Monday, January 10, 2011

K.E.C.E.W.A & H.A.M.P.A Namun Tetap S.Y.U.K.U.R

Edit Posted by with 4 comments

Semalam acu ke Stadium Putra Bukit Jalil
untuk menyaksikan AJL yang ke-25
pergi dengan semangat berkobar-kobar
dengan harapan rezeki menyebelahi dia

Acu ke sana dengan JD; juga seorang blogger
tapi dah jadi sahabat dah sekarang ni..Alhamdulillah
mungkin kerana kami banyak persamaan kot..
tu yang senang saja jadi sahabat...

Kami sempat la juga layan Red Carpet sebelum acara berlangsung
tapi tak layan sampai habis pun sebab nak kena masuk stadium

Keseluruhan perjalanan AJL kira lancar lah
persembahan pembukaan sangat best...
terutama nya M.Nasir..enjoy gile!!

Persembahan artis yang bertanding pun best
dan semesti nya lah persembahan Faizal Tahir
paling kami suka...dan Alhamdulillah
dia berjaya memenangi PERSEMBAHAN TERBAIK

Persembahan penutup pun tidak mengecewakan
meremang bulu roma dengar suara 3 DIVA tu
terutamanya suara Kak Pah & Ziana Zain

Acu tak tau penonton kat rumah dapat lihat atau tidak
aksi "ahkak ziana no 2" yang kedua..
tapi apa yang pasti stadium gamat dengan aksi
"ahkak ziana no 2" meniru gaya & menyanyi bersama dengan Ziana Zain

Stadium mulai kosong sebaik saja diumumkan Juara untuk AJL 25
sungguh acu tak tipu..majoriti penonton keluar stadium
sebaik saja nama juara di umumkan...
dan rata-rata nya keluar dengan perasaan tak puas hati
penuh dengan persoalan termasuk lah kami berdua

Tapi ya..siapa kita nak meragui keputusan juri
kata nya kan juri profesional..jadi, mereka lebih tahu
dan selebihnya orang akan cakap "sudah rezeki dia"...

Entah lah tak tau nak komen apa
tapi yang pasti nya hingga ke saat entri ni ditulis
acu & majoriti penonton pada malam tadi memang
masih terasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut

Apa-apa pun "ahkak ziana no 2" jugak yang BEST...
tabik lah dengan ahkak...

Owh ya..acu nak ucapkan banyak-banyak terima kasih
pada ESS dari Rockensteiners Club yang bagi acu 2 pass AJL ni
tanpa kamu tak dapat lah kami bersorak bersama malam tadi



p/s:: some pics credit to JD




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

4 comments:

  1. saya dah agak..mesti akak ziana no 2 tu datang punye...hihihi~

    dia tu mmg peminat setia ziana zain tu....

    ReplyDelete
  2. saya tgk kat umh sambil layan mee hailam... hehehe

    ReplyDelete
  3. GB::

    memang pun...sebelum nie acu dah banyak kali berjumpa dgn dia di setiap event yg ada kak Ziana baru sekarang terasa nak bergambar dgn dia..heheee

    ReplyDelete
  4. NM02::

    perasaan nya tak sama seperti di stadium..heheheee

    ReplyDelete