Monday, January 24, 2011

Bengkel Personaliti Cantik, Sihat Oleh Marissa Esthetic

Edit Posted by with 8 comments

Semalam acu menyertai Bengkel Personaliti Cantik, Sihat
bertempat di PNB Darby Park Hotel, KL
anjuran Klinik Marissa Esthetic, Semenyih...
cantik ke?? sebab tak cantik lah acu join bengkel ni..hehehee

Bengkel bermula pada jam 9 pagi
sementara nak tunggu bengkel mula
ada sesi make up oleh produk KISS
produk yang menggunakan 100% bahan mineral
atau dalam bahasa yang mudah nya produk make up dari batu alam
tu menurut jurucakap nya lah...batu apa tu tidak pula lah acu tanya

Tapi kata nya tidak ada langsung bahan kimia dalam alat solek nya
katanya sangat sesuai untuk orang yang memgalami kulit sensitif
dan produk ini hanya boleh didapati di klinik-klinik kulit yang terpilih
termasuklah di Marissa Esthetic..harga satu set alat solek tu RM755 :)
berbaloi harganya sebab tiada tarikh luput...maklum lah ianya mineral
nak wariskan kepada anak cucu pun boleh...hehehee

Ceramah pertama dimulakan oleh Dr.Rushmini Maris
menceritakan mengenai antiaging & kegemukan
ceramah kedua pula oleh Dr.Shaharom mengenai seks
atau lebih tepat nya wanita & seks...

acu tertarik nak join bengkel ni selepas membaca
artikel-artikel yang ditulis oleh Dr.Rushmini dalam sisipan Kesihatan
dalam akhbar Mingguan Malaysia setiap hari ahad...
banyak masalah mengenai berat badan & masalah kulit
yang berjaya diselesaikan oleh Dr.Rushmini

Dalam bengkel semalam kami didedahkan mengenai punca
seseorang menjadi gemuk..antara masalah utama adalah
disebabkan hormon..samada terlebih hormon atau pun tak cukup hormon

Selepas ceramah kami dibahagikan kepada kumpulan kecil
mengikut masalah yang kami hadapi samada masalah kegemukan
atau pun masalah kulit..dan seorang Fasilitator ditugaskan untuk
mengetahu & menceritakan lebih lanjut mengenai masalah yang kami hadapi..

Fasilitator kumpulan acu ni namanya Kak Vivi
dulu dia pun pernah mengalami masalah kegemukan nie
berat dia pernah mencecah 90kg pada 3-4 bulan yang lepas
untuk semalam berat dia tinggal 65kg...banyak kan turun???
daripada 90kg menjadi 65kg cuma dalam masa 3 bulan sahaja
dia sebenar nya antara orang yang mencuba rawatan yang
ditawarkan oleh klinik Esthetic ni...

Penutup kepada Bengkel ini adalah penyampaian sijil


Sebelum bersurai makan dulu...hehehehee
memandangkan semalam acu pergi seorang diri saja
so, acu kenalah cari kawan baru...

Kak Faridah, kakak yang setia dengan acu ni dari mula acara hingga habis
cuma berpisah waktu aktiviti kumpulan saja...
merupakan seorang persara guru...lembut saja orang nya..

Ni door gift yang acu dapat semasa bengkel semalam

Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
rawatan Esthetica ni atau pun berminat untuk mendapatkan rawatan
di klinik Marissa Esthetic boleh lah klik kat [sini]





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

8 comments:

  1. Bestnya.... nak tahu cara nak kuruskan badan lah Acu... share lah... hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya ACU dapat peluang attend seminar camnih. Kak Azie pun minat seminar tp biasanya seminar tntang sastera jer. Hehehehe..

    Bagus, tambah ilmu juga tambah kenalan.

    ReplyDelete
  3. Lepas ni mesti chun melecun ni! Pastu ajar kat kita orang pula ye.

    ReplyDelete
  4. Azmask::

    nak kurus kena le pegi klinik Marissa tu...hehehee

    ReplyDelete
  5. kak azie::

    memang acu minat seminar kesihatan macam nie tapi selalu saja tak kena pada masa nya...

    ReplyDelete
  6. En.Red::

    oits..selama nie acu tak cun ke??
    uwaaaaaaaaaaaaaaaa...hehehe

    ReplyDelete
  7. akak pon dh lama berminat ngan rawatan marissa neh psl dier based on hormon bdn kita kan? tp, tgk kosmetik dier pon dh mahal tuh, rawatan dier cemanalah agaknyer...

    ReplyDelete
  8. akuzle::

    rawatan utk kurus kan badan dalam 3k++ untuk treatment 3 bulan...tak mahal pun kak compare dengan pusat pelangsingan lain

    ReplyDelete