Monday, November 22, 2010

We Are 14th...

Edit Posted by with 10 comments

SMS yang acu terima tepat jam 00:03 pagi tadi::


"Happy anniversary my dear...may our wish come true
and ALLAH bless us always...luv u so much n always..."


Ya..hari nie genap 14 tahun hubungan acu dengan Mr.EE
satu jangka masa yang lama...
seperti tahun-tahun yang lepas...dan setiap hari
tidak pernah sekali pun acu jemu untuk berdoa
semoga jodoh kami dipermudahkan ALLAH
semoga hubungan kami berakhir dengan satu ikatan yang sah
semoga hubungan kami berpanjangan selama nya..amin


Selama 14 tahun bersama terlalu banyak suka & duka
yang kami lalui bersama...
banyak susah & senang yang kami tempuh bersama
kalau di bukukan mahu berjilid-jilid buku yang terhasil...hehehe

Tak ada satu pun pasangan yang bercinta dalam dunia ni
yang tak mahu hubungan mereka berakhir ke jinjang pelamin
sama juga seperti kami...kami pun mengimpikan ke arah itu juga
tapi kita manusia hanya mampu merancang..
bila perancangan nak mendirikan masjid di utarakan
pasti ada saja halangan nya...

Hanya ALLAH yang tau hikmah disebalik semua halangan ni
acu sebagai hamba NYA hanya mampu berdoa yang terbaik
untuk diri acu & untuk Mr.EE...
begitu juga acu pohon dari kawan-kawan tersayang
semoga doa kan yang terbaik untuk kami berdua...

Andai ada jodoh antara kami, insyaALLAH satu hari nanti pasti
kami akan bersatu jua...TETAPI
jika sebalik nya...insyaALLAH acu pasrah & redha
dengan semua kehendak NYA...

Memandang kan hari ni hari istimewa kami
jadi, petang tadi acu & Mr.EE keluar dinner bersama..
kebetulan Mr.EE ada urusan di Klang
maka kami pun memilih untuk dinner di sebelah Klang saja..

Kalau ke Klang, tentu nya lah terkenal dengan seafood nya kan..
tapi kami berdua tak pernah makan kat sebelah sana
jadi, tak tahu mana tempat makan yang best
kami main redah saja tadi...hehehheee

sambil makan boleh menikmati permandangan laut...
tenang dan mendamaikan saja...terasa romantik pula..hahahhaa...poyo

Pilihan kami tadi tak ada lah melampau sangat
kami cuma pilih ikan kerapu, sotong & bamboo shout saja
bamboo shout ni memang kegemaran acu...

Rasa nya???? boleh tahan lah...
mungkin ada tempat lain yang lebih sedap daripada ni
tak apa lah...ni pertama kali kami makan kat kawasan Klang ni
kalau tak cuba tak tahu sedap atau tak kan???

Apa pun rasa makanan ni yang penting kami berdua gembira
semoga kegembiraan ini berpanjangan untuk selama nya..amin





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Sunday, November 21, 2010

Berapa Ramai Lelaki Boleh Jadi Imam???

Edit Posted by with 12 comments

Petikan artikel daripada email acu::

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



p/s:: gambar ehsan En.GooGLe






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, November 19, 2010

Kenangan Yang Kekal Selama Nye...

Edit Posted by with 14 comments

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan oleh-NYA
untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha yang baru je lepas
tak seperti tahun lepas, tahun nie keluarga acu tak ada
seorang pun yang melakukan ibadah korban
mak acu ada juga nak berkorban bersama dengan orang kampung
tapi malang nye tak cukup 7 orang pula

Setiap kali menjelang musim Haji nie acu pasti akan teringat kan
kenangan acu berada di sana satu ketika dulu...
Alhamdulillah acu pernah berkesempatan
menunaikan Rukun Islam yang ke-5
ni bersama-sama dengan arwah ayah, emak & kakak acu yang sulong

Acu ke sana pada tanggal 20 Jun 1988...ketika di darjah 4
masa mula-mula berurusan dengan Tabung Haji
sikit pun acu tak tau yang acu akan turut serta bersama
dengan mak & arwah ayah acu nie...

