Thursday, May 22, 2008

~Aku Anak Kedah~

Edit Posted by with No comments

Acu bangga menjadi anak KEDAH....

sebab apa bangga?

cuba le baca petikan paper Utusan (part sukan) ari nie...

KEDAH ANTARA KELAB TERBAIK

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul ke- juaraan Liga Super
dan persembahan cemerlang dalam Piala AFC membolehkan pasukan
bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking
Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).

Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding
kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti
Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217)
dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan
pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama
termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga
dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan
sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord. Dalam pada itu, Perak,
turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada
kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura,
Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala
Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking
berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona
di tangga ketiga. Kedudukan rangking kelab dunia itu
boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.

0 xoxo:

Post a Comment