Followers

#Throwback Majlis Konvokesyen Di Perpustakaan Iskandariah Alexandria

Thursday, September 12, 2019

Tarikh: 16-05-2019


Hari yang ditunggu pun dah tiba. Jam 1 petang kami bertolak ke 
Perpustakaan Iskandariah. Dewan berlangsungnya konvokesyen 
terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Iskandariah.

Sebut pasal Perpustakaan Iskandariah atau Bibliotheca Alexandria
merupakan salah satu perpustakaan yang terbesar di dunia.
Ianya wujud sejak zaman kuno lagi.

Ia dibina pada masa kekuasaan Yunani di Mesir iaitu pada era Dinasti Ptolemy.
Perpustakaan ini menyimpan ribuan manuskrip, gulungan peta serta naskah
kitab-kitab dari masa Yunani kuno.

Karya-karya asli Euclid, Aristoteles, Democritus hingga naskah-naskah asli
perjanjian lama yang ditulis dalam bahasa Ibrani kuno juga katanya disimpan
di sini. 

Di belakang Cik Darling tu lah perpustakaannya. Maaf tak ambil
gambar penuh bangunan sebab bangunannya besar. 




Bergambar sebelum masuk ke dewan. 


Pertama kali Cik Darling datang majlis konvokesyen di luar negara.
Berbeza betul dengan majlis di Malaysia. Kat sini majlisnya simple saja.
Kalau di Malaysia, konvokesyen akan melibatkan semua fakulti di universiti tersebut
tapi yang ni, cuma konvokesyen fakulti pergigian sahaja.









Habis majlis, kami bergambar kat tingkat atas dewan.
MasyaAllah angin pada hari tersebut sangatlah kuat. 
Tudung dah jadi tak tentu arah dah 😂😂



Family Afiqah. Tapi tak lengkap sebab kakaknya tak datang. Tak dapat cuti.


Kami sambung bergambar kat luar dewan.




Selesai semuanya kat sini dalam pukul 4 petang. Balik dari majlis,
kami singgah beli makanan untuk berbuka. Kalau semalam kami berbuka dengan
makanan Arab [sini], hari ni kami berbuka dengan makanan barat.
Kami beli burger dan pizza. Oh ya! Restoran pizza dan restoran burger ni
hanya terletak di level bawah bangunan City Square ni je. 






Not bad rasa pizza dan burger kat sini. Cuma burger tu tak ada sos cili
macam kita kat Malaysia. Jadi, dah standby bawa sos cili dari Malaysia 😁









Photobucket

0 xoxo: