Ya Allah...korang baca tak paper metro ari nie?
eeeee.....sedih..marah...geram...semua perasaan ada
kisah pompuan yg menjahanam kan kaum nye sendiri
selepas terjerat dengan bomoh...
nie acu paste artikel dalam metro tu
Pelaris makan diri
PETALING JAYA: Dia cuma mahu mendapatkan pelaris daripada
seorang bomoh warga asing bagi memajukan perniagaan
kedai makan yang baru diusahanya bersama suami.
Wanita beranak lima itu tidak menyangka bomoh terbabit sebenarnya
pakar pembelit yang mampu memperalatkan pelanggan menurut perintahnya.
Ketika berurusan mendapatkan pelaris, mangsa berusia 42 tahun bukan
saja diarah membekalkan gadis jelita untuk menjerat lelaki kaya dan
dijadikan hamba seks bomoh itu, malah menjadi punca dia bercerai dengan suami.
Mengimbas peristiwa hitam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rasyidah,
berkata dia bersama suami berjumpa bomoh berkenaan, Mac tahun lalu,
ketika baru memulakan perniagaan kedai makan.
“Apabila mendapat tahu bomoh itu boleh menyediakan pelaris, kami bertemunya.
Dia memberikan tiga botol minyak pelaris setiap satu berharga RM240.
“Kami diminta mencampurkannya dalam air mandian yang didakwa bomoh itu
boleh menyebabkan kami kelihatan berseri, sekali gus
menarik minat pelanggan ke gerai,” katanya.
Bagaimanapun, beberapa minggu selepas pertemuan itu, sikap Rasyidah
berubah menjadi terlalu bencikan suami dan sering teringatkan bomoh terbabit.
Pertengkaran demi pertengkaran akhirnya menyebabkan mereka bercerai,
September tahun lalu.
Bomoh itu menabur kata-kata manis mengajak Rasyidah berkahwin.
“Disebabkan saya enggan berkahwin dengannya, saya diikat dengan
sumpahan supaya memperkenalkan gadis jelita kepada bomoh itu
untuk ditidurinya selain menjerat lelaki kaya.
“Saya memperkenalkan enam gadis, termasuk dua rakan sekerja
berusia 22 hingga 36 tahun. Mereka diperbodohkan dan menjadi tempat
melampiaskan nafsu serakah lelaki terbabit,” katanya.
Menurut Rasyidah, bekas suaminya tidak putus-putus bersolat memohon
pertolongan Allah membuatkannya menyedari melakukan dosa besar
menganiaya gadis terbabit.
“Bekas suami turut berjumpa beberapa ustaz dalam usaha memulihkan
saya daripada sihir serta kembali kepada keluarga,” katanya yang sudah
merujuk dengan suaminya pada 2 Februari lalu.
Rasyidah bersyukur suaminya masih mahu menerimanya walaupun dia
mengaku segala perbuatan buruk dengan bomoh terbabit, termasuk terlanjur.
Kini, dia dihantui penyesalan amat sangat kerana tindakan memperkenalkan
enam gadis kepada bomoh itu menyebabkan mereka menjadi hamba
seks selain diperalatkan menjerat lelaki kaya dengan keuntungan
diberikan kepada lelaki terbabit.
Berikutan itu, dia bertekad membongkar keburukan bomoh berkenaan
sehingga diugut lelaki asing itu.
Ini membuatkan Rashidah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
“Bomoh itu mengugut akan memusnahkan kehidupan saya sama ada
cara ‘kasar atau halus’ tapi saya tidak gentar dan mengatakan kepadanya saya
hidup dan mati kerana kekuasaan Allah.
“Hampir setiap malam saya menangis mengenangkan perbuatan syirik
dan keji sebelum ini. Saya berdoa semoga Allah mengampunkan dosa saya serta
memberikan balasan setimpal kepada bomoh itu,” katanya yang tidak mahu
lagi berurusan dengan sebarang bomoh.
Dia cuba menyelamatkan keenam-enam gadis terbabit, tetapi hingga kini gagal
disebabkan pengaruh bomoh itu masih kuat menyelubungi mereka.
ntah la ek...mungkin masa dia lakukan perbuatan tu dia dalam keadaan tak sedar
di bawah pengaruh bomoh tu agak nye
tapi sedih nye acu kenang kan nasib kawan2 dia yg dijadi kan mangsa bomoh tu
dia tak pe lah dapat rujuk semula dgn suami dia

tapi diaorang tu????kesian nye.......
Acu sayang
ReplyDeleteinilah jadinya....
mempercayi bomoh lagi daripada Allah.
tu la tu...
ReplyDeletetp acu sian dgn nasib kwn2 dia
salam acu, kekadang pelik tengok orang berniaga yang sibuk cari pelaris.. cuba buat bisnes betul2, mesti laku punya walaupun tanpa pelaris.. ni lah padahnya..
ReplyDeleteTak perlu cari bomoh nak dijadikan pelaris. Air tangan isteri dah cukup untuk melariskan hubungan dengan suami, senyum beradap, berbudi bahasa berpada2 dapat melariskan kita dengan persekitaran. Mengapa perlu terasa kekurangan diri, gali sebaiknya barulah bertemu kekuatan dan kelebihan diri.
ReplyDeleteBila membelakangkan agama...
ReplyDeletelu pikir la sendirik...
hehee..
sama2 beringat..
:p
Acu amek ler award dlm blog abe...
ReplyDeleteklu tak sudi..abe pakse sudikan jugak..
wajib..
ngehngeh...
:p
mmg ramai kan org melayu ni, nak meniaga..mesti pi cari pelaris...
ReplyDeletentah betui ka dak bg laku tuh..