Pejam celik...pejam celik...dah hujung tahun dah
hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2010
lagi beberapa jam saja lagi kita akan menyambut tahun baru
Emm...apa yang menarik di tahun 2010 ya???
jom kita sorot kembali sama-sama ya...
Januari::
Bulan kelahiran untuk acu...tahun ni jauh acu sambut birthday
nun jauh di Negeri Di Bawah Bayu...Sabah bah...
dan tu juga lah kali pertama acu menjejak kan kaki ke Sabah
dan nie juga pertama kali acu bersua muka dengan Kak Echah
Februari::
Acu sambut birthday bersama keluarga tersayang di kampung...
seperti tahun-tahun sebelum ni, kakak acu akan buat kan kek
dan pasti nya ada masakan special untuk kami sekeluarga
terasa seperti menjadi acara tahunan pula...hehehehee
seronok sebab semua adik beradik acu balik berkumpul....
Mac::
Memulakan percutian acu untuk tahun 2010 ke Bandung, Indonesia
ni juga pertama kali menjejak kan kaki ke Indonesia
acu ke sana bersama dengan kakak-kakak yang sama pejabat dengan acu
Berita sedih yang acu terima pada bulan ni..
kawan sekelas acu semasa di ASTECH dulu; Arwah Yusri
meninggal dalam kemalangan di sebuah stesen minyak di Cheras
April::
Sekali lagi acu berpeluang ke SIC menonton F1 seperti tahun-tahun sebelum ni
terima kasih ya Mr.EE...sayang yu...ahaks...
kali ni acu bawa anak saudara acu; Anuar...teruja betul dia..hehehe
Mei::
Negara kedua yang acu kunjungi untuk tahun 2010 ialah Vietnam
pertama kali menjejak kan kaki ke Bandar Ho Chi Minh terus jatuh cinta
Balik dari Vietnam, acu bersama dengan seorang blogger; JD
ke Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL...
walau pun kepenatan tetap teruja & enjoy dengan showcase tu
dan acu dapat kenalan baru dan terus kekal hingga sekarang
Jun::
Sama seperti tahun lepas, Super GT kembali mengaum di SIC
dan semesti nya lah acu pun turut sama ke sana
kali ni acu tak keseorangan, acu ditemani 3 orang anak saudara acu
Julai::
Bermula hujung bulan Jun hingga lah ke awal bulan Julai
acu banyak menghabiskan masa acu bersama anak-anak saudara acu
acu juga ikut diaorang layan Final World Cup di Dataran Merdeka
tapi sampai separuh masa pertama saja, lepas tu semua dah ajak balik
mereka layan di rumah acu tapi acu layan tidur....hahahahaa
Dan Julai juga permulaan acu berniaga secara online...
Alhamdulillah perniagaan nya bagus sekali...
cuma sekarang ni acu tak aktif berniaga sebab kerja banyak
insyaAllah tahun depan acu akan mula semula...
Ogos::
Sebelum puasa, sekali lagi acu menjejak kan kaki ke Bandar Ho Chi Minh
kali ni acu bersama dengan seorang anak saudara acu; Afiqa dan
2 orang kawan kepada kakak acu...kesemua nya nak shopping untuk raya
September::
Bulan Syawal seperti biasa pulang ke Kampung di Kedah
Raya tahun ni acu cuti seminggu...tu pun tak puas rasa nya
Oktober::
Sekali lagi acu berkunjung ke Bandar Ho Chi Minh...
kakak acu bersama dengan kawan sepejabat nya juga ikut
seronok pergi dengan kakak acu sebab dia kaki shopping..hehehehe
November::
Acu bawa 3 orang anak saudara acu ke Shout! Award
pertama kali acu ke Shout! Award ni...
terima kasih kepada Rockensteiners yang bagi pass tersebut
14 Tahun...ya..November 2010 genap 14 tahun acu bersama dengan Mr.EE
semoga ada jodoh di antara kami berdua...amin..
Disember::
Singapura negara ketiga yang acu kunjungi untuk tahun 2010
dah lama acu rancang nak pergi Universal Studio di Singapura
akhir nya, cuti sekolah baru-baru ni acu ke sana bersama keluarga acu
sedih sebab mak tak ikut...selain daripada jemputan kenduri yang banyak
mak acu tak dapat ikut sebab sakit lutut...
kat USS kan nak kena banyak berjalan...kesian pula kat mak...
tapi kami sekeluarga tetap bawa mak bercuti juga
semasa cuti Hari Krismas baru ni,acu & keluarga bercuti
di Bukit Merah Laketown...3 hari 2 malam di sana
cuma acu belum sempat lagi update cerita nya...
ni kira penutup percutian untuk tahun 2010...
Itu antara imbasan menarik yang berlaku dalam hidup acu di tahun 2010
semoga tahun 2011 akan memberi lebih makna lagi...
siapa tahu kan tiba-tiba 2011 acu berubah status pula kan?? amin...
itu semua tak mustahil...hehehehee
Tapi cuti tahun depan macam terhad saja
"setiap" cuti sudah penuh berisi dengan jadual yang telah dirancang
emmm....macam mana nak tukar status ya????
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"