Followers

Food Walk:: Singgah Sat Food Court Seberang Jaya

Wednesday, September 11, 2019

Balik kampung semasa cuti Hari Merdeka lepas, kakak Cik Darling
bawa kami makan di Singgah Sat Food Court yang terletak 
di Seberang Jaya Pulau Pinang.


Besar juga food court ni. Yang best tu macam-macam makanan ada di sini.
Ada makanan barat, makanan Arab, makanan Indonesia dan banyak lagi.
Nak makan steamboat dan grill serta shellout pun ada di sini.






Ini antara makanan yang kami makan hari tu.

Nasi Ayam Geprek - di order dari gerai Sudut Dangdut.
Sesuai sangat untuk penggemar makanan pedas.
Tahap kepedasan cili atas ayam tu boleh dipilih ikut tahap
kepedasan yang kita boleh tahan.


Yang Mimi ambil ni tahap biasa tapi tu pun dah terasa berapinya.
Mungkin kami ni jenis yang tak kuat makan pedas. Diletak keju
di atas sambal ayam tu bertujuan untuk mengurangkan rasa pedas.


Dim Sum - order dari gerai Hong Kong Sizling.
Pelbagai jenis dim sum ada di gerai ni. Kuah pencicah dia sedap.



Zinger Burger - order dari gerai Begegaq.
Gerai yang menjual pelbagai jenis burger. 
Zinger burger ni isi dalam dia tu peha ayam yang digoreng rangup.
Tengok cheese dia.. sampai meleleh melimpah.


Double Shot Burger - juga order dari gerai Begegaq.
Dah nama pun double kan so, Patty daging tu double lah. 
Patty nya tak kering. Juicy gitu. Kena pula dengan cheese leleh tu kan
memang padu lah 😁



Fries Cheese Tumpah - yang ni lupa dah nama gerai nya 😅
Topping atas fun fries tu ada daging kemudian dituang cheese.


Masa mula-mula sampai tu, masing-masing tak puas hati.

"Mana cheese tumpah nya? Bohong lah..."

Sekali bila dah habis bahagian atas tu, rupanya cheese ada kat bahagian 
bawah fries. Haa.. ambil kau.. melimpah ruah cheese nya 😆😆


Kira makanan yang kami makan kat sini semua sedap. Puas hati. 
Recommended untuk korang makan di sini. Kalau sampai ke Seberang Jaya ni, 
korang waze je Singgah Sat Food Court... InshaAllah mesti jumpa 😊








Photobucket

0 xoxo: