Friday, December 30, 2011

Sorotan Sepanjang Tahun 2011

Edit Posted by with 14 comments

Hari nie dah 30hb...esok pula 31hb
sekejap saja dah nak habis tahun 2011
tahun baru bakal menjenguk

Bila tiba tahun baru, azam pun kena baru
umur pula meningkat setahun
wah!! dah semakin tua...uhuk

Acu suka nak menyorot kembali apa yang berlaku
sepanjang tahun 2011 dalam hidup acu

JANUARI

28hb tarikh penting dalam hidup acu...my BIRTHDAY!!!
tahun nie acu sambut birthday dengan Girlfriends acu [sini]
sambut dengan Girlfriends dulu baru sambut dengan EE..hehehehe

Photobucket

Photobucket

Thanks so much Girlfriends (Lin, Mas dan Wanie)
love u all so much...friends foreva..insyaAllah


acu sempat pulang ke "kampung"...Ho Chi Minh City
pulang seorang diri tanpa ditemani sesiapa [sini]
kali pertama acu ke HCM City seorang diri
Alhamdulillah acu selamat pergi dan selamat kembali :)

Photobucket



FEBRUARI

Tak ada yang menarik berlaku di bulan Februari nie
masa acu banyak dihabis kan di pejabat
nak selesai semua kerja sebelum acu bercuti bulan Mac

Sempat celebrate birthday untuk ke sekian kali nya
(walau pun dah sebulan berlalu...hehehehehe)
dengan EE dan BFF kepada EE di Marciano's di Jalan Ampang
tapi restoran nie dah tutup sekarang [sini]

Photobucket



MAC

Alhamdulillah acu berkesempatan menunaikan Umrah pada 6 Mac 2011
acu ke sana bersama emak, kakak, abang + isteri
[sini, sini, sini, sini dan sini]
ini kali kedua acu menjejak kan kaki ke Tanah Suci
selepas pertama kali menunaikan Haji tahun 1988 [sini]
terlalu banyak perubahan yang berlaku di Madinah dan Kota Mekah

Photobucket

InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki acu akan ke sana lagi :)



APRIL

Acu mula "terjebak" dengan dunia "Spender Cantik"
hehehehe...Pertandingan Bina Badan lah [sini]
nie gara-gara EE dan kawan-kawan nya gila
membina otot-otot dalam badan diaorang

Photobucket



MEI

Ho Chi Minh lagi...sekali lagi acu terbang pulang ke "kampung"
kalau bulan Januari acu terbang sorang
kali nie acu ditemani kakak [sini]

Photobucket

Mei juga bulan di mana kakcik kehilangan ayah nya
(Al-Fatihah untuk arwah) [sini]

Menyaksikan Pertandingan Bina Badan untuk kali kedua
Mr Klang Parade..kali nie kawan EE pun ada yang join [sini]

Photobucket

Layan konsert Wings Opera Hidup di Istana Budaya
sesuatu yang sangat sangat menghiburkan [sini]

Photobucket

best gile!!! hilang tension dapat nyanyi dalam IB..hahahhaa
thanks so much to Suria sebab belanja acu ;)


Jun

Merantau ke Indonesia...bermula dari Jakarta
kemudian ke Bogor, Puncak, Tasek Malaya
dan seterusnya ke Bandung
[sini, sini, sini, sini, sini dan sini]

Photobucket

Sesungguh nya ianya satu pengalaman yang tak dapat acu lupakan
pertama kali merantau ke pelusuk kampung di Indonesia
melihat sendiri life style orang sana

Photobucket

Walau pun sekejap tapi acu puas
dapat juga la menikmati dangdut asli Indonesia
dan ikut serta Pesta Rakyat di sana
merasa naik Angkut atau Angkutan Kota (van sapu)
selain daripada dapat menikmati pelbagai jenis
makanan asli Indonesia

Photobucket


Seperti biasa tak pernah ketinggalan
menyaksikan perlumbaan Super GT di Sepang [sini]

Photobucket

Paling best tahun nie sebab acu dapat jumpa
dengan Raja Drift Jepun!!!

Photobucket


Untuk kesekian kali nya acu pulang ke "kampung" acu
Ho CHi Minh City....seorang diri saja [sini]
nie kepulangan terakhir ke HCM City untuk 2011

Photobucket



JULAI

Mendapat hadiah hand phone Blackberry
daripada Uncle Enny yang acu kenal di Airport Vietnam [sini]
Thanks so much uncle...acu masih berhubung dengan Uncle Enny lagi


Photobucket


Pertama kali juga acu menjejak kan kaki ke Pulau Pangkor [sini]
teruja..!!! tapi tak dapat nak gelap kan kulit
sebab sekejap sangat kat sini..cuma 2 hari 1 malam saja

Photobucket

Selain itu, Julai juga musim bola
bermula dengan Malaysia lawan Liverpool [sini]

Photobucket

kemudian Malaysia lawan Chelsea [sini]

