Followers

Hulurkan Tangan Ringankan Beban..[UPDATED]

Monday, November 29, 2010

Kawan-kawan blogger & pembaca-pembaca yang acu sayang
acu mohon bantuan kawan-kawan...
andai ada diantara kawan-kawan semua yang sudi untuk
menghulurkan sumbangan kepada EN.DJ EPOI


Baby Afiq iaitu anak bongsu kepada DJ EPOI akan
menjalani pembedahan jantung di India...
DJ EPOI, isteri & anak bongsu nya dijangka akan berlepas ke India
pada minggu hadapan...kalau tak salah acu 8 Disember ni

acu berharap ada di antara kawan-kawan blogger tak kira lah
samada anda kenal atau tidak dengan DJ EPOI sama-sama
kita membantu meringankan beban nya...
walau pun cuma RM1 tapi besar nilai nya kepada Baby Afiq

Pada kawan-kawan yang ingin menderma boleh lah
bank in kan wang tersebut ke dalam akaun DJ EPOI
[updated on 30 Nov 2010]



MAYBANK:: 162311772012
NAMA:: SAIFUL ANUAR BIN ABDUL RANI
NO HP:: 013-2078787



Jadi selepas ini semua wang derma sila salurkan ke akaun DJ EPOI sendiri ya

Wang sumbangan yang telah dimasukkan ke akaun Maybank & CIMB acu
telah pun bank in kan ke akaun Maybank DJ Epoi sebentar tadi
Alhamdulillah semua kutipan berjumlah sebanyak RM267.00
terima kasih pada kawan-kawan yang membantu...
semoga usaha kita diberkati Allah insyaAllah...


Hari ni (1 Disember 2010) masih ada lagi yang bank dalam akaun maybank acu
tapi dah pun acu masuk kan ke akaun DJ Epoi


ingatlah dikala kita bergembira ada insan yang sedang berduka
semoga ALLAH memberkati usaha kita ni...amin...


p/s::semua gambar acu copy dari FB DJ EPOI








"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Bila Mahu Ke Vietnam Lagi???

Sunday, November 28, 2010

Selepas balik dari Ho Chi Minh bulan lepas
tiba-tiba terasa rindu pula nak ke sana semula
kena pula tadi kawan acu di sana hantar email
bertanya kan bila lagi acu nak berkunjung ke negara dia...

Memang asal nya acu rancang nak ke sana bulan depan
tapi memandangkan cuti acu terhad sebab acu dah
rancang nak bercuti dengan anak-anak saudara acu
dan juga tuntutan kerja di pejabat yang tak mengizinkan untuk
acu bercuti lama-lama membuatkan acu terpaksa tangguhkan
rancangan nak ke Ho Chi Minh bulan depan...

Tapi acu dah pun booking tiket ke sana pada Januari 2011
insyaAllah panjang umur 30 Januari 2011 ni acu
akan "terbang" ke Vietnam tapi acu pergi tak lama pun
sebab cuti tahun depan sangat terhad
acu punya perancangan untuk "terbang jauh"
pada tahun depan...insyaAllah...

acu tak nafikan tahun depan kawan-kawan acu punya perancangan
nak melancong ke luar antara nya nak ke Korea

& juga India tapi sayang nya acu mungkin tak dapat nak turut serta
sedih...terutama nya India...negara yang memang menjadi
salah satu tempat impian acu untuk ke sana sekian lama...

Cuma perancangan yang dah confirm tiket nya ke Jakarta & Bandung saja
itu pun bergantung pada cuti tahunan acu...huhuhu...
tidak mengapa lah sesekali korbankan percutian yang lain
sekali sekala apa salah nya "terbang jauh" pula kan???



p/s::pic Taj Mahal & Korea ehsan En.GoOGLe





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Redah Aku Dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari

Saturday, November 27, 2010

Sekali lagi penulis Blog tekenal Ben Ashaari menganjurkan segmen
segmen yang diberi nama "Redah Aku Dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari"
cara nya mudah saja::

- Buat satu entri mengenai segmen tersebut

- Pilih 5 entri dari Blog Ben Ashaari yang anda rasakan menarik
dan link kan entri tersebut.

1) Nak Bercinta Pun Berpada Laa.
2) Kenapa Kau Ni Tak Cantik Eh ?
3) Kau Kata Kau Cinta Tapi Kau Tumbuk Muka Aku !
4) Ini Yang Kau Kata Cinta???
5) Jika Kau Benar Seorang Sahabat

- Pilih 5 entri blog anda yang anda rasa berbaloi dibaca
oleh pengunjung blog

1) Memories In Perth
2) Cerita Tentang Phuket
3) Lambat Kawin
4) Istanbul Day 1
5) Cám ơn SAIGON..!!!

Itu saja...acu dah siap..!!!
okay lah...nak tinggalkan link ni pada blog Ben Ashaari

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Acu Menyanyi Di One Utama???

Kawan-kawan percaya tak acu pernah menyanyi lagu Doraemon
di pentas One Utama...sambil ditonton oleh ratusan manusia...

Bunyi macam tipu saja kan???
tapi betul tau...acu pernah menyanyi kan lagu Doraemon
di One Utama semasa program Meet Cartoon Star tahun 2006

Kalau ada yang bertanya, acu tak malu ke menyanyi depan orang??
lagu Doraemon pula tu...
malu wei...sapa kata tak malu...
tapi sebab acu suka menyanyi & suka dapat hadiah
jadi, perasaan malu tu ditolak ke tepi...hehehee...

Niat asal acu ke sana sebab acu nak "jumpa" dengan watak Sin Chan
acu memang peminat Sin Chan...dari dulu hingga sekarang
samada drama kartun nya mahu pun komik nya...

acu ditemani Mr.EE dan sahabat baik Mr.EE; Mr.Yukio

Pandai sangat ke acu menyanyi lagu Doraemon tu???
hahahaa...tak pandai pun sebenar nya...tau part chorus nya saja

Sedap sangat kah suara acu menyanyi???
suara sedap tolak ke tepi...pitching segala bagai semua tu
hancur...hahahaaa....yang penting JANGAN MALU...
kalau malu, suara sedap pun jadi tak sedap..

Habis tu macam mana boleh menang???
sebab acu menyanyi dengan ada lenggang lenggok kepala segala bagai
hahahahaa...perempuan tak tahu malu ni memang macam tu
main bedal ikut suka hati dia saja...nak hadiah punya pasal
lagi pun, kebanyakkan lawan semua nya budak-budak
cuma ada 2 orang saja dewasa....memang la boleh menang
jahat kan acu ni??? hahahahahaaa....

Berkat "tidak malu" acu menang patung Doraemon ni
acu masih lagi simpan hingga sekarang

Bila terkenang semula, rasa malu pun ada...
macam tak percaya saja acu menyanyi di One Utama...hahahaaa



"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Jom Ikut Acu

Acu baru saja join NetworkedBlogs


Saja nak meramai kan kawan....
jadi, kawan-kawan klik la butang [Follow This Blog]
kat sebelah kanan tu ya...


thanks so much in advance...luv u guys

Tapi banyak benda lagi nak kena belajar ni
tak tau pun macam mana nak gunakan lagi NetworkedBlogs ni
masih tercari-cari lagi ni....hehehee





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Bengong!! Bodoh Nak Mampuss!!!Sakit Hati..!!!

Friday, November 26, 2010

Tak tahu nak cakap apa..bengang..sakit hati..marah!!!!
semua perasaan ada...semua nya bercampur baur..
acu tau ada antara kawan-kawan yang dah tengok video ni
dan mungkin ada yang belum tengok

Bagi yang belum tengok...ni acu upload kan video tu di sini
kawan-kawan tengok dan nilai kan lah sendiri...
tak tahu lah samada perempuan tu ibu nya atau bukan
tapi yang pasti..dia seorang WANITA YANG TAK ADA HATI PERUT!!!!

video


"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Contest Mimik Muka Yang Menarik

Tadi acu berjalan-jalan ke blog cik qila
tiba-tiba acu rasa tertarik dengan contest yang cik gila sertai
acu rasa tertarik sebab contest nya mudah saja...
penganjur contest ni ialah cik cikin


Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk sertai contest ni ya

Syarat Pertama::
Blogger mesti warganegara Malaysia
- Ya..acu warganegara MALAYSIA

Syarat Kedua::
Mesti menjadi follower kepada cik cikin
- Baru je follow blog cik cikin

Syarat Ketiga::
Kena letak gambar mimik muka yang anda rasa menarik
- Ini gambar yang acu pilih...


Syarat Keempat::
Kena cerita la pasal gambar yang dipilih
- acu pilih gambar di atas sebab tu gambar perempuan 'jakun'
yang menyerlah keterujaan nya. gambar di ambil semasa pertama
kali menjejak kan kaki kat lapangan terbang Paris.tengok rombongan
yang turut serta sama-sama pelik..apa lah yang membuatkan
perempuan 'jakun' ni suka sangat sampai menyeringai galak seperti tu.


Syarat Kelima::
Gambar mestilah gambar anda sendiri.
- CONFIRM!!! tu memang gambar acu..

Syarat Keenam::
Lepas buat entry pasal contest ni seperti biasa lah kena tampal
link contest ni dalam entry contest kat blog cik cikin

Syarat Ketujuh::
Kena letak kan gambar banner contest kat atas tu dan link kan
pada entry contest dalam blog cik cikin

Syarat Kelapan::
Kena tag kan contest ni kepada 3 orang kawan
- acu nak tag kan contest ni pada YONG, FARAH & KAKCIK
hehehee....jangan marah ye kawan-kawan...
kalau kawan-kawan yang lain mahu turut serta boleh saja...

Tarikh Tutup:: 25-Disember-2010

Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat [sini]





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tolng Isikan P'cik Top Up...

Thursday, November 25, 2010

Tadi tenghari acu ke KL untuk lunch dengan Mr.EE
lepas lunch, masa nak balik tu tiba-tiba ada sms masuk::


"Ni p'cik guna kad orng, tolng isikan p'cik top up RM30 di
number baru p'cik ni nom dia 0128105169, pasal p'cik
ade kes di balai polis boleh tak cepat sikit beli"


daripada nombor penghantar nya +6285342566573...
sms tu acu copy sama serupa seperti dalam hp acu
helo..maaf la ya...acu tak ada p'cik di Kuala Lumpur ni

Sebelum ini, acu ada terbaca dalam blog V.I.C
sms yang lebih kurang samaa cuma beza nya
acu daripada "p'cik"...VIC pula daripada "ayah"

Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni
harap kawan-kawan semua berhati-hati ya...



p/s:: kalau ada sesapa yang rajin, sila la call nombor tu






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

"Engkau Ni Macam Sesumpah Pya!"

Kalau dalam entry acu sebelum ni acu di katakan Arabian
kali ni ada orang cakap acu macam orang Siam pula...

"En.Chatter:: nak tnye...u org mane ek..?
Acu:: org Kedah...nape?
En.Chatter:: mcm org Thai jer.."


Emm...sekali lagi...acu dikatakan seperti orang luar...
apa kah muka acu ni tak nampak seperti Malaysian kah???

Sebenar nya dah banyak kali dah orang keliru dengan muka acu ni
sejak di zaman sekolah lagi..
masa di sekolah rendah, ada cikgu kata muka acu seperti orang Brunei
sampaikan ada cikgu yang panggil acu dengan nama "Dayang Sofea"
orang Brunei muka nya lain dengan orang Malaysia kah??

Bila masuk ke sekolah menengah, ada kawan-kawan kata
acu ni nampak seperti kacukan Australia...
kat mana yang sama dengan kacukan Australia..acu pun tak tahu

Tapi dah banyak kali orang cakap acu ni seperti kacukan Siam
kat mana yang sama ye?? badan memang sah tak sama
sebab orang siam kurus-kurus...


Pernah sekali acu pergi Facial kat Adonis di Mines
pekerja kat situ cakap bahasa Cina dengan acu...
kerana disangka nya acu ni Chinese
bila acu cakap acu Melayu, dia terkejut...
sebab kata nya kulit acu ni tak seperti kulit orang Melayu
uish...sebab kulit putih je terus cakap Cina..iskh..iskh...

Bukan tu saja, setiap kali acu ke SIC tengok racing
pernah beberapa kali acu di sapa sebagai pelancong
ada orang meng'offer' kan acu minuman keras
sebab disangka nya acu nie pelancong asing...
dan ada cleaner di SIC tu susah payah nak speaking London dengan acu
sebab disangka nya acu ni orang luar...

Masa ke Europe, ada orang cakap rupa acu
lebih kurang sama saja dengan penduduk sana...
acu agak bahagian yang sama cuma saiz badan saja...hahahaaa

Acu ke Turkey, orang cakap acu dah seperti orang sana
emmm...cuba tengok....sama kah???
saiz badan tu memang dah sama lah...muka tu rasa nya tak...

Ke Vietnam, acu dikatakan orang Vietnam...
cuma yang membezakan acu dengan mereka
sebab acu gemok...orang Vietnam semua nya kurus-kurus...

Kesian acu kan???
acu orang MALAYSIA ASLI...keturunan MELAYU..
emak & arwah ayah memang orang Malaysia tulen...
acu tak ada kacukan daripada semua-semua yang di atas tu
tapi acu akui..acu ada saudara di Bangkok & di sebelah Tanah Arab
mungkih kah darah saudara acu tu terkena tempias nya pada acu??

Seperti kata Kak Mide yang selalu melancong bersama acu::

"Engkau ni macam sesumpah pya...
engkau akan bertukar rupa ikut negara
yang
engkau pergi..."






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Kebaya Sulam Belum Jahit - MURAH!!!

