menghadapi outbrake ini.

Sama- samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu....Amin.

Tuesday, August 11, 2009

Be Ware!!!

Edit Posted by with 1 comment
Dari inbox emel acu::

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2)
kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri
dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan.


Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and
aku buat report pada customer service
depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm aku terjumpa lagi sekali then
aku buat report suruh depa tarik balik...
Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan
aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...

Jadi aku minta pada korang semua,
tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang.
Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan
"ALLAH & MUHAMMAD" tu.


Astaghfirullah Halazim....