Monday, January 31, 2011

Terima Kasih Daun Keladi Girlfriends...

Edit Posted by with 6 comments
Birthday acu Jumaat lepas disambut riang dengan girlfriends acu di The Curve. Macam riang ria hari raya tu...hehehee
Acu dan Shazlin sampai kat Ikea dalam pukul 11pagi. acu dikejutkan dengan kuntuman ros oleh Mas dan Wanie. Kata Mas "ni hadiah dari kami bertiga Mas, Wanie dan Shazlin so sweet...terharu rasa nya...thanks so much girlfriends
Memandangkan acu dan Shazlin belum breakfast lagi
jadi, kami makan ala-ala mengalas perut kat iKEA tu
makanan ni bukan makan berdua ya...ni empat orang yang makan




Lepas alas perut, kami pergi menonton wayang di Cathay Cineliesure
nak tau cerita apa???? jangan terkejut ya...
untuk kali kedua nya acu menonton Khurafat - Perjanjian Syaitan
tapi tetap juga takut-takut cuma tak lah seteruk aritu..hahahhaaa



Habis wayang, kami lunch di The Garden
niat asal nak makan kek kat sini tapi
memandangkan seorang lagi girlfriend acu; Yuzie belum sampai
jadi plan nya bertukar...





Dalam pukul 3petang baru Yuzie sampai
kami berjumpa di Tutti Fruitti
sambil makan ais krim yogurt yang menyihatkan ni kami makan
cuppies yang tersangat lah cute & sedap





Dah puas makan ais krim & kek, acu, Shazlin, Mas & Wanie
"tawaf" iKEA dulu untuk cuci-cuci mata
pukul 4.30 baru kami berpisah

Dikesempatan ni, acu nak ucapkan a zillion thanks to
my lovely Girlfriends untuk semua ni
terutama nya kepada Shazlin, Mas & Wanie
yang sanggup ambil cuti rehat semata-mata untuk
meraikan hari istimewa ni....acu sayang kamu semua




Sebelum acu terlupa, acu nak ucapkan berbanyak terima kasih juga
pada BOSS & team-mate acu kat pejabat
yang mengadakan jamuan ringkas pada 27 Januari
sehari lebih awal sebelum hari special acu...
sedap sangat Oreo Cheese cake ni....

TERIMA KASIH DAUN KELADI ye BOSS...heheheeee.....





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Saturday, January 29, 2011

Kemas..Packing...Kemas...Packing...

Edit Posted by with 8 comments

Hari ini acu tak keluar ke mana-mana pun
rehat kat rumah...basuh baju dan juga mengemas rumah
acu baru saja lepas lunch...kawan-kawan dah makan ke???

Sekarang ni tengah lepak layan filem Hindi kat TV2 ni
dah lama tak tengok Salman Khan...hensem nye lah...hehheee

Acu belum siap packing barang lagi ni
esok insyaAllah acu akan "balik ke kampung" acu
kat Ho Chi Minh City, Vietnam...hahahaaa

Photobucket

Tadi Mr.EE sms bagitau malam ni ada kenduri kahwin kawan dia
emm...ingat nak ke rumah kakak acu malam ni
sebab nak ambil duit yang acu minta tolong dia tukar kat Money Changer
nampak gaya nya kena pergi petang ni lah...

Okay lah...acu nak kena berhenti dulu ni
nak keluar sekejap...nak ke Maxis Center kat Alamanda
sim card acu ni ada problem pula..tak boleh nak buat
international call...ntah kenapa ntah...

So, Selamat BERHUJUNG MINGGU ya kawan-kawan
enjoy your weekends...





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, January 28, 2011

My Special Day

Edit Posted by with 22 comments

Akhir nya hari yang ditunggu dah tiba...
setiap tahun tak pernah jemu menunggu tarikh 28 Januari nie
walau pun ia menandakan hari di mana umur acu meningkat
tapi acu tetap suka...(jadi tua pun suka ek...)

Terima kasih yang tidak terhingga acu ucapkan kepada emak
yang susah payah melahirkan acu ke dunia nie
eh..memang susah tau masa mak acu nak bersalin kan acu
3 hari emak acu sakit...degil pula tu tak nak pergi hospital
kata emak pada bidan "nak mati biar lah aku mati kat rumah"

Syukur lah semua nya selamat...ibu & bayi sihat walaafiat
ingat kan bayi yang dikandung tu besar sampai susah nak keluar...
kata mak..acu dulu masa lahir kecil saja...
berapa berat tak pula emak bagitahu acu...

Sekarang...hah!! amik kau...sebesar-besar alam ni ha...hehehee
kalau dulu paling kecil dalam keluarga
sekarang ni yang paling besar sekali dalam keluarga...hahahahaa

Seperti tahun-tahun sebelum ni,doa acu sama saja setiap kali
menyambut hari kelahiran acu...tak banyak pun yang berubah

- mohon di panjangkan usia
- mohon di kurniakan kesihatan yang baik
- mohon di murah kan rezeki
- mohon acu menjadi anak yang baik & solehah
- mohon di permudahkan jodoh
- mohon di berkati & dirahmati Allah selalu..

Tahun-tahun sebelum ni pasti ada sambutan di kampung
tahun ni tak pasti lagi sebab kebetulan CNY ni mak nak buat kenduri arwah
jadi, tahun ni mungkin tak buat la kot "birthday party" nya..
ni gambar tahun lepas...kakak acu buatkan kek Keladi & kek coklat
oh..sungguh lah nyummy kek keladi tu... setiap tahun kek nya tak sama tau
biasa nya kakak acu akan buat kek ikut apa yang kami minta..

Hari ini acu cuti...ni auto publish post sebenar nya
acu keluar celebrate dengan girlfriends acu..
dengar kata girlfriends acu tempah kan cup cakes
mengikut bilangan umur acu...wah!!! teruja nya!!!

Nanti acu update & masuk kan gambar cup cakes tu ya...
so, pada kawan-kawan di seluruh dunia yang menyambut
ULANG TAHUN KELAHIRAN hari ini..acu ucapkan

"HAPPY BIRTHDAY TO U..MAY ALL YOUR WISHES WILL COME TRUE"



"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, January 25, 2011

KEJAM!!! Ibu TIKAM Bayi Baru Lahir

Edit Posted by with 4 comments

Tengok Buletin Utama kat TV3 tadi tak??
seorang ibu membunuh bayi yang baru dilahirkan!!!
kenapa lah manusia nie kejam ya Allah!!!

Mayat bayi yang berlumuran darah di TIKAM beberapa kali
ditemui atas plastik dalam bilik air rumah perempuan tu
kejadian berlaku di Kampung Jawa, Klang..


Perempuan kejam tu warga Myanmar... muda lagi baru 23 tahun
beranak sorang-sorang kat rumah tu..tak ada orang tahu pun
kata jiran perempuan kejam tu

"semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis"

Tergamak nya dia...tak ada sifat perikemanusiaan langsung
agak nya apa lah yang dia rasa masa dia tikam bayi tu???
semoga dia mendapat balasan yang setimpal dengan dosa dia!!!



"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tak Sabar Nya..

Edit Posted by with 6 comments

Tak sabar nya acu nak tunggu hari Jumaat ni
acu nak hang out dengan girlfriends acu
kami merancang nak celebrate sesuatu..
iskh...terasa lambat pula masa bergerak...

Alamak..tak ada pula gambar Yuzie...sori sayang
sebab acu cilok gambar ni daripada FB Mas..
tak pa..tak pa..nanti hari kejadian kita bergambar banyak-banyak
maklum lah Yuzie kan nak test camera baru dia..
eeee...syok nya...sungguh-sungguh tak sabar ni...




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, January 24, 2011

Bengkel Personaliti Cantik, Sihat Oleh Marissa Esthetic

Edit Posted by with 8 comments

Semalam acu menyertai Bengkel Personaliti Cantik, Sihat
bertempat di PNB Darby Park Hotel, KL
anjuran Klinik Marissa Esthetic, Semenyih...
cantik ke?? sebab tak cantik lah acu join bengkel ni..hehehee

Bengkel bermula pada jam 9 pagi
sementara nak tunggu bengkel mula
ada sesi make up oleh produk KISS
produk yang menggunakan 100% bahan mineral
atau dalam bahasa yang mudah nya produk make up dari batu alam
tu menurut jurucakap nya lah...batu apa tu tidak pula lah acu tanya

Tapi kata nya tidak ada langsung bahan kimia dalam alat solek nya
katanya sangat sesuai untuk orang yang memgalami kulit sensitif
dan produk ini hanya boleh didapati di klinik-klinik kulit yang terpilih
termasuklah di Marissa Esthetic..harga satu set alat solek tu RM755 :)
berbaloi harganya sebab tiada tarikh luput...maklum lah ianya mineral
nak wariskan kepada anak cucu pun boleh...hehehee

Ceramah pertama dimulakan oleh Dr.Rushmini Maris
menceritakan mengenai antiaging & kegemukan
ceramah kedua pula oleh Dr.Shaharom mengenai seks
atau lebih tepat nya wanita & seks...

acu tertarik nak join bengkel ni selepas membaca
artikel-artikel yang ditulis oleh Dr.Rushmini dalam sisipan Kesihatan
dalam akhbar Mingguan Malaysia setiap hari ahad...
banyak masalah mengenai berat badan & masalah kulit
yang berjaya diselesaikan oleh Dr.Rushmini

Dalam bengkel semalam kami didedahkan mengenai punca
seseorang menjadi gemuk..antara masalah utama adalah
disebabkan hormon..samada terlebih hormon atau pun tak cukup hormon

Selepas ceramah kami dibahagikan kepada kumpulan kecil
mengikut masalah yang kami hadapi samada masalah kegemukan
atau pun masalah kulit..dan seorang Fasilitator ditugaskan untuk
mengetahu & menceritakan lebih lanjut mengenai masalah yang kami hadapi..

Fasilitator kumpulan acu ni namanya Kak Vivi
dulu dia pun pernah mengalami masalah kegemukan nie
berat dia pernah mencecah 90kg pada 3-4 bulan yang lepas
untuk semalam berat dia tinggal 65kg...banyak kan turun???
daripada 90kg menjadi 65kg cuma dalam masa 3 bulan sahaja
dia sebenar nya antara orang yang mencuba rawatan yang
ditawarkan oleh klinik Esthetic ni...

Penutup kepada Bengkel ini adalah penyampaian sijil


Sebelum bersurai makan dulu...hehehehee
memandangkan semalam acu pergi seorang diri saja
so, acu kenalah cari kawan baru...

Kak Faridah, kakak yang setia dengan acu ni dari mula acara hingga habis
cuma berpisah waktu aktiviti kumpulan saja...
merupakan seorang persara guru...lembut saja orang nya..

Ni door gift yang acu dapat semasa bengkel semalam

Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
rawatan Esthetica ni atau pun berminat untuk mendapatkan rawatan
di klinik Marissa Esthetic boleh lah klik kat [sini]





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, January 21, 2011

"Benda Ini Akan Kekal Dengan Engkau Sampai Mati"

Edit Posted by with 22 comments

SERAM...satu-satu nya perkataan yang acu boleh gambarkan
perasaan acu semasa menonton Khurafat - Perjanjian Syaitan semalam

Kenapa acu cakap SERAM??? sebab::

- belum pernah lagi acu menonton filem seram dengan keadaan mata
yang hanya di buka 20 - 30% sahaja...
(nak tutup muka macam malu saja...hehehehe)

- belum pernah lagi acu menonton filem seram dengan jantung yang
mengepam darah selaju-laju nya..seperti kata lagu DEWA
"di setiap ada kamu..mengapa jantungku berdetak..berdetak dengan
lebih kencang seperti kenderaan mau perang..
"

- belum pernah lagi acu dengar LELAKI menjerit terkejut ketika acu
menonton filem seram sebelum-sebelum ni...

- belum pernah lagi kerusi acu ditendang oleh orang belakang ketika
menonton filem seram sebelum-sebelum ni...

Scene yang paling menyeramkan pada acu ialah ketika
Johan lakonan Syamsul mengusung jenazah...
bayangkan dengan keadaan yang gelap gelita
terpaksa mengusung mayat yang dah siap dikapan kan
seorang diri di dalam hutan....huh! takut!!!


Cuma yang tak berapa nak logiknya tu keadaan asyik gelap saja
sepanjang jalan cerita terutama nya scene ketika di hospital
samada dalam pejabat Johan mahu pun bilik mayat
emm...mungkin sebab nak bangkitkan mood seram kot..
tapi tu semua berjaya ditutup dengan perjalanan yang cerita yang best


Ada ketikanya air mata acu mengalir semasa scene Ana lakonan
Sabrina Ali sebagai bekas kekasih kepada Johan merayu
supaya Johan menerimanya kembali..Ana tak dapat menerima kenyataan
yang Johan memutuskan hubungan cinta mereka dan berkahwin
dengan perempuan lain...jika ianya berlaku dalam hidup acu
bagaimana agak nya keadaan diri acu nak menghadapinya...emmm....
Nau'zubillah...mohon dijauhkan Allah dari perkara yang buruk..amin

Kesimpulannya, TAK RUGI menonton filem Khurafat ni!!!!!





p/s::gambar di ambil dari En.Google





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Thursday, January 20, 2011

Kerja, Wayang & Happy Thaipusam

Edit Posted by with 10 comments

Walau pun hari ini adalah hari cuti umum untuk negeri Selangor
tapi acu tetap juga datang ke pejabat dengan rasa sukarela nya
(memang la sukarela maklum la hari ini OT masyukkkk...hehehe)
ada kerja yang nak di siap kan tapi nampak gaya nya tak siap juga
sebab banyak yang "tersangkut" bila tiada pakar rujuk...huhuhu

Disebabkan kerja "tersangkut" jadi, acu beli tiket wayang kat GSC
mahu nonton Khurafat - Perjanjian Syaitan dengan Ashraf; anak saudaraku
Selamat bercuti untuk semua...dan Selamat Mencuci Dosa untuk
kaum India yang beragama Hindu...(besar betul Dewa Murugan nie..)


p/s::gambar ehsan en.GooGle





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wednesday, January 19, 2011

Rezeki Terpijak Kah???

Edit Posted by with 9 comments

Bercerita mengenai rezeki terpijak
pasti ramai yang dah tahu mengenai kemalangan di Negeri Sembilan
yang melibatkan kereta pacuan 4 roda yang terbalik
mengakibatkan RM74,000 duit syiling bertaburan di jalan
banyak kenderaan yang berhenti untuk mengutip syiling tersebut


Pagi tadi pun boleh dengar macam-macam cerita mengenai
rezeki terpijak ini daripada pemanggil di radio "panas"...
acu nak kongsikan pengalaman mengenai cerita ini

Masa acu budak-budak dulu..dalam umur lebih kurang 5 tahun
ada berlaku kemalangan jalanraya di depan rumah acu
kemalangan yang melibatkan lori ikan...
bertebaran ikan-ikan di atas jalan raya depan rumah acu tu
pelbagai jenis ikan...daripada ikan siakap hingga lah ikan tenggiri

Memang ramai lah penduduk kampung kampung yang
mengambil kesempatan mengutip ikan-ikan yang berkaparan tu...
maklumlah rezeki terpijak kan...boleh buat stok untuk seminggu
atau mungkin sebulan...

Bukan tu saja, ada juga penduduk yang mengutip ikan-ikan tu
kemudian menjualkan nya semula di pasar...
menjadikan rezeki nya bertambah lagi lah...untung 100%

TAPI disebabkan kemalangan tu lah membuatkan emak acu
TAK MAKAN semua jenis ikan-ikan yang terlibat dalam kemalangan tu
walau pun kemalangan tu berlaku lebih dari 2 dekad yang lalu
"kembang tekak" kata emak acu...hehehehee


Nak tahu sebab apa??? jeng...jeng...jeng...


Sebab lori ikan tu berlanggar dengan LORI NAJIS
erk...kembang pula tekak acu bila teringat balik...


p/s:: gambar di ambil dari Berita Harian Online





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Saturday, January 15, 2011

Jangan Marah Ya Kak Azie

Edit Posted by with 9 comments

Cantik pula acu tengok entri kak azie yang diakhiri dengan tanda nama
yang ditulis di atas pasir..kebetulan acu pun ada...
jadi, acu pun tukar tanda tangan acu sayang sebelum ni



kepada tanda nama acu yang baru ni...
jangan marah ye kak z acu tiru kak z...heheheee




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Pening...(◑﹏◐)

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini acu kerja..konon-konon nak siap kan
kerja yang "terbengkalai" semalam...
sudah nya tersangkut juga...pening kepala dah fikir
nampak nya terbengkalai lagi lah ni...(◑﹏◐)

Pagi tadi acu cuma sempat masak kan bubur oat ni saja
untuk bekalan acu di pejabat hari ni

Jemput makan ye kawan-kawan semua...





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, January 14, 2011

Helo!!! Saya Tak Songsang OK!!!!

Edit Posted by with 9 comments

Masih ingat cerita acu pasal wanita yang mengganggu acu??
kalau lupa klik kat [sini]

Sudah lama perempuan ni menyepi...
tiba-tiba 2 hari lepas inbox acu tercemar lagi
gara-gara mesej daripada dia...aduihhhh...dia datang balik!!!


Kali ni mesej-mesej dia...masyaAllah lebih dasyat
geli nak baca apa lagi nak menaipkan nya semula kat sini
tak lupa juga janji manis ditaburkan untuk pujuk rayu acu
supaya melayan nafsu songsang dia...


Ada tak ye tempat untuk hitam kan kulit???
jadi orang gebu-gebu ni susah lah...ada saja yang "geram"
kalau lelaki yang memujuk rayu tu lain cerita nya
nie perempuan...helo!! acu bukan songsang ok!!!
sudah-sudah lah mengganggu...letih lah nak layan

Semoga Allah kuatkan iman dalam diri acu ni
jauhi lah acu daripada tergoda dengan tawaran lumayan nya..amin



p/s::gambar ehsan en.GooGle






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wednesday, January 12, 2011

Sayu

Edit Posted by with 16 comments
Tiba-tiba saja hati ni jadi sayu
air mata ni daripada tadi tak henti mengalir
macam-macam ada dalam kepala otak ni
entah lah....


p/s::gambar ehsan en.google


"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, January 10, 2011

Contest Aku Dan Kereta - Update

Edit Posted by with 14 comments

Tadi acu "berjalan-jalan" ke blog kawan-kawan
tiba-tiba tertarik dengan blog Didot; wife officemate acu
tertarik dengan contest yang dianjurkan nya
hati membuak-buak nak join..sebab contest nya mudah..hehehe

Antara syarat yang diperlukan (update on 11-01-2011)::
(acu kena update semula entri ni sebab sebelum ni syarat nya tak jelas)

1- Jadi follower blog Didot & Lurve Shoppe - checked
2- Letak gambar banner kat side bar - checked
3- buat entry pasal contest ni..letak gambar anda dengan kereta SENDIRI kemudian
cerita lah apa saja pasal kereta tu - checked
4- Tinggalkan link entri pada ruangan komen - checked
5- Tag 3 rakan - checked

Sekarang jom baca cerita acu::

Gambar acu dengan kereta terlalu banyak...tapi memandangkan
syarat nya memerlukan kereta sendiri so, nie antara gambar
terbaru acu dengan kereta kesayangan acu...
masa nie masih panas lagi nie baru keluar oven...hehehee


Apa yang best dengan kereta acu ni?

Acu beli kereta ni daripada kawan kolej acu
model asal kereta acu ialah Proton Satria dengan kapasiti enjin 1.6
dan warna asal adalah hijau lembut...

acu mula "membina semula" kereta ni pada tahun 2008
idea untuk "bina semula" nie dicetuskan oleh Mr.EE
Jadi Mr.EE yang banyak membantu acu untuk
memastikan misi ni berjaya ...Thanks a lot dear
langkah bermula dengan membeli half cut mitsubishi lancer libero GT

Sekarang kereta nie dah di upgradekan kepada 1.8cc
jenis enjin Dohc 4 silinder dengan turbo charge
dengan kekuatan 212 kuasa kuda...
sebab tu acu balik kampung di Utara sana cuma 3 jam saja...hahahaa
(belagak gile...ayat tak boleh blah..hahahhaaa)

Bumbung nya, acu tukar kepada bumbung sun roof Mitsubishi Mirage Cyborg
Sport Rim yang acu gunakan jenis Volk racing Rays Engineering
manakala Disc Brake nya pula daripada Mitsubishi Lancer Evolution III
2 seat di bahagian depan daripada seat Mirage Cyborg

Kereta ni masih belum sempurna sepenuh nya
banyak lagi yang perlu ditukar...antara nya stering
stering kereta acu dah beli untuk tukar baru daripada jenis MOMO
tapi Mr.EE asyik sibuk saja, belum ada masa nak tukar
sport rim pun nak kena make up kan semula supaya lebih shining

Oh ya...untuk menampilkan kelainan pada kereta acu ni
acu tukar kan warna nya kepada warna Proton Satria NEO R3 Lotus Racing
satu dalam berjuta kereta di Malaysia...hahahaa
acu kena berterima kasih kepada Mr.EE & Mr.Toman
atas pemilihan warna ni dan memastikan ianya sama sebiji dengan Lotus...
(pening kepala fikir nak warna apa...)

So, itu sahaja lah serba sedikit penerangan mengenai
kereta dalam gambar di atas...


Acu nak tag::
- JD
- Jinkamen
- Eri-Chan





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

K.E.C.E.W.A & H.A.M.P.A Namun Tetap S.Y.U.K.U.R

Edit Posted by with 4 comments

Semalam acu ke Stadium Putra Bukit Jalil
untuk menyaksikan AJL yang ke-25
pergi dengan semangat berkobar-kobar
dengan harapan rezeki menyebelahi dia

Acu ke sana dengan JD; juga seorang blogger
tapi dah jadi sahabat dah sekarang ni..Alhamdulillah
mungkin kerana kami banyak persamaan kot..
tu yang senang saja jadi sahabat...

Kami sempat la juga layan Red Carpet sebelum acara berlangsung
tapi tak layan sampai habis pun sebab nak kena masuk stadium

Keseluruhan perjalanan AJL kira lancar lah
persembahan pembukaan sangat best...
terutama nya M.Nasir..enjoy gile!!

Persembahan artis yang bertanding pun best
dan semesti nya lah persembahan Faizal Tahir
paling kami suka...dan Alhamdulillah
dia berjaya memenangi PERSEMBAHAN TERBAIK

Persembahan penutup pun tidak mengecewakan
meremang bulu roma dengar suara 3 DIVA tu
terutamanya suara Kak Pah & Ziana Zain

Acu tak tau penonton kat rumah dapat lihat atau tidak
aksi "ahkak ziana no 2" yang kedua..
tapi apa yang pasti stadium gamat dengan aksi
"ahkak ziana no 2" meniru gaya & menyanyi bersama dengan Ziana Zain

Stadium mulai kosong sebaik saja diumumkan Juara untuk AJL 25
sungguh acu tak tipu..majoriti penonton keluar stadium
sebaik saja nama juara di umumkan...
dan rata-rata nya keluar dengan perasaan tak puas hati
penuh dengan persoalan termasuk lah kami berdua

Tapi ya..siapa kita nak meragui keputusan juri
kata nya kan juri profesional..jadi, mereka lebih tahu
dan selebihnya orang akan cakap "sudah rezeki dia"...

Entah lah tak tau nak komen apa
tapi yang pasti nya hingga ke saat entri ni ditulis
acu & majoriti penonton pada malam tadi memang
masih terasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut

Apa-apa pun "ahkak ziana no 2" jugak yang BEST...
tabik lah dengan ahkak...

Owh ya..acu nak ucapkan banyak-banyak terima kasih
pada ESS dari Rockensteiners Club yang bagi acu 2 pass AJL ni
tanpa kamu tak dapat lah kami bersorak bersama malam tadi



p/s:: some pics credit to JD




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"