emak ketawa senang hati
pulang rumah dengan kecewa
walau kecewa tetap P.U.A.S H.A.T.I
p/s:: terima ieda dan TM untuk tiket tu ye...
Semangat Harimau Malaya malam esok...
gambar diambil ketika Malaysia lawan Chelsea 21 Julai 2011
Masih ingat entri acu mengenai Sri; jiran / sahabat acu??
Alhamdulillah semalam dia dah keluar hospital
cuma baby nya masih di NICU...
Baby yang diberi nama Muhammad Aaron Ziqri comel sangat
sayu hati acu tengok gambar dan video yang dirakam oleh Sri
Sri akan berpantang di rumah nya sebelum pulang ke Melaka
tu pun bergantung kepada keadaan kesihatan baby Aaron
acu harap baby Aaron kuat...insyaAllah...
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Semalam mood acu memang ke laut pergi nya...
tengok status acu kat FB pun orang dah tahu acu "meroyan"
semua gara-gara privacy acu kat FB ni jadi bahan gossip orang
Gara-gara gossip tu acu remove semua kawan-kawan
yang kerja di bawah majikan yang sama dengan acu...puas hati!!!
biar lah kawan sikit...janji hati tak sakit
Di sini acu nak ambil kesempatan mohon maaf pada
yang bekerja sebumbung dengan acu..
acu terpaksa "buang" anda sebab ada antara anda
yang busy body hal dalam kain orang....
Untuk yang tukang sebar cerita, aku tak akan maaf kan engkau
insaf-insaf lah...sepatut nya engkau datang jumpa aku
atau bertanya kan pada bos aku perkara sebenar
bukan nya bercerita sana sini...benda tak betul
dah jadi F.I.T.N.A.H...!!!!!
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Pagi tadi masa sarapan kat pantry office
acu dikejutkan dengan berita menyedihkan berlaku pada
x-officemate acu merangkap sahabat acu merangkap juga jiran acu
(sama apartment..sama blok tapi lain level)
"tau tak sri koma???"
"hah??!!!..kenapa???..bila???"
acu baru berjumpa dia selasa lepas...kami seminar sama-sama
balik rumah pun sama-sama...
tiba-tiba pagi ni dikejutkan dengan berita buruk pula
Yang sangat merisaukan kami di pejabat ni
sebab dia mengandung...dan kata nya air ketuban dia dah kering
ikut kan due date dia 4 September nie..
Lepas breakfast, acu terus cari nombor henpon suami dia dalam sistem
nasib baik ada...terus call suami dia...
Alhamdulillah dia dah sedar...baby pun sihat
cuma kurang gula...dan ada dalam inkubator
sebab tak cukup bulan...(ye ke ejaan acu tu??)
insyaAllah tengahari nie acu pergi ziarah dia...
Bergambar dengan binatang-binatang ketika di Perth, Australia
Lepas penat bersorak di Stadium Bukit Jalil
kami bermandi peluh pula di Putrajaya
gara-gara nak jadi mat bunga & minah bunga
acu ke Pesta Floria 2011 dengan Anuar dan Amzar
tahun nie bertemakan bunga rose
Posing memang tak ingat punya lah...
maklum la ada orang yang suka jadi photographer
kena la dengan pompuan yang suka bergambar nie...hehehee
Layan gambar saja lah ya
Terima kasih daun keladi ya wahai anak saudaraku Anuar
sebab potret kan acu dan Amzar...hehehehe
Jumpa lagi di Floria 2012...insyaAllah