Photobucket

berakhir dengan Malaysia lawan Singapura [sini]

Photobucket



OGOS

Bulan Merdeka Raya...!!! [sini, sini dan sini]

Photobucket

Photobucket

Pasti nya seronok bila balik beraya di kampung tercinta
juga berkesempatan menyambut birthday anak saudara acu
yang lahir nya pada Hari Merdeka [sini]

Photobucket

Photobucket


SEPTEMBER

Banyak memenuhi undangan rumah terbuka


OKTOBER

Sekali lagi acu menjejak kan kaki ke Bandung, Indonesia
pergi ke sana menemani kakak dan anak saudara acu [sini,sini dan sini]

Photobucket

Menghabis kan hujung minggu di Litar Sepang
menonton perlumbaan Moto GP [sini]
yang mana penunggang team Honda; Simoncelli
meninggal dalam pelanggaran dengan Edwards dan Rossi

Photobucket

Pertemuan blogger di rumah Kakcik akan acu kenang
sampai bila-bila....pertama kali acu SOMBONG
susah nak bertegur sapa dengan kawan-kawan
semua gara-gara perut meragam...aduih [sini]

Photobucket


NOVEMBER

Bulan cinta acu dan EE [sini dan sini]
tahun nie genap 15 tahun hubungan kami
doakan yang terbaik untuk kami berdua ya...

Photobucket


DISEMBER

Bandung menjadi pilihan untuk acu menghabis kan
sisa-sisa cuti di tahun 2011 nie bersama keluarga
[sini, sini dan sini]

Photobucket

Menguruskan rombongan seramai 11 orang bukan sesuatu yang mudah
buat acu tambahan pula bawa budak-budak
pengalaman yang berharga nie...dah boleh jadi tourist guide
mungkin pekerjaan selepas pencen...hahahahaa

Juga bulan yang menjadi saksi pada majlis pertunangan
anak saudara acu; Hetty dan pasangan nya Meor [sini]

Photobucket



Kesimpulan untuk tahun 2011 nie seperti kata Kak Azie kat [sini]

Photobucket







Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Segala Nya Terjawab Di Sini

Edit Posted by with 4 comments

Petang 24-12-2011

Semua sibuk bergotong royong
Tak kira di dapur

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Di ruang tamu

Photobucket

Mahu pun di luar rumah

Photobucket

Segala-gala nya persiapan untuk majlis yang berlangsung pada 25-12-2011


Hari Kejadian 25-12-2011

Seawal jam 8 pagi..acu, kakak dan dua orang anak saudara acu
bertolak ke Sungai Petani...keluar awal sebab nak pergi mekap

Janji dengan juru andam Weddingku jam 9.30 pagi
apa punya juru andam lah...boleh pulak diaorang terlajak tidur
pukul 10 pagi baru sampai kat salon..sabor je lah

Nasib baik mekap perfect...so, boleh di maaf kan
ce tengok si scha nie mekap anak saudara acu..cantik kan??

Photobucket


Thanks Scha..atas hasil yang sangat memuaskan hati nie...
so, pada bakal pengantin Kedah boleh lah menggunakan khidmat
butik pengantin Weddingku yang beroperasi di Sungai Petani
butik nya berdekatan dengan Kayu Nasi Kandar
bayaran pun tak mahal...sangat berpatutan

Photobucket

Rombongan lelaki sampai sekitar jam 12.30 tengahari
ramai you...14 buah kereta...adik beradik ramai
jadi sebab tu ramai pengiring nya :)

Photobucket

Sementara perbincangan berlangsung
kami semua pakat dok kat dapur
anak saudara acu mesti lah tunggu kat dalam bilik dulu

Photobucket


Jeng...jeng....nama dah di panggil
masa untuk acara menyarung cincin

Photobucket


Dua bentuk cincin di sarung kan sebagai tanda bahawa
Ana kini sudah bergelar tunangan orang

Photobucket

Kedua-dua keluarga tersenyum gembira...syukur dah selesai semua nya

Photobucket

Nie la rupa tunang Ana...Meor nama nya
serius nye muka cik abang Ana nie...

Photobucket

Ha...senyum kan manis....baru lah hensem

Photobucket


To Ana dan Meor, selamat menempuh alam pertunangan
kata orang dalam fasa nie banyak dugaan nya..maklum lah darah manis
acu berdoa semoga korang berdua berjaya
mengharungi apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang
dan semoga hubungan ini berakhir ke jinjang pelamin..insyaAllah

Photobucket


So, dah terjawab sudah segala pertanyaan kawan-kawan
yang sibuk dok PM acu kat Faceboook
betul ada majlis pertunangan tapi bukan majlis pertunangan acu
insyaAllah kalau acu bertunang, acu pasti beritahu kawan-kawan
(fuhhhh!!! dah macam retis fofular dah....hahahahahaaa)

Apa yang pasti hingga saat nie acu masih lagi AVAILABLE..ahaks

Photobucket




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"