Followers

"Tak Kahwin Tapi Pakai Kereta Mahal"

Saturday, February 28, 2015

Malam tadi balik kerja Cik Darling singgah car wash berhampiran dengan kawasan rumah.. Dah lama sangat tak mandi kan Cik Polo

Sementara tunggu Cik Polo di vakum dan di lap "tubuh badan" nya, Cik Darling sempat berbual dengan salah seorang staf kat situ

Macam2 yang dibual hingga lah di tanya soalan status diri Cik Darling

"Saya belum kahwin la.."

"Belum kahwin tapi pakai kereta mahal.."

Erk... tak tau nak jawab apa
Hanya membalas dengan senyuman

Dalam hati berkata "Orang belum kahwin tak boleh pakai kereta mahal ke???"

#Throwback Birthday#6 :: Thanks To My Family Members

Thursday, February 26, 2015

Seperti setiap tahun, Cik Darling pasti akan sambut birthday dengan keluarga
biasa nya masa cuti CNY sebab masa tu majoriti ahli keluarga Cik Darling
akan balik bercuti... sebab CNY kan cuti nya lama

Majlis makan-makan sempena birthday dibuat pada hari Khamis 19-02-2015
dimulakan dengan makan tegahari secara berjemaah
kakak Cik Darling; Long belanja sempena kelahiran cucu sulong
kami makan nasi arab berlauk kan ayam dan kambing
yang ditempah dari Restoran Abi Ahmadi, Gurun Kedah

 photo Picture4_zpsivtoqbve.jpg
 photo Picture27_zps9neitko4.jpg

Sebelum makan, kami berdoa dan sedekahkan Fatihah untuk arwah mak dan ayah
tahun pertama Cik Darling sambut birthday tanpa kedua-duanya

 photo Picture5_zpswhkevuky.jpg

Dah makan kemudian kami solat dan rehat sekejap
sebelum asar, Long gorengkan makaroni untuk minum petang
terima kasih long.. sedap..!!

 photo Picture8_zpseo2frz54.jpg

Terima kasih untuk kedua-dua abang ipar Cik Darling
yang susah payah gantungkan benda alah ni

 photo Picture7_zps92rjhlqy.jpg

Owh..! Terima kasih juga untuk anak-anak sedara Cik Darling
yang belikan benda alah tu

 photo Picture12_zpsrpxqo5yn.jpg

Terima kasih untuk anak sedara acu; Hetty dan keluarga
yang sponsor kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe
walau pun nama atas kek tu salah.. sepatut nya Acu tapi jadi Ayu

 photo Picture9_zpsnuaw6mba.jpg
 photo Picture10_zpspufsstb6.jpg

Terima kasih Long untuk kek keladi yang super duper sedap
dan kek coklat yang nyummy

 photo Picture13_zpsj40sg8ud.jpg
 photo Picture14_zpsukxkvwix.jpg
 photo Picture15_zps46yfb17h.jpg

Acara potong kek bermula lepas asar
yeeayy!! Happy Birthday to us..!!!

 photo Picture16_zpscepbix6a.jpg

Eh.. ni asal nya nak buat ais krim pasu
tapi pasu tak ada jadi, gelas politrin ni jadi "pasu"

 photo Picture19_zpsy44dqyac.jpg

Terima kasih anak-anak sedara yang susah payah buat
ais krim "pasu" tu.. hehehehe

 photo Picture11_zpsf5wgexzg.jpg

Suka sangat sebab semua orang happy
enjoy makan dan riuh rendah dengan gelak tawa

 photo Picture18_zps5mhwxfm6.jpg
 photo Picture17_zpsopjfn3mi.jpg
 photo Picture20_zpskbmxzfvo.jpg

Sebelah malam, acara bagi-bagi hadiah
ni antara hadiah yang Cik Darling dapat

Jam cun ni daripada keluarga abang Cik Darling; Lang

 photo Picture21_zpssl74kneu.jpg

Mug comel ni daripada keluarga abang Cik Darling; Njang

 photo Picture22_zpsuqen1gac.jpg

Gula-gula Sticky dengan tulisan Happy Birthday
daripada keluarga kakak Cik Darling; Teh

 photo Picture23_zpslbyvmxu4.jpg
 photo Picture24_zps5kmla5ru.jpg

Jam tangan elegant ni daripada keluarga kakak Cik Darling; Cik

 photo Picture25_zps6owggr08.jpg

Cik Darling nak ambil kesempatan ni nak ucapkan
terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih
pada semua ahli keluarga Cik Darling
Cik Darling sangat hargai semua pemberian daripada keluarga
yang penting semua orang happy.. semua orang kenyang..!

 photo Picture26_zpsxxic5lyr.jpg

Owh ya! Ni merupakan "siri" akhir cerita Birthday Cik Darling
kira ni penutup untuk tahun ni la... hehehehehe









Photobucket

#Throwback Lima Puluh Lima Minit Yang Mendebarkan

Wednesday, February 25, 2015

Cuti CNY lepas Cik Darling balik ke kampung tumpang kenderaan Pakcik Tony
dari office Cik Darling terus ke KL Sentral naik bas dari sana ke KLIA2
sampai kat KLIA2 baru jam 4.30 petang

Memandangkan flight Cik Darling pukul 7 malam
so, Cik Darling lepak kat Restoran Ficelle.. layan perut yang lapar

 photo Picture1_zpsldcuzmb7.jpg

Dalam pukul 5.45 petang Cik Darling bergerak ke Gate J12
Alhamdulillah flight sampai awal dari masa yang sepatut nya
jadi nya, flight terbang tepat jam 7 malam

 photo Picture2_zpsfiutaabo.jpg

Niat asal nak tidur dalam flight sebab mata mengantuk
maklum lah perut dah kenyang makan tadi

tapi kan...

 photo Picture3_zpsjepbakpo.jpg

Tu isyarat sebelah kanan tu menyala sepanjang masa tak padam-padam
pastu kan.. kapal terbang asyik bergegar je

Ya Allah! cuaca kat atas tu tak elok.. angin kuat!!

