Friday, May 18, 2012

Ni Bukan Main Pondok-Pondok

Edit Posted by with 14 comments

Tarikh:: 17-04-2012 (Selasa)

Cuba teka kat mana boleh tengok permandangan begini??

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pandai pun....nie permandangan di sekitar Mina

Photobucket

Khemah yang cuma digunakan ketika musim Haji
khemah yang kalis api nie insyaAllah tak akan rosak
kerana menggunakan bahan yang berkualiti

Masa lalu kat sini, acu terbayangkan ketika acu
menunaikan haji satu ketika dulu [sini]
tapi dulu bukan khemah macam nie
acu tengok keadaan sekarang jauh lebih selesa dari dulu

Sekarang nie dah ada kemudahan LRT

Photobucket

Tapi kalau tak salah acu penggunaan LRT nie
terhad untuk jemaah Arab Saudi sahaja untuk masa sekarang nie
ia belum lagi dibuka kepada jemaah dari negara lain

Apa yang kita lihat tadi tu khemah yang akan
diduduki oleh jemaah dari negara luar lain seperti Turki
jemaah Malaysia tinggal di sebalik terowong tu

Photobucket

Terowong Muassim....masih ingat dengan tragedi Terowong Muassim??
tragedi yang mengorbankan 19 nyawa pada tahun 1990
kalau tak salah acu la...betul kan acu kalau salah

Perjalanan dari Arafah [sini] ke Mina
cuma mengambil masa 15minit pada waktu biasa
tapi pada musim haji perjalanan menjadi lebih dari 8 jam

Kalau jalan kaki pula dalam satu hingga tiga jam
laluan penjalan kaki pun dah selesa
disediakan kemudahan tandas dan air sepanjang laluan
tapi jemaah Malaysia tak dibenarkan jalan kaki
jemaah dari negara luar lain saja

Dalam hati tak henti berdoa semoga acu
diberi kesempatan oleh-Nya untuk menunaikan Haji
suatu hari nanti...amin





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

14 comments:

  1. InsyaAllah akan sampai ke situ suatu hari nanti. Amin!

    ReplyDelete
  2. Mana tahu, entah2 kita dapat pergi bersama nanti, kan? InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Ohhh..baru saya tahu Acu dah tunaikan haji. Bertuahnya!

    Saya igt kan khemah2 di Mina tu hanya akan di pasang masa musim haji aja..

    ReplyDelete
  4. Masa kakak tunai haji (2009)pun belum ada LRT lagi Acu. Kami berjalan dari khemah di Mina ke tempat melontar jamrah lebih kurang pergi-balik 7km. Tapi seronok tak rasa penat pun sebab umat manusia kan ramai... jalan balik dari melontar boleh singgah-singgah beli makanan/souvenir lagi...

    LRT baru operasi tahun lepas kakak rasa. Tapi dgn LRT tak dapatkah nak berhenti kat tepi jalan lagi dah...

    ReplyDelete
  5. kalau semua orang boleh naik lrt tu, agaknya mesti Q panjang gile kan?

    ReplyDelete
  6. subhanallah...
    kongsi lagi ye dik

    akak ada niat untuk umrah, belum bincang secara serius lagi dgn suami
    moga moga sampai juga akak ke sana nanti

    ReplyDelete
  7. Kakcik::

    Amin...insyaAllah sapa tau kan?? mungkin rezeki kita p bersama :)

    ReplyDelete
  8. Daddy Ziyyad::

    Dah lama dah pegi Haji tu :)

    Tak..khemah tu memang dibiarkan saja di situ...

    ReplyDelete
  9. kakzakie::

    memang pun kak...kat Tanah Suci nie tak terasa penat dia kak walau sejauh mana kita berjalan...sebab jiwa kita memang tengah hepi :)

    ReplyDelete
  10. GB::

    tu dah semesti nye lah..sebab tu agak nya dia cuma benar kan rakyat Arab Saudi je naik LRT tu

    ReplyDelete
  11. kasihibu::

    insyaAllah kak..acu akan kongsi kan pengalaman di sana dlm blog nie

    ye ke kak?? best nye..acu doa kan akak & suami dpt ke sana :)

    ReplyDelete
  12. dah banyak kali kaki acu cecah bumi mekah .. kaki kak ana jugak yang tak cecah2.. InsyaAllah, doakan kak ana okeh..

    ReplyDelete
  13. kak Anaa::

    kebetulan rezeki acu murah kak :)
    insyaAllah satu hari nanti akak akan sampai ke sana :)

    ReplyDelete