Monday, September 23, 2019

#Throwback Masjid Abu Abbas Al-Mursi, Alexandria

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh: 17-05-2019


Dari Qaitbay Citadel [sini], kami dibawa ke Masjid Abu al-Abbas al-Mursi.

Masjid Abu al-Abbas al-Mursi ini merupakan masjid tertua di Alexandria.


Masjid yang dibina pada tahun 1775 ini terletak di kawasan Anfoushi di Alexandria.
Ia merupakan salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan 
penduduk setempat.



Pada mulanya lokasi masjid ini adalah kawasan makam kepada seorang ahli Sufi
yang terkenal berasal dari Andalusia iaitu Abu al-Abbas al-Mursi.
Diceritakan semasa hayatnya beliau meninggalkan hal-hal duniawi untuk 
mengembangkan syiar Islam. Beliau menetap selama 43 tahun Alexandria ini 
sebagai seorang guru agama. Beliau meninggal dunia pada tahun 686 H.

Nama masjid ini diambil semperna nama beliau. Kini makamnya diletakkan
di sebuah bangunan kecil yang mengarah pada timur pelabuhan.


Kami di bawa menyusuri ke suatu kawasan di celah-celah kedai yang mana
di situ terdapat sebuah bilik yang menempatkan 15 makam.




2 daripada makan tersebut adalah makam cucu Nabi Muhammad S.A.W,
1 daripadanya adalah makam cicit Baginda dan selebihnya adalah
makam kepada anak murid Imam Al Mursi.


Bersama salah seorang penjaga di makam tersebut. Eh! Ada orang Mesir kata muka
Cik Pya (bermula hari ni nak tukar Cik Darling kepada Cik Pya lah.. 
rasa much more better and simple. Erk.. tak tetap pendirian kan i ni? 😅)
ni tak macam muka orang Malaysia. Tak sama muka dengan ahli keluarga
yang lain. Katanya muka Cik Pya lebih kepada muka orang Arab. 
Kot mana mai muka Arab tu pun tak tau lah 😏


Kemudian kami di bawa ke sebuah bilik kecil di belakang masjid. Terdapat 2 makam di dalam bilik kecil ini.


Makam-makam tersebut ialah makam anak kepada al-Mursi dan
juga makam cucu kepada al-Mursi.


Semasa kami masuk, terdapat satu acara keagamaan dijalankan di dalamnya.
Cik Pya tak pasti acara apa. Bunyi macam berselawat tapi tak clear sangat.


Kami cepat-cepat beredar selepas menyedari setiap mata yang memandang kami
dengan pandangan lain macam je. Seram pun ada juga yang sebenarnya 😅



To be continue...






Photobucket

2 xoxo:

m.u.l.a.n said...

Wooww bestnya Egypt thanks for sharing...

Darling Pya said...

M.u.l.a.n:

Sama2.. terima kasih sudi baca :)

Followers