Friday, September 20, 2019

#Throwback Kubu Sultan Qaitbay Alexandria

Tarikh: 17-05-2019


Selepas menghantar udang dan ketam yang dibeli [sini] ke homestay, 
kami meneruskan perjalanan ke Qaitbay Citadel atau 
kubu pertahanan Sultan Qaitbay.


Kubu Qaitbay ini merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-15
yang terletak di pantai laut Mediterranean, Alexandria. Ia dbina pada tahun 882 H
oleh Sultan Al Ashraf Abou Alnasr Seif Eldin Qaitbay Alzahiry atau Sultan Qaitbay bertujuan untuk mempertahankan Alexandria dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah
dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan. 
Pembinaan kubu ini mengambil masa 2 tahun dengan belanja melebihi 100 ribu dinar.

Dikatakan kubu ini terletak di bahagian paling utara di Mesir. Jadi, lokasinya
dianggap sangat strategik bagi menghalang kemaraan musuh-musuh. 
Oleh kerana kubu ini menjadi salah satu bangunan yang cukup penting maka 
setelah pemerintahan Sultan Qaitbay berakhir, kubu ini masih dipelihara dengan baik.


Masa kami sampai kat sini, jam sudah hampir pukul 12 tengahari. Driver dan tour guide
tinggalkan kami kemudian mereka beredar pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Ini dinding pertahanan bahagian luar kubu. The Outer Fences kubu ini merupakan 
bahagian kubu yang paling tua yang tidak pernah dibina semula sebelumnya.



Pintu masuk ke kubu. Pemeriksaan keselataman dilakukan ke atas pengunjung 
di pintu masuk ini. Kalau perasan kat sebelah kiri Cik Darling tu ada anggota
keselamatan yang pakai uniform putih tu.


Di antara dinding pertahanan bahagian luar dan bahagian dalam kubu ada taman.


Diceritakan Sultan El Ghoury mendirikan tembok kedua ini di sekeliling tembok
yang pertama untuk mengukuhkan lagi pertahanan.

Sebahagian daripada tembok kubu pertahanan ini dibina dari batu-batu tembok
Lighthouse of Alexandria yang telah runtuh. Pintu masuk pelawat itu juga dikatakan
adalah sebenarnya pintu masuk ke rumah api lama ini.

Oh ya! Kubu ini telah dibina di atas tapak rumah api atau Lighthouse of Alenxandria. 
Semasa abad ke-11 telah berlaku gempa bumi menyebabkan rumah api ini rosak teruk.
Hanya bahagian bawah rumah api sahaja yang bertahan dan sejak itu ia berfungsi
sebagai menara pengawal. Sekali lagi berlaku gempa bumi pada abad ke-14 
sehingga memusnahkan keseluruhan bangunan ini.


Lighthouse of Alexandria sumber Google

Melalui inner fences atau tembok pertahanan kedua.


Pada tembok pertahanan di bahagian dalam ini ada 40 buah bilik kecil yang
digunakan sebagai berek polis dan depot senjata.




Kubu dari pandangan hadapan pintu masuk. Ini bukanlah bentuk asal kubu ini
kerana ia telah dibaikpulih oleh beberapa pemerintah yang lalu. Menara utama ini
tingginya ialah 17meter. Ia mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 
fungsi yang berlainan.


Pintu masuk ini dibuat daripada kayu. Nampak masih kukuh walaupun dah usang.


Di tengah-tengah menara ini, terdapat satu lubang besar juga dikenali
sebagai Murder Holes. Permandangan ke bawah ke ruang masuk dari pintu utama.



Lubang ini digunakan untuk mencurah minyak panas ke atas musuh yang masuk
bagi menghalang kemaraan mereka. Selain daripada minyak, bahan lain yang 
digunakan ialah air, pasir dan lemak haiwan. Semua bahan-bahan ini akan 
dipanaskan dahulu.

Agak tinggi dan curam juga tangga untuk naik ke tingkat atas menara ini. 
Kalau ada masalah lutut mungkin sukar sikit untuk memanjat tangga ni.




Di tingkat satu terdapat masjid yang digunakan oleh tentera pada zaman dulu.
Separuh daripada tingkat satu ini dijadikan masjid.



Masjid ini adalah masjid kedua tertua di Alexandria. Sayangnya pelawat tidak 
dibenarkan untuk masuk ke bahagian masjid ini. Hanya boleh melihatnya di belakang
tali penghadang sahaja.

Di tingkat satu ini juga terdapat lubang angin. Lubang ini juga digunakan untuk
mencurah minyak panas ke atas musuh yang datang hendak menyerang.




Di tingkat tiga ada 28 bilik kecil yang berukuran 2.5 x 3 meter. 
Kegunaannya adalah untuk memantau kemasukan kapal musuh dan juga sebagai 
tempat menyimpan senjata dan peralatan perang yang lain.



Selepas puas menjelajah di dalam menara, kami menjelajah pula di luar.
Permandangan di atas Coastal Passages di luar sebelah kiri menara utama.



Permandangan indah laut Mediterranean.. SubhanAllah. 



Selesai lawatan kami di Qaitbay Citadel ini. Sebelum van sampai, kami sempat
singgah beli souvenir daripada peniaga yang berniaga di luar bangunan.




To be continue...






Photobucket

0 Comments:

Template by:

Free Blog Templates