Allahuakbar.. takut nya Cik Darling
mata tak boleh nak lelap
tak putus-putus mulut baca ayat Kursi
dah mengucap siap-siap... huhuhu

Dalam kepala otak ni dah terbayang macam-macam
teringat lah ke Air Asia yang jatuh kat Indonesia
pastu teringat MH370.. MH17
semua silih berganti... teruk betul lah

55 minit perjalanan terasa macam 5 jam
sebaik je flight landing kat Airport Penang dengan selamat
Alhamdulillah... rasa nak sujud syukur kat situ tau

Teruk betul rasa fobia naik flight ni kan??








Photobucket

Food Walk:: Nasi Kandaq Pokok Ketapang

Monday, February 23, 2015

Cik Darling ni kalau balik ke Utara
mesti nak singgah makan nasi kandaq
kat tempat feveret Cik Darling

 photo Picture17_zps2a50f891.jpg

Terkenal dengan nama Nasi Kandaq Pokok Ketapang
ada jugak orang panggil Nasi Kandaq Beratuq
tapi ni bukan nasi kandaq beratuq kat seberang Pulau Pinang sana tau
ni yang kat Butterworth je

Landmark nak ke sini cari UOB Bank
tak jauh pun dari jeti

Perniagaan nasi kandar ni bermula jam 11 malam
kalau nak makan, kena mai awai sikit
beratuq siap-siap untuk tunggu turn
kalau tidak, lama tau kena tunggu

 photo Picture20_zps43639b03.jpg

Lauk-pauk dia macam nasi kandar lain juga
ada ayam goreng, ayam madu, telur dadar, telur rebus, kambing
dan yang paling best ada telur sotong.. yeaayyy..!!!

 photo Picture18_zps7bf5c4dd.jpg
 photo Picture19_zps61e282bb.jpg

See, how happy Cik Darling bila dapat makanan feveret dia.. hahaha

 photo Picture21_zpsc3b7c3f1.jpg

Lauk feveret Cik Darling setiap kali makan nasi kandar
ayam madu, telur sotong, telur dadar atau telur rebus
pastu kena letak kuah campur... peergghhh!!! marvelous!!

 photo Picture22_zps437a153b.jpg


Kalau korang ada kesempatan ke sana
atau tetiba je lalu kat sana pukul 11 malam
atau korang memang penggemar nasi kandar
jangan lupa singgah Nasi Kandaq Pokok Ketapang ni tau
sekali rasa, mesti teringat-ingat punya.. ahaks!!

Between, malam tu yang singgah makan kat situ
Menteri Besar Selangor; Azmin Ali dan konco-konco nya pun ada
















Photobucket



#Throwback Birthday#5 :: Terima Kasih Mimi

Thursday, February 19, 2015

Birthday siri ke lima... hahahahaa
dah lama birthday Cik Darling berlalu [sini]
tapi masih lagi ada yang nak meraikannya

Kejadian berlaku 08-02-2015 lepas
masa Cik Darling balik ke Bertam,, rumah kakak

Mimi; anak sedara Cik Darling bawa Cik Darling
bersama dengan adik dia Syikin, dan sepupu; Amzar

Mimi belanja Cik Darling dan Syikin makan
sempena birthday kami bulan lepas

 photo Picture3_zpsa718489b.jpg
 photo Picture1_zps12ad076c.jpg

Happy kan kami berempat??

 photo Picture2_zps198d9fcd.jpg
 photo Picture5_zpsca3c6a6c.jpg
 photo Picture6_zpsbf27775d.jpg
 photo Picture7_zpsa434a00a.jpg

erk... tapi nampak bertiga je happy
yang sorang lagi dok pulun makan... hahahahahaa

Thank you so much ye Mimi. i love u






Photobucket

#Throwback Happy 21st Friendship Anniversary..!

Wednesday, February 18, 2015

Berpeluang meraikan Ulang Tahun Persahabatan Cik Darling
dengan Girlfriends ketika sesama belajar di Sekolah Menengah Teknik AS

Kami berempat ambil cuti pada hari Jumaat 06-02-2015 lepas
bermula dengan bersarapan roti canai kari kambing di Bangi

 photo Picture8_zpsf256ba5b.jpg

Kemudian bersama-sama shopping di Living Mall IOI City Mall
tapi Cik Darling tak shopping pun sebab tak ada apa yang nak di beli
cuma teman girlfriends Cik Darling je

 photo Picture10_zpscbbf16c5.jpg

Terus ke Daiso kat IOI City Mall juga

 photo Picture9_zpsdb92127f.jpg

Penat berjalan, poket dah nak kering
kami berhenti untuk isi perut dan melepak dan berbual
kat Seoul Garden

 photo Picture12_zps732f8b0a.jpg
 photo Picture13_zpsbc63be3b.jpg

Yeeayyy..!!! Dapat hadiah birthday
walau pun hajat asal nak potong kek tak kesampaian
sebab nak makan pavlova tapi pavlova dah habis
lagi pun kenyang banget makan buffet kat situ

 photo Picture14_zps07a599ef.jpg

Kami melepak kat situ sampai jam 4 petang
kami berpecah balik ke rumah masing-masing
dengan happy tapi tak puas berbual
biasa la kan.. dah nama nya perempuan
macam-macam hal yang nak dibual kan.. hehehehee

Terima kasih Girlfriends untuk hadiah-hadiah ni semua

 photo Picture16_zps17a23e60.jpg














Photobucket