Friday, September 13, 2019

#Throwback Borong Coklat Di El Mansyeya, Alexandria

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 16-05-2019


Disebabkan siang hari tu kami cuma ke Majlis Konvokesyen saja [sini]
jadi, malam tu kami ambil keputusan untuk keluar menikmati
suasana malam di Alexandria.

Kami nak ke El Mansyeya.. tempat shopping yang ala-ala pasar malam
macam kat Malaysia ni. Jaraknya dengan City Square ni lebih kurang 10
ke 15 minit kalau naik kereta.

Kami booking Uber. Disebabkan kami 10 orang, jadi kami kena naik
3 buah Uber. Satu kereta naik 4 orang dan 2 kereta lagi naik 3 orang.
Cik Darling naik berempat dengan kakak dan 2 anak sedara.


Kami berjanji berjumpa di El Mansyeya. Tengok lah cara orang sini bawa kereta.
Bila duduk depan ni, kaki asyik terasa nak tekan brek je 😆


Bila dah naik kereta asing-asing ni kan adalah insiden yang berlaku pada
salah satu kereta yang dinaiki oleh abang, kakak ipar dan anak sedara Cik Darling.

Dari 3 kereta kami ni, diaorang yang bergerak dulu ke El Mansyeya
Kereta kami yang kedua bergerak dan akhir sekali kereta yang dinaiki Afiqah 
bersama mak dan ayahnya. Bila kereta kami sampai di tempat yang dijanjikan, 
kami cari diaorang yang kereta pertama tadi tu tak ada. Eh! Tak kan lah diaorang
belum sampai? Macam tak logik pula. Hantar mesej kat whatsapp tapi tak reply.

El Mansyeya ni dah la besar. Jadi kami berempat ni berpecah. Cik Darling dan Noni pergi cari diaorang. Kakak dan Jihah tunggu diaorang kat tempat yang dijanjikan.
Kami masuk sampai ke dalam kawasan orang berniaga tetap tak jumpa juga.
Akhirnya kami patah balik. Ambil keputusan tunggu sehingga kereta Afiqah sampai.



Bila Afiqah sampai, dia bagitahu.. rupa-rupanya kereta pertama tadi dah pergi
ke tempat lain. MasyaAllah.. patutlah diaorang tak sampai-sampai.
Tak lama selepas tu, baru diaorang sampai. Diaorang tersesat hingga hampir
ke jalan keluar nak menghala ke Cairo. Jauh tu...

Naik Uber boleh sesat ke?

Haa... yang sebenar-benarnya, diaorang dah sampai pun kat El Mansyeya ni.
Tapi tak tau lah macam mana, Amzar; abang Afiqah ni boleh cakap bukan ni
tempatnya. Dan kebetulan ada satu lagi nama tempat yang sama tapi terletak
nun jauh menghala jalan keluar ke Cairo. Sebab tu driver tu bawa diaorang
pergi ke sana.

Bila semua dah cukup, kami pun mulalah berjalan ke dalam kawasan orang berniaga.
Tiba-tiba kakak ipar Cik Darling tegur abang


"Mana beg galas abang???"

Ah..!! Sudah.. sekali lagi semua panik. Abang tertinggal beg galas dia dalam
kereta Uber tadi. Allahuakbar.. dalam tu ada passport dan semua duit dia.
Syukur sebab guna Uber, ada no telefon driver kat situ. Jadi, Afiqah call bagitau
driver tersebut. Alhamdulillah dapat driver yang jujur dan dia sanggup patah
balik semula untuk hantar. Sekali lagi kami semua jadi penunggu.



Bila dah dapat beg, baru semua dapat berjalan dengan tenang dan senang hati.
Tempat pertama yang kami tuju ialah ke kedai borong coklat.
Keluarga Cik Darling ni majoritinya adalah penggemar coklat 😁

Nah..!! Tengoklah syurga untuk Cik Darling sekeluarga ni 😆😆




Coklat kat sini sangatlah murah. Lebih murah dari di airport. Ye lah.. dah nama pun kedai borongkan. Mestilah murah daripada harga pasaran kat luar.

Habis memborong coklat, kami berjalan di kawasan pasar malam tersebut.
Besar kawasan pasar malam ni. Tak habis nak berjalan ni kalau satu malam je.






Hampir jam 12 tengah malam baru kami bergerak balik ke City Square.
Kali ni balik kami naik van prebet sapu. Seorang dikenakan EGP3.


Oh ya! Kat sini tramp pun ada. Tapi sayang tak ada rezeki kami nak merasa
naik tramp ni sebab tramp ni tak pergi ke area kami tinggal.


Malam di Alexandria ni "hidup". Rakyat di sini keluar bersuka ria di malam hari.
Siangkan panas dan kebetulan masa ni Ramadan. Cik Darling ada rakam video
suasana malam di sini, tapi tak jumpa pula video nya 😔



To be continue...





Photobucket

0 xoxo:

Followers