Tuesday, September 10, 2019

#Throwback Dari Cairo Ke Alexandria

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 15-05-2019


Jam 8 pagi kami dah siap sedia turun ke lobi asrama menunggu van.
Pagi ni kami check out dari asrama ni nak menuju ke Alexandria pula.
Alexandria sebuah bandar yang terletak di persisiran laut Mediterranean
yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Ia terletak di utara Cairo.


Bergambar di depan pintu masuk Asrama Darul Aman 3 Cairo sebagai 
tanda kenangan yang kami pernah menetap di sini.


Van yang dijanjikan sampai dalam jam 8.30 pagi. Sebelum van sampai dah terfikir
macam mana nanti nak sumbat beg kami yang besar-besar ni. Sebab kami semua pun 
dah 11 orang termasuk ustaz. Maksudnya kerusi belakang tak boleh dilipat.
Ngam-ngam bilangan kami ni dengan tempat duduk dalam van.

Rupanya kan beg kami diletak di atas bumbung. Diikat dengan kemas supaya beg
tidak jatuh semasa perjalanan nanti. Selalu tengok dalam tv je kan.. hehehehe



Bangunan di Cairo yang Cik Darling sempat snap semasa dalam perjalanan.
Warna bangunan kat sini sama saja. Tak ada bangunan yang berwarna-warni.
Jalan kelihatan lengang sebab masih awal pagi.






Kata abang ipar, sungai ini mengalir dari Sungai Nil.


Ada pemandu ambil kesempatan basuh van menggunakan air sungai tersebut.



Selamat tinggal bumi Cairo. Panjang umur dan ada rezeki lebih inshaAllah Cik Darling
nak datang semula ke sini. Banyak lagi tempat yang tak sempat dikunjungi akibat 
kekangan masa. 

Jarak antara Cairo dan Alexandria ialah 218km. Lebih kurang 3 jam perjalanan.

Welcome to Alexandria..!!


Bandar yang boleh tahan juga sesak traffic kat sini. Tengok cara orang Arab
memandu, memang asyik urut dada je lah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Tempat pertama yang kami tuju ialah ke rumah sewa anak sedara Cik Darling.
Oh ya! Lupa nak bagitau. Anak sedara Cik Darling; Afiqah belajar di 
Alexandria University dalam bidang pergigian. 5 tahun dia belajar di sini. 
Tahun ni dia dah tamat pengajian. Kami datang ni untuk meraikan majlis graduasi dia.

Lorong menuju ke rumah sewa Afiqah di Alexandria.





Terasa rugi pula  tak ikut dia naik ke atas rumah. Kami tunggu dalam van sementara
dia naik ke atas rumah ambil dokumen.

Dari rumah sewa, kami terus ke apartment tempat kami akan menginap selama
di Alexandria ni. Apartment City Square yang view nya menghadap laut Mediterranean.



Lagi sekali terlupa nak ambil gambar dalam apartment. Selesa sangat.
Apartment 2 bilik lengkap dengan dapur untuk memasak dan juga mesin basuh.
Jadi, boleh lah membasuh baju kat sini. Yang lagi best tu kita main masak-masak
kat Alexandria ni.. yeeaayyy..!!!

Selesai hantar barang di City Square, kami ke Pejabat MARA. Hari ni
diadakan photo shoot untuk pelajar-pelajar yang akan konvo. Bertuah betul 
Afiqah ni tau tak bagitau awal-awal ada photo shoot. Pakaian kami hari tu comot
je rupanya πŸ˜…



Habis photo shoot, kami ke supermarket. Nak cari bahan untuk dimasak
atau dimakan ketika bersahur nanti. Dan tak lupa juga beli sabun basuh baju.
Malam ni nak mendobi πŸ˜€





Dari supermarket, van terus hantar kami balik ke apartment. Di sini kami 
berpisah dengan ustaz (Cik Darling lupa lah nama ustaz ni). Ustaz akan patah
balik ke Cairo bersama driver. Nanti di Alexandria akan ada pelajar lain
yang jadi tour guide sepanjang kami di sini. Kami akan berjumpa semula
dengan ustaz hari terakhir nanti di Cairo Airport.

Yang lain bawa barang-barang yang dibeli ke atas. Sementara Cik Darling,
kakak, Afiqah dan abang-abang terus ke Restoran Sultan Ayub yang terletak
di bangunan depan apartment kami untuk beli juadah berbuka. Akhirnya impian 
untuk makan makanan Arab di kota Mesir ni tercapai 😁😁😁

Yang kami order hari tu.. dah tak ingat nama makanan nya 😊



Meriah sangat juadah berbuka kami malam tu πŸ˜†πŸ˜†


Aktiviti malam kami ialah mendobi. Jenuh juga nak faham mesin basuh yang tulis
arahan dalam Bahasa Arab ni. Ada tulisan yang faham sikit-sikit. 
Jadi, kita main agak-agak lah apa kegunaan butang tersebut.




To be continue...





Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment