Followers

Siapa tu Mustapha Kamal Ataturk??

Monday, June 8, 2009

Ideologi Kamal Ataruk di Turki

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi
(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.
Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum
yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa
"negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki.
Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya
di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasofya kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya

"siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?".
Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab

"Kamal Atartuk adalah tuhan".
Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Ataturk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut
untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas
dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan
mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk
telah mengatakan bahawa

"jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


begini lah rupa kubur Kamal Ataturk yg acu tengok di Ataturk's Mausoleum tu..
bagaimana keadaan mayat dalam tu, wallahua'lam...

8 xoxo:

sakurasa 2 said...

acu sayang

terima kasih berkongsi cerita sejarah ni...
Kamal Ataruk menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun tu lah sebabnya bumi Allah tak menerimanya.

@cu SaYaNg said...

sakurasa2::

sama2...seronok berkongsi apa yg kita ada...utk kita semua saling mengingati

Dj Epoi said...

Walaweiiiiiiiiii exited sungguh Gua layan ...Sejarah2 nih!!!!

Padan ngn Muka Dia heheheheheh...:Ops Terlebey pulak Gua...

@cu SaYaNg said...

DJ Epoi::

sesekali belajar blk sejarah nie bagus gak...sbg ingatan kpd kita semua..

Melor said...

cerita ttg dia ni aku dh dengar dari kecik cuma kurang pasti kesahihannya...tp tengok blog ko ni,siap ada gambar kubur dia..kire confirm lah tu.Gud JOB,lol...hehehe
hurm,,tp yg aku pelik negara TURKI ni bukan negara Islam kan??maksud aku bukan Islam yg sebenar,,,TP ISLAM CARA KAMAL ARTARTUk

@cu SaYaNg said...

cite dia betul la
dulu diaorg mmg 100% islam
tp la nie jd 99% islam & 1% kristian lps pemerintahan kamal ataturk nie

dulu mmg dia ubah ikut cara dia
lps dia mati diaorang dh back to asal...azan semua dh d tukar ke bahasa arab sama mcm negara islam lain dah...

tu je serba sikit yg aku tau..so,aku share le dgn kwn2 semua :-D

nurdaniella said...

salam acu, huhu.. betapa azab sengsaranya dia, kann.. mesti roh dia pun tengah tergantung2 jer sekarang ni.. ke langit pun tak lepas, ke tanah pun tak leh jejak.. tapi, yang akak confuse sikit nih, kenapa rakyat turki sanjung2 dia sekarang nih?? pelik2..

@cu SaYaNg said...

dia disanjung sbb konon2 dia bawa kemodenan pd turki.dia di gelar bapa kemodenan.

ahli ulama je yg menyelar dia..yg lain tu mmg sanjung dia