Friday, January 20, 2012

Tazkirah:: 9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Edit Posted by with No comments

Artikel di petik dari kotak email acu

Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat,
malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya
orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat
dalam sains dan teknologi mendahului Barat.

Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas
dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi
menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah
yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama
lebih dari 500 tahun.

Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing
menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan
jahitan pada luka.

Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi,
kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9.

Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam.
Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai
oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki,
tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah,
kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.


3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba
membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka
sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung.

Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi
untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi
inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.


4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi
mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko.
Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan
menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi
selama 1.200 tahun kemudian.

Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah
inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara
akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.


5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik
terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’,
yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing'.

Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang
mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan
gelombang magnitud.

Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi
juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan
yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang
dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM,
Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi
cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan
Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri.

Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran
kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat
dengan hubungan antara optik dan otak.


7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah.
Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah
adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik moden juga
dikatakan berasal dari alfabet Arab.


8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan
penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting
pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas.

Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. Takal / Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali
berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem.
Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus,
pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah.

Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12,
kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.





Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

0 xoxo:

Post a Comment