Masa tahun acu pergi tu tambang Haji tak semahal sekarang
untuk Dewasa tambang nye cuma RM5000 dan kanak-kanak cuma RM3500
tapi biasa la..kos meningkat dari tahun ke tahun

Acu bertolak ke Jeddah dari lapangan terbang Bayan Lepas
tak seperti sekarang semua jemaah kena berkumpul di Kelana Jaya dulu
penerbangan acu dalam pukul 12.30pagi...kalau tak salah acu lah
tapi memang tengah malam acu berlepas ke Jeddah..

Acu masih ingat lagi...masa sampai kat Lapangan terbang Jeddah
acu kena tahan dengan kastam sana
masa tu acu bawa satu bungkusan beg plastik yang berisi makanan,
pinggan & cawan dari dalam kapal terbang...
sebenar nya beg plastik tu dah melalui pemeriksaan kastam
biasa nya setiap beg yang di periksa oleh kastam
akan di tandatangan oleh pegawai tersebut menggunakan kapur

Nama pun beg plastik....mana la nak lekat kalau di tulis dengan kapur
jadi, tandatangan tersebut terpadam la...
akhir nya masa nak keluar acu kena la tahan...kelam kabut mak acu masa tu
hahahahaa...acu punya perasaan???
tak ada la panik sangat...sikit-sikit je...

Nasib la arwah ayah boleh cakap arab
jadi, lepas arwah slow talk dengan pegawai tersebut
acu pun di lepas kan....fuhhhh!!! lega...

Masa acu pergi tu acu buat jenis Haji Tamatuk..
dari Jeddah rombongan kami terus di bawa ke Madinah
panas nya Madinah Allah saja yang tau...
suhu hampir 40 darjah...dengan berdebu...susah nak bernafas

Kena pula masa tu Masjid Nabawi masih dalam pembinaan
lagi la berhabuk dan berdebu sekitar masjid...
hotel tempat acu menginap tak jauh dengan Masjid Nabawi..
setiap kali balik dari masjid, acu akan ajak mak & kakak acu
singgah ke gerai-gerai di sepanjang perjalanan ke hotel...hehehe
suka sebab acu akan dapat "hadiah" daripada peniaga-peniaga...

Cukup 8 hari kami di Madinah kami bertolak ke Mekah
kenapa 8 hari saja kat Madinah???
apa yang acu tahu masa pergi tu, kalau menunaikan Haji kita kena
cukup kan 40 waktu solat di Masjid Nabawi..
maaf la kalau acu tersalah info ye...

Di Mekah, acu di bawa berjalan ke rumah kenalan arwah ayah
arwah ayah memang ramai kenalan yang tinggal di sana
seorang sepupu acu berkahwin dengan orang Arab
dia tinggal di Riyadh tapi setiap kali musim Haji
dia satu keluarga akan datang ke rumah mereka di Mekah
2 kali acu di bawa ke rumah dia...

Suami sepupu acu ada minta izin dengan arwah ayah
untuk benar kan acu tinggal dengan mereka sekeluarga

Reaksi acu???
suka yang teramat sangat
...dengan harapan arwah ayah benarkan

Reaksi ayah???
tak kisah
...dia pun suka kalau acu nak tinggal di sana

Reaksi mak???
minta maaf banyak-banyak la....JANGAN MIMPI dia nak benarkan
acu tinggal berjauhan dengan dia....
hahahaa....kesimpulan nya tak dapat la acu tinggal kat sana

Sepanjang menunaikan Haji, acu berpeluang melawat ke beberapa
tempat bersejarah di sana..
antara nya Gua Hira'...Makan Rasullullah...kubur sahabat Nabi
apa lagi ye....dah tak ingat dah...hehehee

acu juga di bawa ke ladang kurma di Wadi Fatma
merasa memetik buah kurma daripada pokok nya...

Acu berpeluang bersolat di dalam Hijir Ismail
kata orang kat sini salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa

acu berpeluang bersolat di bawah Pancur Emas

acu juga berpeluan bersolat di hadapan Makam Nabi Ibrahim

acu juga berpeluang bersolat di hadapan pintu Kaabah

acu juga berpeluang menyentuh dinding Kaabah
tapi acu tak de lah meruntun mengusap dinding macam dalam gambar ni
ada yang sampai menjilat dinding tu pun ada

acu juga berpeluang turun ke tempat air zam zam
bersolat atas telaga zam-zam terasa nyaman & sejuk sekali

tapi sayang...acu tak berpeluang mengucup Hajarul Aswad

Acu tawaf atau saei sendirian..
acu tak ikut arwah ayah, mak mahu pun kakak...
selesai tawaf atau saei, acu akan tunggu di sesuatu tempat
arwah ayah sedia maklum tempat mana yang acu akan tunggu
kadang-kadang acu pergi / balik dari Masjidil Haram pun seorang diri

