Wednesday, September 4, 2019

Food Walk:: Rimba Rasa Untuk Kali Kedua

Edit Posted by with No comments
Rimba Rasa lagi??

Yeszaaa...

Ini antara restoran yang menyajikan makanan barat
yang dekat dengan rumah Cik Darling di kampung 😁

Cik Darling singgah makan di Restoran Rimba Rasa
semasa pulang ke Kedah bulan lepas
kali kedua Cik Darling datang makan kat sini
yang kali pertama boleh klik kat [sini]

Ada antara anak sedara Cik Darling dari Kuala Lumpur
yang first time datang makan kat sini

Eh..!! Dah tukar menu baru la..




Jom tengok apa yang kami makan malam tu

Chicken Buttermilk Spaghetti - ya ampun..!! yang ni sumpah sedap
recommended sangat untuk penggemar spaghetti
portion besar.. rasa sedap.. harga murah.. inshaAllah korang confirm tak menyesal


Chicken Aglio Olio Spaghetti - yang ni pun sedap..!!
kalau korang tak suka creamy dan korang suka makanan pedas
korang boleh cuba aglio olio ni.. two thumbs up Cik Darling bagi


Golden Chicken Chop - sesuai la untuk yang tengah lapar
beza dengan Classic Chicken Chop [sini] ialah ayam nya
kalau golden ni ayam nya 2 ketul yang classic punya ayam nya seketul


Buttermilk Chicken Rice - yang ni memang antara menu wajib
yang korang kena cuba kat sini.. antara best seller kat sini


Nasi Putih dan Chicken Grill - set yang sebenarnya adalah nasi goreng
tapi disebabkan kami datang tu dah lewat
nasi gorengnya dah habis jadi, digantikan dengan nasi putih


Fish n Chips


Kids Carbonara Spaghetti - sesuai untuk anak-anak yang tak makan pedas


Mushroom Soup dan toast - korang penggemar mushroom soup?
jangan lupa masukkan mushroom soup ni dalam list order korang
lemak berkrim.. perfect rasa mushroom soup kat sini..!!
makan pula dengan roti bakar tu memang sesuai sangat le
tapi lagi best kalau roti tu adalah garlic bread 😀


Korean Chicken Wing - yang ni pun memang dah maklum sedap
anak-anak sedara Cik Darling suka Korean Chicken kat sini


Fun Fries


Burnt Cheese Cake - yang ni memang best seller kat sini


Untuk air pula, antara yang kami order

Coffee Cube - ni antara minuman wajib yang korang kena order
tak ada kat kedai makan lain kat Guar Chempedak tu
hanya ada di Rimba Rasa saja 😁


Bloody Red - ada rasa masam sikit sebab air soda campur dengan strawberry


Green Tea Ice Blended - recommended untuk penggemar green tea
tapi kalau ada whipping cream kat atas dia tu kan mesti lagi sedap 😊😊


Baby Blue - air soda ada campur dengan blue hawaii (tak sure pewarna or nama air)
dan ditambah dengan mix fruit cocktail tu


Haa..!! yang ni dihidangkan dalam gelas besar
gelas yang sekali pandang dah macam pasu bunga dah rupanya 😅
tengoklah beza antara gelas air yang lain tu


Orang Kedah yang belum cuba lagi tu, boleh lah cepat-cepat pergi
inshaAllah Cik Darling jamin korang mesti akan repeat lagi nanti
tengok muka-muka kami yang happy ni
cucu Cik Darling pun tunjuk dua ibu jari tanda sedap.. hehehe






Photobucket

0 xoxo:

Followers