Thursday, September 15, 2011

Syawal Ke-16 : Reunion Kakak-Kakak Nakal

Edit Posted by with 2 comments

Semalam bertempat di Bangi Golf Resort, Bangi diadakan jamuan raya untuk
salah satu persatuan yang acu join kat UPM nie
emmm...BGR nie tempat acu berbuka puasa dengan EE aritu..[klik sini]

Seperti yang tertulis dalam entri bulan puasa tu
makanan kat sini biasa-biasa saja...tak ada yang marvelous
nie antara juadah yang sempat acu jamah semalam

Photobucket

Sate...menu yang paling laris...letak kejap je pastu abis

Photobucket

Photobucket

Acu suka pergi jamuan persatuan nie sebab dapat berjumpa
dengan kakak-kakak yang nakal-nakal nie semua

Photobucket

Kalau travel, nie antara muka-muka yang wajib ada...
suka travel dengan diaorang sebab diaorang nie semua sporting
yang duduk 2 dari kiri tu..Dr.Fatimah..ex-boss acu dulu
acu sangat berterima kasih dengan dia kerana dia acu dapat naik pentas
untuk Anugerah Pekerja Cemerlang untuk tahun 2008 [klik sini]

Masa-masa macam nie lah baru dapat berkumpul semua
kalau tidak, susah nak jumpa sebab masing-masing sibuk
bila sesekali berkumpul...gamat dunia
boleh terbalik dewan dengar ketawa semua...

Majlis selesai dalam pukul 2.30petang....

Sebelah malam acu ke rumah sahabat acu merangkap jiran acu; Sri
dia buat kan mee bandung Muar...sedap...
nak kena belajar dengan dia nie....hehehheee

Photobucket


Melayan anak dara sulong dia; Safiya
tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10 malam
malu betul lepak rumah orang lama-lama...hehehehe






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

2 comments:

  1. seronok jumpa org yg sekepala..boleh gelak mengekek panjang2 heheheh

    ReplyDelete
  2. Majlis Raya lah antara tempat gathering yang paling best sebab boleh jumpa kengkawan yang lama dan jarang jumpa. Masa tu duduk 2,3 jam pun rasa sat sajaaa...

    ReplyDelete