Wednesday, January 19, 2011

Rezeki Terpijak Kah???

Edit Posted by with 9 comments

Bercerita mengenai rezeki terpijak
pasti ramai yang dah tahu mengenai kemalangan di Negeri Sembilan
yang melibatkan kereta pacuan 4 roda yang terbalik
mengakibatkan RM74,000 duit syiling bertaburan di jalan
banyak kenderaan yang berhenti untuk mengutip syiling tersebut


Pagi tadi pun boleh dengar macam-macam cerita mengenai
rezeki terpijak ini daripada pemanggil di radio "panas"...
acu nak kongsikan pengalaman mengenai cerita ini

Masa acu budak-budak dulu..dalam umur lebih kurang 5 tahun
ada berlaku kemalangan jalanraya di depan rumah acu
kemalangan yang melibatkan lori ikan...
bertebaran ikan-ikan di atas jalan raya depan rumah acu tu
pelbagai jenis ikan...daripada ikan siakap hingga lah ikan tenggiri

Memang ramai lah penduduk kampung kampung yang
mengambil kesempatan mengutip ikan-ikan yang berkaparan tu...
maklumlah rezeki terpijak kan...boleh buat stok untuk seminggu
atau mungkin sebulan...

Bukan tu saja, ada juga penduduk yang mengutip ikan-ikan tu
kemudian menjualkan nya semula di pasar...
menjadikan rezeki nya bertambah lagi lah...untung 100%

TAPI disebabkan kemalangan tu lah membuatkan emak acu
TAK MAKAN semua jenis ikan-ikan yang terlibat dalam kemalangan tu
walau pun kemalangan tu berlaku lebih dari 2 dekad yang lalu
"kembang tekak" kata emak acu...hehehehee


Nak tahu sebab apa??? jeng...jeng...jeng...


Sebab lori ikan tu berlanggar dengan LORI NAJIS
erk...kembang pula tekak acu bila teringat balik...


p/s:: gambar di ambil dari Berita Harian Online





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

9 comments:

  1. hahahha.. ni yang kecoh dalam berita hari ni.. hahahhaa.. giler kentang. Byk betul duit syiling

    ReplyDelete
  2. Kenapa depa banyak siling banyak sangat? Lori bank ek?

    uishhhh kalu segenggam ada RM5, 10 genggam dah berapa?

    Makcik Kayooo!!

    ReplyDelete
  3. keh keh keh, sekali lori najis daaaa..."Ala aiya, apa susah, kasi cuci cuci, dia hilang laaa, tak mo bising bising la, sekarang orang semua mau tido" - Seniman bujang Lapok koh koh koh

    ReplyDelete
  4. hahah..banyak tuh..nape la x lalu ctuh jgk kan????hihihi..

    ReplyDelete
  5. sawn::

    tu la pasal...74k tu..iskh..

    ReplyDelete
  6. kak azie::

    bukan lori kak..keta pacuan 4 roda ja pun..duit dok dalam kotak tak salah acu..tak tau lah dia amik or dapat daripada mana duit tu..

    ReplyDelete
  7. En.Red::

    eeeeeeeeeee....geli geleman nak makan walaupun dah basuh...eeeeee

    ReplyDelete
  8. midiaida::

    tu nama nye x de rezeki..heheheee

    ReplyDelete
  9. salam @cu

    kesian kat owner ikan tu kan..dah la ikan kene curik pastu kena tah** pulok tuh..mesti sampai anak cucu cicik cerita tu disampaikan secara lisan oleh orang kampung, contohnyeee;

    ehh dulu bukan lori ikan pak mat ke langgar lori najis mughalazzah
    ye la..abis semua ikan kene kebas,pak Mat pulok kena mandi ngan tahik hahahahah

    ReplyDelete