Thursday, February 28, 2013

Euro #3 Malam Di Prague

Edit Posted by with 5 comments
Destinasi seterus nya selepas Nuremberg [sini]
ialah Prague yang terletak di Czech Republic

Sebelum acu ceritakan pasal Prague
acu tempek kan dulu gambar di LRT stesen, Old Town,
astronomical clock dan Charles Bridge





















Cerita nye nanti ye belum sempat nak mengarang......







Photobucket

Wednesday, February 27, 2013

Euro #2 Kota Lama Nuremberg

Edit Posted by with No comments
Alhamdulillah...akhir nya selamat landing di Frankfrut Airport, Jerman
Cuaca??? Fuuhhh!!! sejuk dan berangin tapi acu suka





Sementara menunggu bas datang, kami pakat-pakat kenduri kek lapis Sarawak
semua masih lagi dalam mood raya
maklum lah kami ke sana masa tu minggu kedua raya Aidil Fitri
so, nak hilang kan kempunan ada kakak-kakak yang bawa kuih raya



Hah kau!! tengah-tengah corridor airport tu jugak kami kenduri
kebetulan masing-masing perut dah lapar



Yeaayyyy!!!! Bas dah sampai..!!!!







Dari Frankfrut Airport kami di bawa ke Nuremberg
sebuah bandar yang terletak di Bavaria

Permandangan kiri kanan sepanjang jalan ke Nuremberg
tidak secantik di Holland atau Austria





Alhamdulillah dalam dua or tiga jam dalam bas (dah lupa)

kami selamat tiba di Nuremberg




Apa yang ada kat sini??


"The beautiful Old Town, which is the epitome of medieval charm, is nestled at the foot of the castle. It’s home to historical buildings, spectacular churches, one of Germany’s largest pedestrian areas and the traditional Hauptmarkt."




















Dah puas berjalan kat sini, kami singgah lunch di Tam Kebap Haus

sebuah restoran makanan halal milik orang Turkey



erk...satu kebab kena kongsi sebab besar

rasa nya sangat lah marvelous!!





Kami ke destinasi seterus nya selepas semua kekenyangan



To be continue.....










Photobucket

Friday, February 22, 2013

Cerita Tentang Istanbul

Edit Posted by with 3 comments
Teringat janji acu pada Hanie
nak cerita kan pasal pengalaman acu ke Istanbul
dan kebetulan pula kak Yan pun punya keinginan
nak ke Istanbul juga

Nie serba sedikit pengalaman acu ketika ke sana tahun 2009
dah lama wei....tapi insyaAllah acu masih ingat lagi sikit-sikit :)

Untuk pengetahuan Hanie, acu ke sana menggunakan travel agency
tapi lupa dah nama travel agency tu...hahahaa
pakej berharga kurang dari 6k untuk selama 12 hari di Turkey

Acu nak cerita pasal Istanbul je ye
sebab both memang nak ke Istanbul je kan??

Kami selamat mendarat di Istanbul pada 15 Mei 2009
menggunakan penerbangan Guff Air


Dari Istanbul kami terus ke Bursa, Pamukkale, Konya,
Capadocia, Ankara dan kembali semula ke Istanbul
nak baca cerita-cerita di setiap tempat tu boleh
godek-godek link kat sebelah kanan nie 
bermula daripada bulan Mei hingga Jun 2009

Dua hari kami di Istanbul kami menginap di Pianofonte Hotel




Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar
nak bershopping boleh jalan kaki je

Hari pertama di Istanbul kami dibawa ke Egyptian Bazaar
atau pun Spice Bazaar... mungkin sebab banyak rempah kot :)









Dari Egyptian Bazaar kami menaiki cruise menyusuri Sungai Bhosporus 
sungai yang memisahkan Turkey Asia dan Turkey Eropah



Sepanjang menyusuri Sungai Bhosporus nie
kita dapat lah melihat senibina bangunan yang berbeza 
di kiri kanan persisiran sungai
senibina Asia berbeza dengan senibina Eropah














Lepas menyusuri Sungai Bhosporus kami di bawa ke Camalica Hill
atau dikenali sebagai "Bukit Cinta"



Udara segar dan pemandangan sangat cantik
kita dapat melihat Istanbul dari puncak bukit












Kami juga menikmati makan tengahari di sini
makan sambil menghirup udara segar memang menyelerakan



Turun dari Camalica Hill kami di bawa ke Heapodrum
apa itu Heapodrum sila lah tanya pakcik Google ya..hehehehee










Dari Heapodrum kami berjalan kaki ke Masjid Sultan Ahmad
atau nama glemer nye Masjid Biru
merupakan tempat WAJIB dikunjung jika ke Istanbul



Lebih beruntung bila kita dapat solat kat dalam masjid nie
tapi masa tu rezeki tak menyebelahi acu :(











Hari kedua kami dibawa melawat ke Topkapi Palace
untuk peminat sejarah terutama Sejarah Islam
acu suggest kan untuk datang ke sini
pelbagai barang pameran keislaman dipamerkan





Tempat nye luas...acu kat sini cuma dalam 2 jam lebih je
so, memang tak dapat nak melawat semua nya



Dari Topkapi kami di bawa ke AyaSofya
atau ada juga orang sebut Hagia Sofia
nie tempat yang memang acu nak sangat tengok
dan nie pun tempat yang WAJIB orang singgah di Istanbul nie



Kenapa kena datang??
sebab tempat nie merupakan church yang ditukar menjadi masjid
tapi sekarang nie dah jadi tempat pameran je
nak tau lebih detail tanya pakcik Google :)







Tempat terakhir kami di Istanbul ialah Grand Bazaar
bazaar yang mempunyai lebih 4000 gerai di dalam nya










Tapi kan, kalau nak ikut kan murah lagi harga barangan yang dijual
oleh kedai-kedai di luar bazaar
mungkin sebab bazaar nie tempat tumpuan pelancong 
jadi harga nya tidak lah murah sangat
tapi seriously memang rambang mata tengok souvenir
yang dijual di sini....rasa semua nak

Dan peniaga nya pun...MasyaAllah hensem youuuuuuu
ana tergoda lah...hahahahaaaa



Tu lah serba sedikit cerita di  kota Istanbul
mungkin boleh memberi sedikit bayangan gurauan untuk Hanie dan Kak Yan
owh ya..!! nak ke Grand Bazaar nie boleh jalan kaki saja dari hotel acu tu
so, acu harap ianya dapat membantu ye :)

Rasa nya kalau pergi sendiri lagi banyak tempat yang boleh di explore
bila pergi dengan agensi biasa lah...kita terikat dengan jadual 
yang dah siap di susun so, tak banyak tempat yang kita dapat lawat







Photobucket