Friday, August 14, 2009

Artikel Yang Sangat Menarik...

Edit Posted by with 5 comments
entry acu kali nie, bukan le sebab acu nak join politik tapi
acu rasa tulisan Dr Ridzuan Tee nie sangat-sangat la menarik
untuk kita kongsi bersama-sama...
acu tidak menyokong mana-mana parti pun cuma
mari le kita sama2 renung kan apa yang diperkata kan oleh beliau
artikel yang acu amik dari inbox email acu nie
panjang sikit...tapi tak rugi membaca...


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan.
Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan
satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan
punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agardapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti
pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan
mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa
yang salah.Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya
mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik,
yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA,
Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh
membuat pelbagai andaian dengan menudingjari kepada pihak-pihak tertentu,
tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini.
Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati
orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen
seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak
Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock
diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah.
Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau
telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau
anak luar nikah (anak tidak sah taraf).
Berapa ramai lagi anak luar nikahyang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang
menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam,sama ada
secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka?

Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?

Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk
mengesahkan semua hubungan sumbang ini?

Apa pun jua punca kematian BengHock, hubungan yang haram tetap haram,
ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masihhidup,
sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana
ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan
sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah,
apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras danjangan terlalu ekstrem.
Fikirkanlah hati orang lain jua bilamengeluarkan sesuatu kenyataan,
terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut?
Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belummendapat puncanya),
Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.
Mesti ada hikmah di sebaliknya.Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina
dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan
dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu?

Misalnya,pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998.
Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka.
Apakah MCA,Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan
pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan
atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.
Adakah MCA, Gerakandan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini?
Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu
bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah?
Sehingga kini, kes kematian Mustakizahmasih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan.
Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan
terutamanya akhbar berbahasa Cina.Dengan rasa bersalah yang teramat sangat,
walaupun belum dibuktikan,kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri,
untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin
timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP,termasuk akhbar-akhbar Cina,
serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang.Setelah siasatan dijalankan,
ternyata gadis yang dipaksa berbogel itubukan warga China tetapi seorang gadis Melayu.
Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan,
malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar,
terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu,
tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India ),
seolah-olah hari sudah hampir kiamat
seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah?
Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari
untuk melihat siapakah yang menang(benar), siapakah yang kalah (salah).
Politik hanya untuk mencarikeuntungan politik atau mendapat undi politik,
sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.Berbaloikah dengan berpolitik sebegini?
Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapiberpolitik secara sempit
mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.
Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi.
Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.

Berapa banyak surau dan masjid dirobohkanuntuk tujuan pembangunan?

Berapa ramai bukan Islam tampilmempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya.
Itulah sikaptoleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuanpembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat,
tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan
memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat
orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada
jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan
dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti
dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan
surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira
sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah,
kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia,
walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus.
Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang,
sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain
tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada
orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India ) tentang pembelaan nasib
umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China .
Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam,
sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad,
berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu
mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad,
hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan
dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka
akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad
dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam,
maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam,
ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal.
Apayang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstremini.
Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kitaberalah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan,
setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamahsyariah)
akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan
kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatanselesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidakmenguntungkan sesiapa.
Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perluditeruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu
ikhtibar untuk kita menerokaiatau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT
berfirman dalam al-Quran,


jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran,
wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia .

5 comments:

  1. salam acu,
    yer..sokong dgn artikel nih..
    kita slalu dikecam..
    barangkali da nak qiamat kot..
    byk tanda beso makin muncul..

    sama2 lah kita dekatkan diri padaNya moga2han dilindungi olehNya..
    aminn..

    ReplyDelete
  2. Salam acu...
    Kematian Beng Hock memang patut disiasat.

    Soal agama pula adalah satu isu yg agak sensitif utk dipertikaikan tetapi bagi LoL, hormat menghormati agama itu adalah penting. Bagi individu itu sendiri, amalkan apa yang menjadi ajaran dlm agama dan hormati agama org lain. thts all.

    dan yg pasti, arena politik kita dah semakin sukar difahami..

    thanks sharing this acu..

    sweet of ya..

    ReplyDelete
  3. terkesima combi..tatau nak ckp apa lagi.apapun doa combi ALLAH akan beri petunjuk.yg benar tetap benar dan yg terlepas didunia tp diakhirat tetap akan dibicara..!

    ReplyDelete
  4. Sungguh mendapat pengajaran pas baca artikel nih....tepok dada tanyelah iman...

    ReplyDelete
  5. Good artikel Acu. Tapi klw libatkan org besar2 ni..klw dpt pun pembunuhnya..maka mungkin dia seekor kambing hitam. Msia tanahairku.

    ReplyDelete