Saturday, December 18, 2010

Lunch With Girls

Edit Posted by with 2 comments

Seperti yang acu bagitahu dalam entri sebelum ni
acu nak keluar dengan BFF acu...
pukul 12 tengahari semalam, Shazlin datang ambil acu kat pejabat
kemudian kami terus bergerak ke destinasi yang di janjikan..
Alhamdulillah jalan tak sesak sangat...sampai dalam pukul 12.40
terus ke Restoran yang dijanjikan...

Semalam kami lunch di Restoran Jom Priok & Sedap Deli
apa yang best kat sini??? kami nak cuba steamboat nya
tapi sebenar nya banyak lagi makanan lain yang boleh dipilih
ada masakan barat & juga masakan Thai

Untuk memudahkan kami, semalam kami pilih Double Combo Set
dan kami pilih Set D; Siew Meal Lover untuk set Dim Sum
set Dim Sum didatangkan dengan 3 gelas air sirap limau
memandangkan kami datang berempat jadi tambah 1 lagi sirap limau

Ada 8 pilihan sos untuk dimakan dengan steamboat nie
pilih saja mana mahu...ikut selera tekak masing-masing

Selain daripada pilihan set macam kami pilih tu
kat Jom Priok nie juga ada sediakan buffet steamboat
tapi mula nya pukul 5 petang...

Memandangkan si Shazlin ni datang dalam keadaan perut kosong
steamboat tu tak cukup jadi, dia order spagheti untuk tambahan

Bila dah berjumpa, lama kami berborak...ketawa tak ingat
macam kat rumah sendiri saja....hahahaha
tapi sayang sebab Yuzie tak dapat join dia ada hal di Cyberjaya

Tak mengapa lah..tak ada rezeki nak jumpa semalam
insyaAllah next perjumpaan 28 Januari 2011
masa tu jumpa sambil celebrate birthday...hoyeeeeeeeee





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

2 comments:

  1. tak pernah pandai nak pilih steamboat... agaknya bila2 entah nanti tekak gatal2 mengidam bolehlah ajak Acu ye...

    ReplyDelete
  2. kak kujie::

    boley je kak...no prob nye..hehehe

    ReplyDelete