Wednesday, November 24, 2010

kebaya sulam belum jahit...murah je...

cepat!!! cepat!!! sebelum kehabisan!!!!

cepat klik SOPHYSONLINE






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Segala Kemahuan u, i Akan Penuhi..Asalkan...

Tuesday, November 23, 2010

"u tak nak ke hidup u kaya raya? dalam akaun ada duit beribu2..
kereta u i bayar kan setiap bulan..atau kalau u nak kereta baru
pun i boleh beli kan...segala bil u,i akan jelas kan..
segala kemahuan u i akan penuhi....
tugas u cuma melayan i saja..."



Wah..wah...seronok kan kalau tiba-tiba kita dapat mesej macam tu??
ya...bila baca dari ayat pertama hingga baris ke-4 terasa seronok saja
tapi bila baca ayat terakhir tu...ya ampun!! tak sangggup okay...

Mana acu dapat mesej tu??? cipta reka sendiri ke??
helo..tak main la cipta reka sendiri..
tu memang mesej yang acu dapat dari inbox acu tau
beberapa bulan yang lepas...

Dan bukan satu mesej tu saja yang acu dapat
ada banyak lagi mesej...malah ada mesej yang kategori 18SX punya
tak sanggup acu nak taip kat sini...nak termuntah bila baca


Ya...acu di goda oleh golongan yang sukakan kaum sejenis
kaum yang mengaku mencintai kaum hawa LEBIH daripada kaum adam
kaum yang mengaku membenci golongan kaum adam

Sebenar nya acu sendiri tak tau daripada mana perempuan ni
dapat nombor handphone acu..bila acu tanya, kata nya



"kalau dah minat, suka & cinta..apa saja i akan lakukan"


Eeeeeee.....seram pula rasa nya...takut pun ada
perempuan tu kata dia jatuh cinta lepas tengok gambar acu
daripada salah seorang kawan dia
perempuan tu kata dia suka perempuan badan berisi macam acu
tambah pula acu ni berkulit putih..jadi, dia jatuh cinta
dengan perempuan "gebu" macam acu...

Boleh dikatakan hampir setiap malam acu diganggu oleh perempuan ni
ada saja sms yang dihantar untuk menggoda acu...kebanyakkan 18SX
acu beritahu dia, acu ni perempuan "normal"...acu "geli" nak bercinta
sesama jenis....ibarat mencurah air ke daun keladi
dia tak pernah putus asa

Setiap hari tawaran dia tetap sama...
malahan kata nya, untuk pertemuan pertama dia akan bayar acu
sebanyak RM1000.00 asal kan acu sanggup "ringan-ringan" dengan dia


Tapi kalau acu sanggup melayan dia hingga ke bilik tidur
turut segala kemahuan tuntutan nafsu dia
segala kemahuan acu akan dipenuhi...beribu-ribu akan acu dapat
sebagai habuan melayan nafsu dia...

Mak oi...macam mana la nak "ringan-ringan" dengan kaum sejenis???
apa lagi la nak melayan hingga ke bilik tidur
tak dapat acu bayang kan acu nak melakukan semua tu dengan kaum sejenis
dengar pada tawaran memang "mengghairahkan"...hahahahaa
"syaitan" memang berbisik


"ala...apa salah nya..ringan-ringan saja...RM1000 tu...
siapa nak bagi free...terima je lah...lagi pun bukan boleh mengandung
kalau buat dengan kaum sejenis. tak risau kena tangkap pun.."


Fuhhhh!!! Alhamdulillah iman acu masih kuat
fikiran acu masih waras...nafsu acu masih lagi belum songsang
acu berjaya menepis semua godaan-godaan daripada perempuan tu

Dan sekarang ni Alhamdulillah gangguan dah tak ada
acu rasa acu ada buat dia kecil hati dengan acu...
mungkin dia merajuk...mungkin dia menyampah dengan acu
acu pun tak tahu apa yang membuat kan dia menjauh kan diri

Apa-apa pun seandai nya perempuan tu ada terbaca coretan acu kat sini
acu nak mohon maaf seandai nya acu buat dia berkecil hati
cuma acu nak tegas kan kat sini...kita boleh menjadi kawan biasa
tak mungkin untuk kita menjalin hubungan yang "lebih" daripada kawan
tapi Mr.EE cakap...jangan cari pasal...takut nanti lain pula jadi nya


insyaAllah acu tak mungkin terjebak dalam kancah cinta sejenis
dan acu harap perempuan tu faham...

acu minta maaf andai ada yang tersinggung bila baca coretan acu ni
acu cuma tegas kan mengenai diri acu saja...
tak ada kena mengena dengan diri orang lain...




p/s:: gambar ehsan En.GooGLe




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"