Monday, November 28, 2011

Food Walk:: Bukan Makanan Istana

Edit Posted by with 7 comments
"Ada kat mana??"

"Pejabat..."

"Tengahari keluar lunch kat mana?"

"Tak tau lagi...kenapa?"

"Jom lunch sama nak tak?"

"Ok.."


Itu petikan perbualan acu dengan EE hari Khamis lepas (24-11-2011)
acu ambil EE kat pejabat kemudian EE yang bawa ke "Istana"

Photobucket


The Castle Restaurant di Kampung Baru
kedudukan nya berhampiran dengan stesen Petronas, Kampung Baru
satu lagi restoran yang menyajikan makanan dari Timur Tengah

Banyak juga menu yang dijual di sini
bermula dari appetizer hingga lah dessert

Photobucket

Biasanya hidangan Timur Tengah nie portion hidangan besar kan??
di The Castle Restaurant nie kita boleh pilih set value meal
yang mana acu rasa portion makanan nya sesuai dengan orang kita
value meal nie pakej nya complete dengan soft drink

Photobucket

Bagi penggemar shisha pun ada disediakan dengan set makanan
kalau tak salah acu harga set nya bernilai RM15

Photobucket

Pilihan makanan EE ialah value meal Lamb Kabssa Rice + Coke Light

Photobucket

Portion nasi nya kecil saja kan??
sup nie pelengkap rasa untuk hidangan tersebut

Photobucket

Acu order manaqeesh lamb + cheese
pernah dengar manaqeesh???
acu baru first time tengok makanan manaqeesh nie

Sebenar nya manaqeesh nie ala-ala pizza Arab la
dibawah nya doh pizza yang sangat sangat lembut
walau pun dah sejuk tetap lembut
di atas nya ada topping...

Tiga pilihan topping yang boleh dipilih ikut selera
ada lamb, ada cheese dan juga za'tar
za'tar tu sejenis masakan Arab
pada mula nya acu nak cuba manaqeesh za'tar

Tapi pelayan tu yang suggest kan acu mix kan
topping lamb dan cheese...dan rasa nya???
fuhhhhh..!!!! memang marvelous...sangat nyummy

Photobucket

Selain manaqeesh, acu ada order Chicken Shawarma Sandwich
nie mana-mana restoran Arab pun ada
dan nie memang favourite acu pun...
sori lupa nak snap gambar

Eh..tapi kami tak makan habis tau...
manaqeesh tu acu makan 2 potong saja
shawarma sandwich langsung tak sentuh
semua nya bungkus bawa balik

Jus Epal nie sangat sedap
banyak serat epal daripada air...pure sangat tau

Photobucket

Kesimpulan nya, acu puas hati la makan kat sini
harga nya pun tak mahal sangat
so, lepas nie boleh datang cuba makanan lain pula :)

Photobucket









Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

7 comments:

  1. manaqeesh tu nampak kesedapanya, kalau akak makan sorang memang habis dah tu ;p

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    BESTNYA ... MEMANG SUKA NASI BRIYANI ARAB ... TERUTAMANYA BRIYANI KABSA DI CYBERJAYA RESTOREN SABA. NANTI NAK CUBA TEMPAT NI.

    ReplyDelete
  3. Kat restoren Arab/Lebanese, memang air jusnya sangat pure! Pekat dan enak sekali.

    Jus Mango pun sedap!

    ReplyDelete
  4. Mungkin satu hari nanti, kakcik nak cuba makan di sana. Selalu lalu sahaja di depannya. :)

    ReplyDelete
  5. wah..boleh la try makan kat sana...

    ReplyDelete
  6. Wahhh...sedap jer tengok makanan tu semua...

    Nnt nak pegi la try...

    ReplyDelete
  7. pergh, restoran piau arab.. hihi.. akak tak pernah lagi masuk restoran yang serba serbi makanan arab.. :)

    dari serdang ke kampung baru, jauh gak perjalanan tu nak gi lunch tu.. :)

    ReplyDelete