Tarikh Kejadian: 16-12-2011 (entri Tertunda)
Pertama kali acu bawa rombongan seramai 11 orang
rombongan terdiri daripada 2 orang kakak dan selebih nya anak2 saudara
destinasi pilihan kami ke Bandung, Indonesia
kali ketiga acu ke Bandung untuk tahun 2011 nie...hehehehee
Tapi gambar kat atas nie tak cukup semua
Riuh rendah dengan senda gurau diaorang
semua nya excited tak sabar nak fly
maklum lah kebanyak kan nya diaorang baru
pertama kali nak merasa naik kapal terbang
Ya..acu pun teruja sebab dapat melancong ke luar
beramai-ramai dengan family
selalu acu melancong dengan kawan-kawan
dengan family hanya bercuti dalam Malaysia saja
Kami berlepas dari LCCT jam 3.30 petang
segala urusan untuk check in acu yang uruskan
sebab acu yang paling berpengalaman dalam hal-hal Air Asia nie
Alhamdulillah selepas dua jam lima minit penerbangan
kami selamat sampai di Bandara Husein Sastranegara, Bandung
cuba tengok muka-muka keriangan semua nya..termasuk dengan acu
Selepas hampir satu jam lebih beratur untuk urusan imegresen
Alhamdulillah semua nya tak ada masalah apa-apa
van pariwisata (van pelancong) sudah siap sedia menunggu
Kami tak terus ke hotel sebalik nya kami memilih untuk
ke Terminal Tas...shopping you..ahaks !!!
Dari Terminal Tas kami langsung ke Branded Factory Outlet
kalau tadi shopping beg dan kasut
sekarang masa untuk shopping baju pula
tengok, baru satu malam duit dah keluar 30%...hahahahaa
Sudah hampir jam 9 malam (waktu Indonesia)
acu minta pak supir bawa kami makan
restoran pilihan malam tu Karamba Sundanese Bistro
salah satu restoran yang terkenal dengan masakan Sunda
Pelbagai pilihan makanan ada kat sini dengan harga yang berpatutan
dan jangan tak tahu, Karamba nie antara restoran pilihan
rakyat Malaysia kalau ke Bandung
Perut dah kenyang..badan mula terasa penat
mata dan minda minta di rehat kan
jadi kami terus saja ke hotel
lagi pula, jam 9 malam semua factory outlet dah tutup
Hotel penginapan kami di Hotel Patradisa
tempat yang sama acu menginap sebelum nie
hotel yang terletak betul-betul di tengah bandar
hanya 500 meter saja dengan Pasar Baru
Habis sudah hari pertama kami di Bandung...zzzzzZZZZZZZZZ
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Thursday, December 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kakak belum pernah melancung dgn keluarga seramai begini acu... mesti meriah dia lain macam kan sebab di negara org tapi lingkungan keluarga sendiri. syoknya....
ReplyDelete