Monday, September 2, 2019

#Throwback Masjid Al-Azhar Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 14-08-2019


Selepas penat berpanas di Gyza Pyramid Complex [sini]
kami dibawa ke Masjid Al Azhar untuk solat zohor
dan jamak sekali dengan asar

Sampai je kat Masjid Al Azhar ni kan
tenaga dah jadi ZERO dah weiiiii...
Allah.. keringnya tekak ni.. sampai rasa dah tak ada
air liur dah nak ditelan πŸ˜–
masa ni terus terasa nak jadi musafir nak berbuka puasa πŸ˜†
walau pun realitinya memang musafir pun kan

Timbul juga la rasa serik nak travel di bulan Ramadan lepas ni
hahahaha.. tak baik kan??
baru sikit dugaan dah rasa lemah.. apa la Cik Darling ni


Masjid Al Azhar ni terletak di kampus Universiti Al Azhar
yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia
masjid ini diberi nama Al Azhar diambil sempena nama Fatimah az-Zahra
ia sebagai penghormatan kepada puteri baginda Rasulullah SAW
merupakan masjid ke4 yang dimakmurkan oleh umat Islam
selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa

Universiti Al Azhar diasaskan di masjid ini sewaktu zaman pemerintahan
Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu'izzli Din Allah


Untuk pengetahuan semua, pelawat wanita yang memakai seluar panjang
perlu menyarungkan kain yang disediakan oleh pihak masjid 
macam yang Cik Darling pakai ni


Masjid Al Azhar ni terkenal dengan tradisi pengajaran ilmu yang dinamakan Halaqah
yang membawa maksud berkumpul pada waktu tertentu dengan tujuan untuk
mempelajari atau mendalami agama Islam

Dataran di dalam Masjid Al Azhar



Terdapat beberapa menara di masjid ini
yang kiri sekali ialah menara berkembar Qansah Al-Ghuri
dan disebelahnya ialah menara Qaytbay
di belakang kubah itu pula ialah menara Aqbaghawiyya


Menara berkembar ini dibina oleh Sultan Qansah Al-Ghuri pada tahun 1509


Masjid ini merupakan masjid jamek yang ke4 yang dibina selepas 
Masjid Al Amr [sini], Masjid Al Askar dan Masjid Ibnu Tulun
masjid jamek ini membawa maksud masjid yang utama atau masjid besar
yang terdapat dalam sesuatu kawasan

Tapi maaf Cik Darling tak ambil gambar ruang solat masjid ini
sebab masa ni kan "bateri" tenaga dalam badan dah weak sangat dah
habis solat terus terbaring.. keletihan yang teramat sangat
kalau iman tak kuat (yang sememangnya tak berapa nak kuat pun) 
rasanya dah berbuka puasa awal dah hari tu
mesej ustaz minta izin nak baring dan lelapkan mata sekejap
sebab tak larat sangat dah nak berjalan.. teruk gile kan?? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Syukur dapat baring dan lelapkan mata sekejap untuk recharge semula tenaga
sebaik keluar, abang Cik Darling tanya

"Macam mana nak pergi umrah bulan puasa kalau macam ni pun dah tak larat?"

Aduhh.. tak terjawab soalan abang Cik Darling tu πŸ˜…πŸ˜…
sebab kami memang ada niat nak menunaikan umrah di bulan puasa
kata abang anggaplah ni sebagai latihan untuk kesana
inshaAllah jika ada rezeki dan panjang umur
harap tercapailah hajat nak merasa puasa di tanah suci




To be continue...





Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment