Followers

KLIMS 2010

Monday, December 13, 2010

Sabtu lepas acu ke KL International Motorshow a.k.a KLIMS di PWTC
bersama dengan 4 orang anak saudara acu; Amzar,
Afikah, Ashraf & Farhan

Park kereta kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan
naik Star LRT terus ke PWTC...kami sarapan di The Mall
ramai betul lautan manusia kat PWTC
maklum lah sabtu tu merupakan hari kedua terakhir

Sebelum masuk ke Dewan Pameran masing-masing sibuk mengisi borang
untuk cabutan bertuah...mana lah tau ada tuah untuk menang Toyota PRIUS
hehehee....tinggi betul angan-angan...

Tapi tahun ni tak banyak kereta yang dipamerkan
tak seperti tahun-tahun sebelum ni
tarikan utama yang acu nak sangat tengok tentu nye lah
kereta Bumblebee atau chevrolet camaro...

Antara kereta yang dipamerkan untuk KLIMS 2010 nie::

Selain daripada kereta, motosikal juga turut dipamerkan di sini
antara motosikal yang ada di pameran ni::

Bukan itu saja, kita boleh juga menjamu mata melihat gadis-gadis cantik
yang dijadikan sebagai daya penarik setiap booth yang terlibat

Acu turut tak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan
"Bumblebee" & "kereta Batman"

Dan yang paling best, acu dapat lukisan yang dilukis khas
oleh pereka grafik Perodua...
niat di hati nak minta dia lukis kan kereta "Lotus R3" acu
hehehee...tapi kena sedar diri la kan...hehehe

terima je lah apa saja yang dia lukis...
siap suruh sorok kan takut pengunjung lain nampak...
terima kasih ye bang...

Penat berjalan & cuci mata kat KLIMS kami ke KLCC
berhajat nak tengok wayang tapi batal sebab manusia ramai sangat
jadi, kami cuma mengisi perut yang dah merayu minta di isi
lepas makan, jalan-jalan sekejap kat KLCC
terus ambil LRT balik....PENAT & HAPPY!!!!





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

2 xoxo:

kakcik said...

Rendah betul Esprit tu, ya? :)

@cu SaYaNg said...

kakcik::

a'ah...tapi rendah lagi Lekiu rasa nye