Tuesday, September 17, 2019

#Throwback Istana Montazah - Tempat Rehat Raja Farouk

Tarikh: 17-05-2019

Hari ni merupakan hari terakhir lawatan kami di Alexandria ni. Jadi, pagi lagi
kami dah keluar. Jam 9 pagi driver dan tour guide kami dah sampai.


Ke mana destinasi kami hari ni?

Destinasi pertama untuk lawatan hari ini ialah ke Taman Montazah. Sebuah taman
yang terletak di pinggir laut. Di sini terletak nya sebuah istana yang tersergam indah
iaitu Istana Montazah atau lebih dikenali sebagai Istana Raja Farouk. 


Raja Farouk merupakan raja terakhir dalam institusi beraja di Mesir yang berpusat
di Iskandariah. Beliau dikenali dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap kerajaannya. Diceritakan bahawa beliau lebih gemar membeli 
kereta-kereta mewah, berseronok di kasino, berlumba kuda dan berpoya-poya
dengan wanita muda. Ada juga cerita yang mengatakan bilangan pokok kurma yang ditanam di dalam kawasan istana ini menyamai dengan bilangan gundiknya.

Gambar Raja Farouk (Sumber Google)
Tahun 1952 berlakunya rampasan kuasa untuk menggulingkan Raja Farouk 
diketuai oleh Jamal Abdul Naser. Selepas Raja Farouk dijatuhkan, pemerintahan
Mesir bertukar kepada negara Republik yang berpusat di Kaherah.

Selepas turun takhta, beliau disingkirkan ke Monaco. Disitulah beliau tinggal
sepanjang hidupnya. Walaupun telah dibuang negara, beliau tetap dengan
cara hidup yang mewah dan terus dengan ketagihan untuk mengumpul harta.

Pada Mac 1965, beliau rebah semasa makan dengan banyaknya dan meninggal
dunia di sebuah restoran di Itali. Ada dakwaan mengatakan beliau diracun 
tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.

Istana yang mempunyai keluasan sekitar 155 hektar ini dibangunkan pada tahun 
1932 dan dijadikan tempat untuk menyambut para tetamu kehormat kerajaan
yang berkunjung ke Iskandariah.


Kedudukannya yang strategik di tempat yang agak tinggi ini dan menghadap
ke arah laut Mediterranean menjadikan ia begitu indah. Difahamkan istana ini 
mempunyai 365 jalan. Setiap hari Raja Farouk akan melalui jalan yang berbeza.



Diceritakan juga, disebalik kesenian istana tersebut terdapat besi seumpama
tombak-tombak tajam di setiap menara yang didakwa sebagai lambang
kezaliman semasa pemerintahan Raja Farouk.

Sayang sekali pengungjung tak boleh masuk ke dalam. Hanya boleh melihat istana
dari luar pagar sahaja.




Permandangan di sekitar kawasan istana.





Pemegang jambatan dibuat dari batang pokok kurma

Jika berkunjung ke Alexandaria, jangan lupa ke Istana Montazah ni. Permandangan kat sini memang awesome sangat 😊

Jauh sikit dari Istana Montazah ni terdapat sebuah jambatan menuju ke kawasan
rumah pembesar-pembesar Raja Farouk. 



Di sebelah kanan tu kelihatan pangkalan bot di Istana Montazah ini.



Turun dari jambatan tersebut terdapat hutan pokok ru. Dalam hutan harus nak
bergambar juga bila melancong ke negara asing ni 😆😆
Eh..! Ye ke orang panggil hutan? Ke taman pokok ru ek.. entah lah 😅





Okay jom ke destinasi seterusnya pula.





To be continue...






Photobucket

0 Comments:

Template by:

Free Blog Templates