Hari nie dah 30hb...esok pula 31hb
sekejap saja dah nak habis tahun 2011
tahun baru bakal menjenguk
Bila tiba tahun baru, azam pun kena baru
umur pula meningkat setahun
wah!! dah semakin tua...uhuk
Acu suka nak menyorot kembali apa yang berlaku
sepanjang tahun 2011 dalam hidup acu
JANUARI
28hb tarikh penting dalam hidup acu...my BIRTHDAY!!!
tahun nie acu sambut birthday dengan Girlfriends acu [sini]
sambut dengan Girlfriends dulu baru sambut dengan EE..hehehehe
Thanks so much Girlfriends (Lin, Mas dan Wanie)
love u all so much...friends foreva..insyaAllah
acu sempat pulang ke "kampung"...Ho Chi Minh City
pulang seorang diri tanpa ditemani sesiapa [sini]
kali pertama acu ke HCM City seorang diri
Alhamdulillah acu selamat pergi dan selamat kembali :)
FEBRUARI
Tak ada yang menarik berlaku di bulan Februari nie
masa acu banyak dihabis kan di pejabat
nak selesai semua kerja sebelum acu bercuti bulan Mac
Sempat celebrate birthday untuk ke sekian kali nya
(walau pun dah sebulan berlalu...hehehehehe)
dengan EE dan BFF kepada EE di Marciano's di Jalan Ampang
tapi restoran nie dah tutup sekarang [sini]
MAC
Alhamdulillah acu berkesempatan menunaikan Umrah pada 6 Mac 2011
acu ke sana bersama emak, kakak, abang + isteri
[sini, sini, sini, sini dan sini]
ini kali kedua acu menjejak kan kaki ke Tanah Suci
selepas pertama kali menunaikan Haji tahun 1988 [sini]
terlalu banyak perubahan yang berlaku di Madinah dan Kota Mekah
InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki acu akan ke sana lagi :)
APRIL
Acu mula "terjebak" dengan dunia "Spender Cantik"
hehehehe...Pertandingan Bina Badan lah [sini]
nie gara-gara EE dan kawan-kawan nya gila
membina otot-otot dalam badan diaorang
MEI
Ho Chi Minh lagi...sekali lagi acu terbang pulang ke "kampung"
kalau bulan Januari acu terbang sorang
kali nie acu ditemani kakak [sini]
Mei juga bulan di mana kakcik kehilangan ayah nya
(Al-Fatihah untuk arwah) [sini]
Menyaksikan Pertandingan Bina Badan untuk kali kedua
Mr Klang Parade..kali nie kawan EE pun ada yang join [sini]
Layan konsert Wings Opera Hidup di Istana Budaya
sesuatu yang sangat sangat menghiburkan [sini]
best gile!!! hilang tension dapat nyanyi dalam IB..hahahhaa
thanks so much to Suria sebab belanja acu ;)
Jun
Merantau ke Indonesia...bermula dari Jakarta
kemudian ke Bogor, Puncak, Tasek Malaya
dan seterusnya ke Bandung
[sini, sini, sini, sini, sini dan sini]
Sesungguh nya ianya satu pengalaman yang tak dapat acu lupakan
pertama kali merantau ke pelusuk kampung di Indonesia
melihat sendiri life style orang sana
Walau pun sekejap tapi acu puas
dapat juga la menikmati dangdut asli Indonesia
dan ikut serta Pesta Rakyat di sana
merasa naik Angkut atau Angkutan Kota (van sapu)
selain daripada dapat menikmati pelbagai jenis
makanan asli Indonesia
Seperti biasa tak pernah ketinggalan
menyaksikan perlumbaan Super GT di Sepang [sini]
Paling best tahun nie sebab acu dapat jumpa
dengan Raja Drift Jepun!!!
