Thursday, December 16, 2010

Hari Asyura - Teringat Bubur Asyura Air Tangan Mak

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini 10 Muharram 1432H merupakan Hari Asyura
amalan yang disunatkan pada Hari Asyura salah satu nya
ialah berpuasa sunat..

Kawan-kawan ada yang berpuasa tak hari ni?
acu?? insyaAllah puasa...
sebenar nya acu tak ingat pun yang hari ni 10 Muharram
tapi Alhamdulillah malam tadi kakak acu sms acu ingatkan

Selain daripada berpuasa sunat, acu senaraikan kat sini
perkara-perkara sunat yang lain yang boleh dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat:
“Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala.”
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sumber Bahan [sini]




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

2 comments:

  1. bagus....
    ada yang mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. mie::

    kita manusia memang mudah lupa..
    sesekali perlu diingatkan...

    ReplyDelete