Sunday, May 11, 2008

~Ibu~

Edit Posted by with No comments


"Li malu dengan mak ye? Mak janji tak akan pergi ke kelas Li lagi.." :: Emak
"Kenapa la tak mati???? Lagi bagus..." ::Anak
Sedih kan kalau dengar seorang anak bercakap macam tu dengan ibu nye..
tu antara dialog yang menyentuh ati dalam drama "Demi Masa"
siaran cerekarama TV3 yang disiar kan malam tadi
Nau'zubillah...mudah2 an acu & keturunan acu di jauh kan Allah
dari sikap demikian

Jinggo (kiri) bersama pelakon-pelakon drama Demi Masa iaitu Rozie,
Sheila, Shafie dan Iqram.

since filem Si Tanggang pada tahun 1961, kita sudah ditayangkan dengan
filem atau drama yang masih memaparkan kisah anak derhaka,
anak yang malu mengakui ibu nye yang miskin dan hina
sesudah diri sendiri mencapai kejayaan.
memang menyayat hati dan kena dengan situasi semasa

apatah lagi kalau penyiaran drama sebegitu seiring dengan
sambutan Hari Ibu yang diraikan seluruh masyarakat dunia (11/05)

“Saya guna pendekatan yang lembut, penderhakaan
yang ‘lembut’ serta hukuman Tuhan yang lembut. Bayangkanlah
kalau tahap penderhakaan yang sebegitu tersembunyi,
tidak memaki-hamun ibu dengan kata-kata kesat atau
sepak-terajang pun sudah diberikan hukuman yang
tidak tertanggung oleh si anak, bagaimanakah hukumannya
terhadap anak yang zalim terhadap ibu-bapanya?” Kata Jinggo
pada sesi pratonton Demi Masa kepada media, baru-baru ini.

Dari syair Arab, Dia Ibuku yang diadaptasikan mengikut
kesesuaian budaya Melayu.


Sikap anak yang malu mempunyai ibu yang cacat,
sanggup menderhaka dengan ibu nye...
tapi kasih sayang ibu yang terlalu menebal dalam ati nye
tak pernah sekali pun si ibu mengeluh atau marah
pada anak kesayangan nye itu.

Setiap ari doa di pohon semoga Allah memberi kebaikan,
kebahagiaan & kejayaan kepada anak nye...

Ditakdirkan Tuhan, Nazli berjaya dalam pelajaran dan
berjaya sebagai usahawan muda.
Hidup mewah atas kekayaan keluarga mertua
tetapi ibunya di kampung tidak pernah dipedulikan.

cite nie betul2 buat acu insaf...
terfikir juga acu, selama 30tahun hidup
dah banyak mana la dosa acu terhadap emak acu????
dah brape kali la acu mengguris ati & perasaan emak acu????
dah brape kali emak menitis kan air mata kerana sikap acu????
dah brape kali emak acu terasa ati dengan sikap acu????
Terampun kah semua dosa2 acu nie???
sempat kah acu mohon ampun pada emak???
takut nye....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah semua dosa2 yang telah
aku lakukan terhadap ibu ku....
kasihani lah ibu ku sebagai mana
dia mengasihani aku semasa aku
hingga sekarang...
sesungguh nye Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani
Amin....


"Aku rindu pada Nazli, Tuhan saja yang tau.
kalau ada ubat yang boleh buat aku lupa kan
Nazli seketika, aku cari. Mahal macam mana
pun aku akan bayar. Tapi tak ada.."

Begitulah rintihan sayu ati seorang ibu yang
terlalu rindu kan anak nye...
sedih kan??????

0 xoxo:

Post a Comment