Untuk kesekian kali nya acu pulang ke "kampung" acu
Ho CHi Minh City....seorang diri saja [sini]
nie kepulangan terakhir ke HCM City untuk 2011
JULAI
Mendapat hadiah hand phone Blackberry
daripada Uncle Enny yang acu kenal di Airport Vietnam [sini]
Thanks so much uncle...acu masih berhubung dengan Uncle Enny lagi
Pertama kali juga acu menjejak kan kaki ke Pulau Pangkor [sini]
teruja..!!! tapi tak dapat nak gelap kan kulit
sebab sekejap sangat kat sini..cuma 2 hari 1 malam saja
Selain itu, Julai juga musim bola
bermula dengan Malaysia lawan Liverpool [sini]
kemudian Malaysia lawan Chelsea [sini]
berakhir dengan Malaysia lawan Singapura [sini]
OGOS
Bulan Merdeka Raya...!!! [sini, sini dan sini]
Pasti nya seronok bila balik beraya di kampung tercinta
juga berkesempatan menyambut birthday anak saudara acu
yang lahir nya pada Hari Merdeka [sini]
SEPTEMBER
Banyak memenuhi undangan rumah terbuka
OKTOBER
Sekali lagi acu menjejak kan kaki ke Bandung, Indonesia
pergi ke sana menemani kakak dan anak saudara acu [sini,sini dan sini]
Menghabis kan hujung minggu di Litar Sepang
menonton perlumbaan Moto GP [sini]
yang mana penunggang team Honda; Simoncelli
meninggal dalam pelanggaran dengan Edwards dan Rossi
Pertemuan blogger di rumah Kakcik akan acu kenang
sampai bila-bila....pertama kali acu SOMBONG
susah nak bertegur sapa dengan kawan-kawan
semua gara-gara perut meragam...aduih [sini]
NOVEMBER
Bulan cinta acu dan EE [sini dan sini]
tahun nie genap 15 tahun hubungan kami
doakan yang terbaik untuk kami berdua ya...
DISEMBER
Bandung menjadi pilihan untuk acu menghabis kan
sisa-sisa cuti di tahun 2011 nie bersama keluarga
[sini, sini dan sini]
Menguruskan rombongan seramai 11 orang bukan sesuatu yang mudah
buat acu tambahan pula bawa budak-budak
pengalaman yang berharga nie...dah boleh jadi tourist guide
mungkin pekerjaan selepas pencen...hahahahaa
Juga bulan yang menjadi saksi pada majlis pertunangan
anak saudara acu; Hetty dan pasangan nya Meor [sini]
Kesimpulan untuk tahun 2011 nie seperti kata Kak Azie kat [sini]
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Banyak sungguh kenangan Acu untuk tahun 2011.
ReplyDeleteBagi kakcik, pemergian bapa kakcik ke Rahmatullah adalah kenangan yang sering merenggut airmata ini... Semoga rohnya bersemadi dengan aman di sana. Al Fatihah.
SALAM,
ReplyDeleteOH berada di sana sini .. Sampai terlepas perjumpaan di BBB. Tapi tak mengapa, sebelum tu, Acu ada datang ke rumah LF . Mendoakan tahun2 mendatang lebih bermakna utk Acu
suka tgk acu...hepi hepi je orangnya., salam 2012.
ReplyDeleteACU mana boleh gelapkan kulit. Dah semulajadi putih gebu. Jangan la dok buat pasal... hehehehe
ReplyDeletepadatnya aktiviti acu, seronok ye
ReplyDeleteakak je yg bergelumang dgn kerja, anak anak rumah tempat kerja anak anak
besnya banyak berjalan....!
ReplyDeleteSelamat tahon baru, babe!
SALAM,
ReplyDeleteSekali lagi singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.
kakcik::
ReplyDeleteTu lah...tahun nie tahun yg paling banyak ke luar...cuti tahunan memang habis terus..langsung tak berbaki..hehehe
LF::
ReplyDeleteTu lah..nasib baik acu ikut kakcik & the gang ke rumah uncle sebelum tu
kalau tidak, memang tak berjumpa la kita :)
PCL::
ReplyDeletehidup kena ceria..baru muda sentiasa..hehehee
azieazah::
ReplyDeletesesekali teringin gak nak tengok kulit nie gelap...hehheee
kasihibu::
ReplyDeletehidup orang bujang gak...kena la banyak kan aktiviti..kalau tidak confirm rasa bosan je
Gedek::
ReplyDeleteSelamat tahun baru untuk uncle juga
thanks :)
LF::
ReplyDeleteSelamat tahun baru untuk uncle sekeluarga juga :)