Untung nya jadi budak-budak nie kan
setiap kali acu berjalan depan kedai balik dari Masjid
pasti ada saja "habuan" untuk acu..samada minuman atau makanan
sama juga kalau ikut mak membeli belah
pasti nya acu akan dapat habuan...

panggilan "Siti Rahmah" cukup sinonim dengan acu
rasa nya untuk semua perempuan peniaga pasti akan panggil Siti Rahmah...
setiap kali di panggil pasti ada habuan yang mengunggu acu...hehehee

Selain daripada tu kenangan mengerjakan wukuf,
melontar di ketiga-tiga jumrah...tersangkut dalam jam
yang berjam-jam semasa perjalanan di Mudzalifah
dan juga seorang sepupu acu meninggal di Mekah
semua nye masih segar di dalam ingatan acu...
kenangan yang akan tetap segar hingga ke akhir hayat

Acu selamat sampai di bumi Malaysia pada 13 Ogos 1988
kepulangan rombongan kami di sambut meriah oleh saudara mara &
adik beradik di Lapangan Terbang Bayan Lepas
sedih sebenar nya meninggal kan bumi suci Allah

Setiap kali lepas solat, acu mohon kepada Allah
untuk ke sana lagi...
insyaAllah ada rezeki & umur panjang, acu akan menjejak kan kaki
ke bumi suci Allah sekali lagi... doa kan acu...




p/s:: semua gambar dari En.GooGLe..gambar acu kat kampung





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Semoga Kembali Sihat

Edit Posted by with 6 comments

Sabtu lepas, acu terpaksa balik ke kampung
ada kecemasan...2 kali kakak acu call

"abang dah kritikal..dah masuk icu"


segala perancangan nak menonton show FT di The Curve
terpaksalah acu batalkan....maaf ye kawan-kawan
acu bertolak dari rumah dalam pukul 11.40 pagi...
sambil berdoa semoga tiada apa-apa yang terjadi dalam perjalanan
dan berdoa semoga abang ipar acu masih di beri kesempatan
untuk berjumpa dengan anak tunggal nye; Abang Yeh...

Masa dalam perjalanan tu acu dapat sms daripada kakak
mengata kan abang ipar acu dah stabil...
Alhamdulillah...rasa tenang la sikit nak drive...
acu selamat sampai kat kampung dalam 3.30petang
malam tu baru acu ke hospital untuk menziarah

Esok nya sekali lagi acu ke hospital bersama dengan mak & kakak
Alhamdulillah abang ipar acu dah di tempat kan di wad biasa
cuma Abang Yeh masih belum dapat dihubungi lagi
sebab masih dalam kapal untuk perjalanan ke Labuan...

Masa nie kakak acu tak ada sebab balik rumah selepas semalam kat hospital

Oh ye lupa pula nak beritahu sebab abang ipar acu ni masuk hospital
sebenar dalam badan dia tak ada "garam" langsung kerana cirit-birit
sebab tu dia jadi lemah...
tapi Alhamdulillah sekarang nie dah beransur pulih
paras garam dalam badan dia pun dah bertambah
setiap hari kena makan makanan yang masin-masin supaya garam bertambah

dan Alhamdulillah Abang Yeh masih di beri kesempatan oleh-NYA
untuk berjumpa dengan ayah dia lagi...
Abang Yeh selamat sampai ke kampung pagi Aidiladha...

Semoga abang ipar acu kembali sihat seperti sediakala...amin..




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Hoyeeeeeee......

Edit Posted by with 4 comments

Pagi-pagi lagi mood gembira hari ini...
mahu tahu sebab apa???

sebab email daripada rockensteiners@yahoo.com

email yang memberitahu bahawa acu dapat 3 tiket untuk ke

Walau pun sedikit "kecewa" sebab acu minta 4 tiket
tapi acu cuma dapat 3 tiket je...emm...salah seorang anak saudara
acu terpaksa la berkorban....hahahahaa
Amzar atau Amirah atau Afikah??? cabut undi ya....heheheee

apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada FT



LOVE u SO MUCH FT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




p/s:: gambar ehsan En.GooGle




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"