Tarikh:: 15-04-2012 (Ahad)
Umrah pertama kami di Masjid Bir Ali
merupakan sempadan untuk masuk ke Mekah
Subhannallah manusia...ramai nya
datang dari pelbagai ceruk dunia
tahun lepas [sini] lengang saja tapi tahun nie masjid crowded
Lepas solat sunat dua rakaat dan berniat ihram di sini
kami meneruskan perjalanan ke Mekah
perjalanan di temani padang pasir di kiri dan kanan jalan
Kami singgah untuk jamak solat maghrib dan isyak
di perhentian yang disediakan di tengah-tengah padang pasir nie
perhentian ini dilengkapi toilet, surau, restoran dan stesen minyak
lebih kurang sama macam hentian rehat PLUS
tapi hentian PLUS jauh lebih selesa la
Selepas menempuh 5 jam perjalanan
akhirnya kami selamat sampai di Kota Mekah
pada jam lebih kurang 10 malam...Alhamdulillah
Kami terus dibawa ke Hotel Nibras Al-Rashedia
hotel yang terletak seberang jalan saja dengan hotel yang
acu tinggal masa datang tahun lepas [sini]
Untuk pengetahuan, hotel-hotel yang berdekatan
Masjidil Haram telah diruntuhkan termasuk bazar
mereka dalam proses membesarkan masjid dan akan
membangunkan hotel baru di sekitar Masjidil Haram
Hotel Nibras Al-Rashedia nie antara hotel yang paling dekat
kebanyakkan hotel lain terletak di atas bukit
Letak barang dalam bilik terus dinner
habis dinner kami berkumpul untuk ke Masjidil Haram
nak selesaikan ihram kami tadi
Hampir jam 1 pagi kami selesai semua nya
Selesai sudah umrah pertama kami...syukur Alhamdulillah
balik ke hotel...tidur dengan lena dan penuh senyum
sebab sekali lagi diberi kesempatan oleh-Nya
untuk menjejak kan kaki ke rumah Nya...syukur Ya Allah!
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Monday, May 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah... sejuk hati tengok gambar2.. tengok acu lagi la sejuk.. heee
ReplyDeleteKak Anaa::
ReplyDeleteAlhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung (*komen tak de kena mengena dengan entri..hehehehe*)
betul...saya pun rasa sejuk dan tenangg je tgk pics ni semua. :)
ReplyDeleteMiqat di Bir Ali utk hari pertama ye Cu.. hari kedua dan seterusnya mesti ke Tanaim aje kan... dekat sikit. Agaknya semakin luas keliling Masjidilharam kalau bazar semua dah tak ada. Hotel yg dekat pun dah diruntuhkan... rindunya kakak nak ke sana Acu...
ReplyDeleteTgk gambar padang pasir tu, teringat cerita mak ayah saya masa mereka ke sana tahun lepas...mmg kering kontang betul kata mereka, batu & pasir aja penuh...:)
ReplyDeletePasal hentian tgh2 padang pasir tu, kata mak ayah saya, R&R kat malaysia jauhhhhhhhhhh lebih baik, bersih..:P
MASYALLAHH.. bumi ALLAH sentiasa dipenuhi tetamuNYA..
ReplyDeleteGB::
ReplyDeletetenang kan?? :)
Kakzakie::
ReplyDeleteye kak...hari2 biasa buat kat Tanaim je tapi ada gak sekali kat Jaaranah & juga Hudaibiyah
Banyak dah yang berubah kak
dalam masa setahun acu tinggal kan,pun dah banyak perubahan
Daddy Ziyyad::
ReplyDeletememang pun...R&R Malaysia jauh lebih selesa jauuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhh lebih bersih
Kak Azian::
ReplyDeleteYe kak...sana sini sesak dengan jemaah :)